Sunday, October 19, 2014

Episod 18 : Reveal The Truth !




Previously in Episod 07 : To Tell or Not To Tell The Truth aku ada kongsi pasal masalah dilema aku whether nak reveal kat Hazie or tak pasal ketidaklurusan aku ni. Dia pun dah banyak kali tanya soalan maut “Kau gay kan ?” kat aku. Pada aku soalan tu agak menyebabkan aku terfaktab jugak. And usually aku akan avoid dari jawab soalan dia tu. Aku akan tukar topik lain or tak pun aku gelak sahaja. Konon macam soalan tu lawak sangat. Senang cerita aku tak menafikan dan tak mengiyakan. So, time passed. Aku sambung belajar and etc. Until last week aku buat keputusan untuk tell her the truth about this. Setelah fikir masak-masak, aku rasa dia seorang kawan yang aku boleh percaya. Aku pun open jer la dengan dia. Aku reveal segalanya time berwhatsapp dengan dia. Mulanya aku nak screenshot je conversation tu. Then phone aku dah diformat semula. Akibatnya semua conversation hilang. Ok berikut adalah sesi perbualan aku dengan dia*ayat perbualan telah diedit semula bagi memudahkan penceritaan* :

Aku : Weyh Hazie, kau ingat tak dulu aku pernah cerita yang ada satu sebab kenapa aku tak confess perasaan aku kat NZR*Crush aku tu* ?

Hazie : Ada ke ? Entah Tak ingat pulak. Eh jap. Ha ada-ada. So ?

Aku : *minah ni cepat betul dia hilang ingatan* Ermmm kau nak tahu tak apa sebab dia ?

Hazie : Ha apakah sebabnya ?

Aku : And lagi kau selalu tanya whether aku ni gay ke tak. So malam ni aku nak jawab semua persoalan kau tu.

Hazie : Uishhh. Kau ni apsal tetiba jer ni ?

Aku : Dah sampai masanya untuk kau tahu the truth pasal diri aku. Betul la macam sangkaan kau tu. Aku ni tak straight. Senang cerita aku ni gay. Tak ada nafsu kat perempuan. Aku ada nafsu kat lelaki. Paham ?

Hazie : Kau ni biar betul. Jangan la merepek. Tapi betul ke ni ? Actually tak terkejut sangat pun. HAHAHAHA.

Aku : Dah-dah. Tak payah nak gelak sangat. Kau dah tahu pun realitinya. That’s why la aku tak confess kat NZR. Kalau aku confess kat dia ibarat aku tipu dia.

Hazie : *Bermulalah ayat nasihat yang cliché. Malas pulak aku nak type pepanjang*

Aku : Ye aku tahu. Aku pun tak nak jadi macam ni. But you just don’t understand. Kau tak ada di tempat aku. Aku harap kau tak judge aku lepas ni. Aku reveal sebab aku percaya kat kau and kita pun dah lama kawan. This is between us only. Jangan kau nak hebohkan pulak.

Hazie : Ye. Baiklah Unknown. Ha kau jangan cuba-cuba nak kacau pakwe aku pulak. Aku tumbuk kau kang.

Aku :  Hek eleh. Aku pun tak teringin la nak bermadu dengan kau. HAHAHAAHA. Ermm aku harap benda ni tak jejaskan friendship kita lepas ni.

Hazie : Ye. Tak effect pun. Cuma kalau boleh kau jadi la normal balik weyh.

Aku : Hopefully. Kau doakan yang terbaik untuk aku.

Hazie : Ermm ok la weyh. Aku nak tidur. K bye.

Aku : Eleh. Tidur la sangat. Padahal nak mesej cik abang dia tu ha. Ngaku jer la Hazie.

Hazie : Ahakss. Mestilah. Bye. Good night.

Akhirnya aku dah reveal kat dia pasal ni. Ada rasa lega jugak sebenarnya. Terlalu lama simpan sorang-sorang. Total sekarang dah ada tiga orang la yang tahu pasal ni. Si Hazie ni ha, one of my blog reader yang sekarang dah jadi member lepak dengan aku*Hai anda ! saya tengah cerita pasal anda ni ha. Sambil lelambai tangan* and last one is one of my coursemates yang merupakan seorang PLU juga. 

Ha dah terlanjur cakap pasal dia ni, terus teringat nak story kat korang. Let just call him as Adin. Kos sama dengan aku. Aku tak expect pulak dia ni pun PLU. But friends kat fb dia ramai PLU. So, one night tu aku directly tanya dia. “Kau ni tak straight ke macam mana ?” Dengan slambernya dia mengaku. And I was like mind blowing for a while sebab ni first time ada orang buat pengakuan secara live depan aku. Mula tu aku kata aku straight lagi.

Then after a few days later, aku pun buat pengakuan kat Adin jugak. Adin cakap dia dah syak dah aku ni PLU. Aku pun tak tahu mana dia dapat detect entah. Gaydar hebat sangat ni. Same goes to reader blog aku yang aku mention tu. Dia pun dapat detect aku jugak. Hebat mereka ini. Gaydar aku sahaja yang tak berapa nak betul sangat. Dah tahu rahsia masing-masing ni pandai-pandai la simpan. 

Apa yang pasti bila dah masuk alam U ni baru aku tahu sebenarnya ramai golongan PLU ni. Even dalam U aku pun ada. Apa yang penting kena pandai survive la. Jangan terlalu ikut nafsu sangat. Bak kata peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa. Eh jadi cikgu BM tetiba. HAHAHA. Aku pun tak la baik sangat. But still try my best untuk jadi sebaik yang boleh.

Adios~

p/s : Currently tengah cuti midsem. But with assignments. PUffffff~ Heavenly disaster jugaklah. -_-

4 comments:

  1. Ermm..xpnah tnya diorg ke mcmna diorg bleh detected ko ni mcm diorg jga? Bkn apa..mcm pelik lak.. Ada tetulis kt dahi ke apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Anon.
      ENtahlah weyh. Apa yang aku tahu PLU ni memang ada ability untuk detect PLU lain.

      Delete