Monday, October 28, 2019

Episod 113 : What's Next ?


Setiap orang ada perancangan masing-masing. What to do next what to do upnext and etc. Selalunya kita akan rasa life orang akan lagi smooth dari life yang sedang kita lalui ni. Well if you don’t feel that way probably you are enjoying your life at the moment. Currently aku di fasa macam tengah stuck. Literally I’m not even sure what I’m gonna face next.

Saat ini maka genaplah sebulan selepas aku habis training dengan SL1M tempoh hari. I’m being jobless at the moment. Or should I say a month ? Damn ! Aku dah apply agak banyak jugak. Panggilan untuk interview ? NONE ! Adakah sebab resume aku hauk sangat ? Tapi rasanya aku dah letak semua ikut yang macam aku belajar during bengkel kerjaya last time. Aku still lagi berada di Bangi. Menghabiskan sisa-sisa elaun bulan September aku. Itu pun tak cukup RM2000 sebabnya aku habis on 24th secara tak langsung tak cukup sebulan hence dibayar mengikut kadar waktu kerja aku sahaja. RM1600. Ok tak. Actually lagi RM400 dah masuk during bulan Mac since kitorang kena hadap kursus selama seminggu di pusat training company tu.

First one week everything still okey lagi. Masuk minggu kedua aku dah mula rasa resah. Yelah, duit aku dah makin kurang lepas membayar komitmen. Aku memang kalau boleh tak nak sentuh saving ASB aku sebab that is the only saving yang aku ada. So far aku belum inform nak blah dari rumah sewa tu. Plus kena bagitahu notis sebulan. By that maknanya aku akan stay around there until November. Kau bayangkan bangun pagi dan wondering what’s next. Nothing. Sending resume and etc. But no response. Frust sikit. Right now aku balik kampung for awhile sebab aku rasa jiwa aku macam tak tenang sangat. Hopefully balik rumah ni dapat bagi aku calm down a bit.

Aku tak expect life aku akan end up begini. HAHAHAHA. Padan muka. Parents aku nak sangat aku masuk kerja under gomen. Well sapa tak nak kan. Tapi belum ada rezeki. Aku ni tak cukup berusaha lagi ke ? Why not kau balik kampung je terus ? One reason aku decided untuk stay kat Bangi lagi sebab aku nak cari kerja. I’m hoping to secure a job for myself. But seems like god changing my plan. Gib cakap aku memilih kerja. Can’t deny that 100%. Aku of course la nak kerja based on kelulusan yang aku ada. Tambah pulak lagi dengan sara hidup kat ibu kota tu. Aries suruh aku join retail line. Well that’s still in my last plan. Aku nak cari kerja lain yang lebih secure. Okey fine, aku nak kerja yang cuti on weekend. No shift. Office hour. That would be fucking great. See. Demand.

Buah hati kesayangan kerja timing tu. So kalau sama timing senang la untuk aku dan dia merencanakan plan untuk bertemu dan dating. Long Distance Relationship can be hard. Aku tak nak sebab jadual kerja aku ni boleh effect our relationship. Gituhhhh. Sedikit down jugakla. Anak sulung kan. Tapi karier tak begitu bersinar. Macam mana nak jadi contoh ni ? Malu la sikit kat adik-adik aku. Kadang nangis jugak. Sebab benda tak jadi macam plan kan. HAHAHA. Hidup kan banyak cabaran. Macam itu la.

At the moment aku masih tak nampak laluan kerjaya aku. Still malap. Or blackout. Currently aku balik rumah aku dulu. Cuba untuk bagi aku tenangkan emosi sikit. Tengok muka mak aku puas-puas. Serious dowh aku tak tahu ni. Aku harap fasa tak ketahuan ni bakal berakhir. Worse comes to worst aku aku kena kerja dulu mana yang ada. Supermarket or what so ever. Seems like aku kena keluarkan duit ASB aku yang aku simpan sepanjang aku training. Segan pulak nak mintak duit kat mak.

I have to admit real life really suck tho. Especially when you still can’t figure out your whole life. It just a mess. Seriously mess up !

I just hope this is just a phase that I’m gonna get through it and survived. HOPEFULLY !

Till next time.

Adios ~

Thursday, October 3, 2019

Episod 112 : Enam (6) Bulan Kemudian...




Aku kembali semula ke halaman ini untuk mencoretkan kisah hidup aku selepas enam bulan tanpa sebarang berita. Rasa sedikit kekok nak mulakan semula penceritaan. Yelah dah enam bulan aku tidak menitipkan sebarang kemaskini di dalam blog sendu milik aku ni. Masihkah ada pembaca ? Masihkah ada Blogger lain di dunia blog ini ? 

