Enam tahun lepas. 2019. Tanggal 13 Julai. Lokasi di Dotty's Pastries & Coffee KLCC. Itulah tempat kali pertama aku bertentang mata bersama dengan Alexander. Sah-sah la nama samaran. Dia seorang jejaka Melayu. Cukup manis dan kacak di mata aku. Perkenalan aku dengan dia bermula sekitar awal 2019. Di saat aku single selepas hampir setahun setelah hubungan cinta aku dan Dario kecundang setelah hampir dua tahun lebih.
Aku dah kenal Alex ever since 2015 kalau tak silap. Aku malas nak scroll down conversation aku dengan dia. Waktu tu aku sekadar bertanya satu resepi dessert dalam dm Instagramnya. That's it. 2019 barulah aku mula mengorak langkah. Actually kami mula rapat di twitter or people called it X now. Lepas dah kenal di situ barulah dia follow back aku di Instagram. Kalau tak memang lambert lagi dia nak follow aku yang marhaen sahaja ni. Sepanjang itu memang kami hanya chat di dm sahaja. Sama ada di Instagram atau pun Twitter. Aku tak pernah mintak nombor phone Alex. Sebab aku agak skeptikal dengan chating di whatsapp. Yelah kau tak kenal dia betul-betul lagi dah beria nak wassap bagai. Kalau momentum tu gone macam mana? Dah kena delete contact. Then cut to short kami decide untuk jumpa buat pertama kali di KLCC. Let's called it a date.
Aku gigih naik MRT kemudian tukar pulak naik LRT sebab masa tu aku masih tinggal di Bangi. Well demi jantan. Apa-apa sahaja pun sanggup. Maka hari dijanji pun tiba. Aku sampai KLCC around jam 12 lebih macam tu. Alex tunggu aku dekat kedai-kedai area depan laluan nak masuk Suria KLCC tu haa. Aku nervous sebenarnya. Tapi aku dah pesan dekat Alex, jangan la expect melangit. Aku ni biasa je. Kalau tak taste bagitahu. Alex pun ada bagitahu yang dia ni tak maskulin sangat pun. Aku okay with that. Aku dah tertarik kat dia. Macam mana pun dia aku terima. Ahh cewahhh. Kami bertemu. Manis orangnya. Rendah sedikit dari tinggi aku. Rambut disikat rapi and ada jambul sikit. Kulit muka dia tak flawless pun tapi aku tak kisah. Masih hensem di mata aku. Ada nampak sikit dia guna foundation but still aku tak kisah. Pendek kata aku terima seadanya. Aku yang risau dia tak boleh nak terima aku ni haa.
Then dia ajak aku makan dekat Dotty's tu. Aku first time gi makan situ actually. Kedai high end jugak la bagi aku. Order la pasta. Then aku ingat lagi dia order salted egg yolk croghnut. Kata Alex sedap dessert tu. Yes memang sedap nak mampos! HAHAHHAHAAH. Lepas tu kami pergi tengok wayang dekat TGV atas tu haa. Dilan 1991 masa tu. Dalam wayang Alex pegang tangan aku. All of sudden dia kiss pipi aku dalam hall. Blushing jap sebab random betul act dia time tu. HAHAHAHA. Tapi aku suka. Rasa disayangi. Lepas habis wayang kami dua pusing-pusing garden kat KLCC tu. We went to the toilet. Then kami masuk toilet kubikel tu. We both kissed. It was the most passionate kiss ever. Mungkin dedua horny kot. Entah. Lepas tu kami jalan sama-sama ke arah LRT station. Aku bagi phone aku untuk dia tinggalkan nombor phone. Aku save dalam contact list aku.
That was one of the most wonderful day in my life. Until now Alex is one of the best things that ever happened to me. Cumanya dah enam tahun kan. We still in long distance relationship. Dia jauh nun di Selatan sana. Enam tahun dah berlalu pun masih long distance. Banyak aku nak curhat sebenarnya. Tapi takut jadi meroyan. HAHAHAHA. Itulah kehidupan. Tak semua yang kita nak, yang kita plan tu akan sama macam yang kita hadapi. Adakah aku rasa bahagia sekarang? Aku sendiri pun macam tak berani nak declare sama ada rasa bahagia tu memang ada atau tak. Tapi rasa kasih dan sayang aku dekat Alex sentiasa ada. Walaupun ada juga drama yang terjadi dalam tempoh enam tahun. Mungkin aku boleh coretkan kemudian. Aku rasa sampai sini jer la dulu. Dear Sayang, I love you so much. You are my world and always be. Happy 6th anniversary !
Adios~
P/s : Aku tak janji bila nak update. Kalau rajin aku update la. HAHAHAHA. Kalau ada yang baca lagi blog ni sila komennnnnn.
No comments:
Post a Comment