Assalamualaikum. Salam
sejahtera. Moga hari kalian semua indah belaka. Macam mana hari aku ? Not so
good actually. Nak tahu kenapa ? Ok teruskan membaca. Previously dalam Episod 18 : Reveal The Truth ! aku ada cerita sedikit mengenai Adin*nama sebenar
dirahsiakan*. Dia ni one of my gay friend kat university. Satu kos dengan aku.
Dia tahu pasal ketidak lurusan diri aku. Macam mana dia tahu ? Sila baca
episode 18 tu. We both know each other well. Memang aku agak kamceng la dengan
dia. Rapat dengan dia. Aku boleh masuk dengan dia. Sekepala la senang cerita.
Communicate pun senang. Dia pun bukan jenis berkira. Dia baik dengan aku. Agak
kelakar orangnya. Aku pun selalu share masalah aku dengan dia. Dia pun tahu all
the issues with Mr. Crush and etc. Sebab aku percaya dia. Dia banyak bagi advice
suruh aku move on dan sebagainya.
Adin ni pun lagi lama
involve dengan PLU world ni. Dia banyak experience. Macam-macam la dia tau. Aku
ni newbie lagi. Cut to short, dia in relationship dengan someone. Aku pernah la
tengok muka mamat tu. Dia just panggil Anak Papa. Until now dia still dengan
Anak Papa dia tu la. Tapi aku curiga. Samaada Anak Papa sekarang ni adakah
individu yang sama atau pun bukan ! Nak
tahu kenapa boleh timbul isu ni ? ok the story begin like this.
Aku pinjam phone si Adin.
Nak tengok post something. Dia pun bagi. Time aku tengah pegang tu tetiba masuk
notification from twitter. Someone RT something. U know la bila ada orang reply
or whatsoeva akan naik notification kat phone. Ok takper. Tapi aku pelik la.
Sebab Adin tak ada akaun twitter. Aku abaikan. Tetiba naik notification lagi.
Kali ni nama akaun Mr. Crush yang naik. Aku terus terdiam. Aku hairan la apsal
jadi camtu. Weird gila. Aku tanya “kau ada twitter ke weyh ?” Dia jawab macam
nak hide something “Ada ja. Takdak apa pun. Follow senyap-senyap.” Dia tak
tunjuk profile dia. Ok aku dah syak something is not right in here. Aku mulakan
operasi menyiasat. Aku syak sekarang Adin is in relationship dengan Mr. Crush
aku tu !!!! Can u imagine that ! AKu tahu macam tak logic benda ni. But my
instinct start to feel the same. Aku rasa betul. Tapi aku harap sangat tak
betul. Aku tak sanggup. Antara kebetulan yang sangat ketara :
- Anak Papa. Mr. Crush pun memang call his dad as papa.
- Twitter. Mr. Crush share akaun tu dengan his partner. Which mean ada dua user dalam akaun tu. Dan aku syak yang notification phone Adin tu naik sebab ada connection dengan akaun Mr. Crush. Cuma aku agak tersilap sebab tak sempat tengok profile dalam notification tu. Plus phone tu berbeza dengan aku. Agak susah nak tengok.
- Bio instagram Mr. Crush ada tulis “milik AD”. It seems like bermaksud AD = Adin !!!!
- Mr. Crush selalu jadi orang terawal yang like all gambar yang Adin post dalam ig. Aku baru noticed that after stalk. Dan tadi dia baru lepas like 8 gambar Adin.
- Adin ada datang melawat kawasan berdekatan rumah aku time cuti sem. Which is aku tak sure kenapa dia datang. He not even told me kot. Tapi aku perasan yang Mr. Crush ada sebut pasal jumpa dengan BF dia during sem break hari tu. My teori is maybe dorang pergi date or something.
- Bila dah siasat macam ni baru aku perasan susunan ayat tweet yang ditweet oleh BF Mr. Crush aku tu agak sama gaya bahasanya dengan ayat si Adin.
- Latest one is aku ternampak gambar profile whatsapp Anak Papa tu dalam phone Adin. Aku tak tengok dari dekat. Tapi nampak ada iras-iras Mr.Crush.
Ada lagi
kebetulan-kebetulan yang sangat ketara. Takper yang tu biar aku sahaja yang
tahu. Aku cuba untuk tak overthinking. Tapi semua yang aku pikir tu make sense
kot. Terlalu banyak kebetulan. Aku takut untuk hadapi kebenaran itu. Kawan baik
kau bercinta dengan orang yang kau suka. Then kau boleh pulak share problem kau
semua bagai kat dia. Feeling aku macam bercampur baur sekarang. Even tak 100%
confirm yet pasal benda ni. Aku rasa sedih, takut, tak percaya, terkejut and so
much more. Aku masih berharap teori gila ni tak jadi kenyataan. :’( . Sebab Adin kawan aku. Aku rapat dengan dia. Aku tak nak bermusuh or jadi dingin dengan dia.
Apa aku nak buat sekarang
? Ok firstly just pretending macam takdak apa jadi. Act like usually. Aku nak
collect bukti sebanyak yang boleh. Then confront Adin. Tanya dia sendiri. That’s
all in my mind right now. Aku tak label dia perampas so far. Cuma aku rasa
macam bodoh. Kalau teori gila ni betul aku sememangnya sangat bodoh
untuk tak nampak semua yang berlaku ni. Aku buta. Bila dilihat semula memang
life aku ni full of drama. Pendek kata dah rupa sinetron Indonesia dah.
Kenapalah ditakdirkan sampai jadi macam ni. Apa pun sekarang tu plan aku. Kalau
ada suggestion yang menarik please tell me. Nantikan update terbaru mengenai
plot twist ini. Adakah benar semua teori aku tu ? Atau ia hanya sekadar satu
kebetulan ? Adios ~
P/s : Awal sem dah jadi
isu macam ni. Moga aku dapat hadapi sem baru ni dengan tenang. Bertabahlah Unknown. Amin.