Aku sempat menjengah ke page mereka boleh dikatakan hampir kesemua blogger sudah jarang membuat sebarang post di sini. Mungkin masing-masing sibuk dengan komitmen lain atau telah menjumpai medium lain untuk mencoretkan kisah mereka. Lately ramai yang dah guna Twitter yang lebih ringkas dan mudah untuk membuat sebarang pos. Aku sendiri akui zaman Blog dah mula merudum dan kebanyakan pengguna dah beralih ke medium lain. Peredaran zaman kan. Tak boleh nak buat apa. Even aku sendiri pun punyalah malas nak menaip. Walhal banyak je kisah nak dikongsi.

Dah enam bulan berlalu lepas entri aku yang terakhir. Aku publish dalam bulan Mac. Sekarang dah bulan sepuluh. Jadi apa ajer yang aku dah hadap sepanjang enam bulan tak berupdate ni ? Tanggal 25 Mac 2019, aku menjejakkan kaki di Bangi. Aku rasa ni first time kot aku datang kawasan ni. If not aku anggap ni pun as Kuala Lumpur jugak walaupun bukan. HAHAHA. Kuala Lumpur jauh woi dari Bangi ni. Atas tujuan apa aku datang sini ? Previously aku ada sebut pasal program SL1M tu kan ? Ya nak dijadikan cerita aku telah ditawarkan untuk menyertai program SL1M di bawah satu syarikat yang besar dalam Malaysia ni. Syarikat apa ? Biarlah rahciew. Giteww. 

Since aku memang nak blah dari tempat kerja lama maka ini merupakan peluang aku untuk blah. Oh ya, buat yang wondering what is SL1M ? Okey SL1M atau Skim Latihan 1Malaysia merupakan satu usaha pihak kerajaan *masa zaman Najib* untuk memberi peluang kepada para graduan yang masih menganggur atau bekerja di bawah gaji yang sepatutnya untuk menjalani latihan di tempat kerja dalam syarikat-syarikat besar yang ada di Malaysia. So secara tidak langsung this fresh grads akan dapat pengalaman bekerja di tempat kerja. Bila ada pengalaman maka resume kau tak la hauk sangat dik non. Ada jugak la terisi dalam tu. Panjang la sikit orang kata. Tempoh latihan tu depends on company if not mistaken. Company yang aku dapat tu selama enam bulan. Ada certain yang lapan bulan. Ada jugak yang empat bulan. Dapat gaji ke ? Hey kau ingat aku nak jadi buruh kasar tanpa bayaran ? Tibah emosi ! Setiap pelatih akan menerima elaun sebanyak RM2000.00 per bulan. Sekiranya bertuah, kemungkinan pelatih yang perform boleh diserap menjadi staf sama ada permanent basis or contract basis. Okey tu sedikit sebanyak mengenai SL1M lah. But now dah direbranding semula dan digelar PROTÉGÉ.

Jadi office aku di HQ dalam ibu kota. So kau bayangkanlah aku dari Bangi ni nak kena ulang alik hari-hari pergi KL. Jauh siot kau nak ulang alik. Okey ada kisah sebenarnya. Aku jejak kaki di sini pada 25 Mac 2019 dan kitorang ni semua perlu berkursus selama lima hari terlebih dahulu di satu pusat latihan ni. Basically aku sendiri takt ahu di mana kitorang akan ditempatkan. Jadinya memang tak boleh nak cari bilik sewa and what not. Siapa yang dekat sini senang la. Aku yang jauh ni ? Mula la runsing. So day 1 of kursus tu baru la dapat tahu kat mana kitorang punya tempat latihan nanti. Mulanya aku dapat di sebuah pejabat dalam Bangi jugak. Aku pun carilah rumah sewa yang available and dapat la satu bilik dalam taman perumahan sekitar sini. Bilik single kosong. Yup kosong tak ada apa. But on the bright side rumah dilengkapi dengan TV, mesin basuh, peralatan masak, peti sejuk dan paling penting modem WIFI. Total sewa for a month RM340. Since aku malas nak hasle aku terus confirmed nak sewa. Okey settle part sewa.

