Tanggal 15 November lepas genaplah usia
aku menjangkau ke umur 24 tahun. Wow ! I made it to 24 years old ! After more than a week
baru aku rajin nak update blog ini.
Well episode kali ni just wanna share
catatan birthday aku sahaja. Entah la best ke tak.
So bermula pada malam 14 November 2018.
Hari tu hari Rabu. Kebetulan aku off day masa tu. So duduk rumah je la. Then
malam tu member aku ajak tengok wayang. Fantastic Beast 2. Aku mulanya macam
tak berapa nak tengok sangat but yeah just pergi je sebab member dah ajak. Plus
aku cuti masa hari Rabu tu. Aku tak tengok prekuel movie tu so masa dalam
wayang tu ada la a few times yang aku terlelap. Storyline slow and less fight
scene. More to come lagi kan sekuel tu.
After movie tu kitorang lepak di
McDonald’s. Kebetulan aku tengok Happy Meal ada release new toy untuk minggu
tu. Figurine Pokemon ! Sumpah comel. Tapi staf tu kata tepat jam 12AM baru
dorang boleh jual. Ok fine. Jam pun dah 11:30AM and kebetulan member aku pun
lapar so dia nak makan ayam goreng dulu. Aku pun just tunggu je la until jam
12AM. Just chilling and borak-borak. Ada la dalam 5 orang dalam geng aku tu. 3
gays and 2 girls.
SQUIRTLE ! SO CUTE ! |
Tepat jam 12AM aku pun pergi purchased
Happy Meal. Okey harga dah naik ye sekarang. Dapatlah satu Squirtle. Sumpah
comel ! Actually aku terlupa yang dah masuk 15 November masa tu. Then lepas
hangout tu kitorang balik. Even member aku yang ada situ pun takda yang wish.
Well obviously diorang tak tahu pasal birthday aku kan. Around 12 something aku
received one birthday wish daripada seseorang. Siapa dia ? Perhaps aku patut
story di kemudian hari. Sampai kat rumah aku aku dapat birthday wish dari Dario.
Dia wish through DM laman sosial satu ni. Not whatsapp.
Yup. Ringkas je. Mungkin memang tak ada
secebis hati lagi untuk aku barangkali. Aku masih simpan video dia nyanyi lagu
birthday kat aku. Video 2 tahun lepas. Aku play balik video tu. Air mata aku
mengalir di pipi. Satu perasaan rindu yang sukar nak diungkap. How I miss him
so damn much.
Pagi 15 November 2018…
Aku bangun seperti biasa. Siap-siap
pergi kerja. Aku kerja morning shift hari tu. Laman sosial aku dipenuhi dengan
ucapan birthday untuk aku. Penat jugak nak reply one by one kan. Kang tak reply
kata sombong pulak. Hari itu berjalan seperti biasa. Around tengah hari tetiba
ada sorang perempuan ni datang bawak surprise. Terkejut sikit aku. Dia bawak
jambangan coklat dan juga belon berserta sekotak sandwish. Tertanya jugak aku
daripada siapakah gerangan surprise ini ? Rupanya mak yang order untuk aku.
Awhh mom being sweet to me. Nak nangis jugak. Sebab aku tak pernah dapat
surprise macam ni.
Macam mana belon kecil tu masuk dalam belon besar ? |
:') |
This sandwishes were fucking good !! |
After work aku balik rumah. Tekak
teringin nak makan kek karot dengan topping cream cheese. Dah alang-alang
birthday tu apa lagi kan. Actually aku dah siap buat masa 14hb tu. Cuma tak
decorate je ah.
Balik dari kerja aku pun buat topping kek tu. Tapi sebab ala
kadar je so aku pun malas nak beria sangat. Sapu lebih kurang je kat kek. Atas
tu aku tabur almond chunk. Aummm sedap ! Dah siap kek birthday aku. HAHAHA
jimat bajet.
Aku dah masuk umur 24 weyh ! Dalam erti
kata lain aku dah masuk zaman yang mana member hetero sekeliling aku mula untuk
jemput kenduri kahwin diorang. Imagine that ! Yet, tak ada girlfriend lagi. Obviously
la kan. Nak girlfriend apanya kalau dah target nak boyfriend. LOL. HAHAHHA.
Tapi aku still rasa kosong la. Entah
la. Aku perlukan something new. Right now aku masih tak nampak future aku. Kabur
weyh. Aku tak nampak lagi aku nak kerja apa. PTPTN lagi nak kena bayar. It’s
been a month after convo and I still don’t
know what to do. Mungkin aku perlu dekatkan diri dengan tuhan. Makin jauh pulak
rasa. Well I should think bout it. So target aku sekarang nak cari kerja baru yang
sepadan dengan kelayakan aku la. I’m not being choosy but being a realistic.
Kalau aku nak kerja kat KL, aku perlukan bajet yang cukup untuk survived. Which
is important sebab sara hidup sana tinggi weyh. Mampukah aku ke ibu kota lagi ?
nantikan ! HAHAHA.
Harapan aku dalam usia baru ni semoga
aku dapat hadapi cabaran hidup dunia sebenar yang penuh pancaroba. Drama zaman
study totally different dengan drama sekarang. So aku kena kuat. Be strong
Dominic !
Okey sampai di sini sahaja coretan aku sempena
hari kelahiran aku. Semoga apa yang diingini tercapai. A blog might be flop one
day but I will keep on writing in here time to time !
Till we meet again in another episode..
Adios ~
p/s : Nak cari jodoh, tapi banyak jumpa
yang bodoh je ni