Maka sesudah habis kursus tu aku pun datang ke bilik sewa. Dengan segala beg, tilam, toileteris *abaikan spelling* dan bermacam lagi. Jadi gayboy ni memang barang kena serba lengkap ke apa entah. 1 April aku lapor diri di office tu dengan seorang lagi pelatih SL1M bernama Dayana. Kami berdua je la pun. Aku bawa motor by the way. Supaya senang nak bergerak. Here comes the plot twist… office tempat latihan aku tu basically bukan berkaitan dengan bidang yang kitorang berdua study. In fact, that office for engineering line people. While we both are just masscomm student which is totally different line weyh. Aku dan Dayana mula fuck up. Masuk meeting pun sepatah haram kau tak paham diorang sembang pasal benda berkaitan engineering. Sebelum keadaan bertambah musibat maka aku dan Dayana hubungi pihak HR dan bertanyakan mengenai hal ini. 2 weeks later kami berdua received surat offer yang baru dan dipindahkan tempat latihan ke bangunan HQ di Kuala Lumpur. Tak jadi masalah buat Dayana kerana dia tinggal di Gombak. So naik LRT sehala sahaja boleh sampai. As usual la life aku akan serabut. Aku mula survey bilik sewa baru di sekitar ibu kota. Ya agak mahal. Aku prefer bilik single dan aku sangat memerlukan WIFI. WIFI is life !!! Belum mampu nak guna post-paid line. Ada yang ada wifi tapi bilik share. Ada yang bilik single tapi wifi nanhado. Ada yang dah perfect with my crateria but sewanya mahal pula. Ya sesungguhnya hidup di kota metropolitan ini sangat mencabar. Jadi aku decide untuk tidak berpindah ke KL sebaliknya tinggal aja di rumah sewa di Bangi. Cumanya hari-hari aku akan berulang ke pejabat dengan menaiki motor ke stesen MRT Kajang kemudian naik MRT Kajang hingga ke Pasar Seni kemudian tukar pula LRT Pasar Seni ke satu lagi stesen LRT. Barulah sampai pejabat. Gigih sangat kan. No choice. Aku nak ulang alik naik motor hari-hari pun penat. Kalau hujan kang basah. Maka menyewalah aku di Bangi dengan kadar RM340 sebulan untuk sebuah bilik single kosong dilengkapi bilik air dan rumah yang dilengkapi televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan juga WIFI.

So selama enam bulan aku berkhidmat dalam unit Korporat office company tu. Banyak yang aku belajarlah. Dari segi cara nak handle event from start, jemputan, tajaan, dan so much more. Basically buat kerja-kerja office dan deal dengan organisasi lain. Waktu kerja pulak hari Isnin hingga Jumaat from 8am hingga 5:15pm. Weekend cuti. Itu yang kita mahu. Cuma kalau ada event on weekend yang memerlukan aku join then aku akan join. One thing dengan SL1M company aku ni kitorang tak boleh nak claim for overtime or mileage kalau outstation. Rugi sikit la. Aku hanya boleh claim untuk off in lieu sahaja. So if outstation jauh-jauh aku elakkan diri dari terjebaklah.

Quite fun jugak sebab dapat rasa environment kerja the pressure and etc. Mula-mula fedap jugak la hari-hari bangun awal. After subuh dalam pukul 6:40AM aku dah terpacak naik MRT tu haa. But I survived this SL1M programme. Malangnya company aku tak serap budak-budak SL1M. Habis je kontrak enam bulan tu bye bye je la yer. Kini enam bulan pun berlalu maka aku kembali jobless. That’s explain why aku boleh buat entry kat sini. HAHAHAHA sebab aku takda benda nak buat at the moment. Oh by the way SL1M aku habis on 24 September yang lepas. Alhamdulillah elaun aku 2k tiap bulan tu aku dapat hulur sikit bagi kat mak aku. Tak la banyak but ada la jugak untuk diberikan kepada mak aku. Aku buat simpanan sikit kat ASB. Ciput je la pun.

So now officially aku jobless semula. Elaun bulan Sembilan aku setakat RM1600 sahaja. Nak tak nak aku kena jimat segalanya. Sebab nak bayar duit motor lagi, duit sewa. For god sake I’m started to feel scared with my future again. Aku decide untuk sewa lagi kat sini since aku kena cari kerja baru. If aku balik kampung totally gonna be hassle untuk aku ulang alik interview kat KL. Asal tak cari area Perak je ? I wish ! but takda yang offer gaji yang lumayan. Currently aku dah submit banyak resume but belum ada yang sangkut. Ermm. I need moneyhhh. Plus aku rasa nak hidup di KL pulak. Lagi pulak dah ada buah hati baru. Ehh. hAHAHAHAH.

Gais, doakan aku dapat kerja yang sesuai ngam dengan aku. Yang mana aku boleh survived untuk teruskan hidup dan juga untuk bagi kat parents aku. Doakan Dominic Unknown dapat kerja tetap yang boleh untuk menyara hidup ! Ameen !
Jumpa lagi di lain waktu.

Adios ~


P/s : I miss my home too…