Wednesday, February 1, 2017

Episod 88 : Al-Fatihah Val Rahman



Kali terakhir aku contact Val Rahman around last year which is aku sendiri dah lupa bila exactly tarikh tu. Then lepas tu aku tukar phone maka semuanya hilang. After that tak ada lagi chat dari dia. Nothing much yang diborakkan pun. Pasal hidup masing-masing. Masuk 2017 aku terlupa nak wish happy new year dekat dia. 10 January 2017 aku tergerak hati untuk wassap number yang dia bagi. Satu grey tick. Menandakan text aku tak deliver lagi. Sampai ke saat ini masih juga single grey tick.

Semalam tergerak hati aku untuk tanya pasal Val dekat sorang kawan kitorang ni, Ikmal pasal Val sebab dia agak rapat dengan Val. Menurut Ikmal, Val ada tinggalkan satu number untuk dia contact if one day Val dah tak bagi khabar berita. Unfortunately Ikmal terlupa dia campak mana nombor phone tu. The only klu dan klu tu hilang. Maka aku suruh Ikmal cari.

Pencarian berjaya. Ikmal hubungi nombor tersebut dan mendapat perkhabaran berita yang mengejutkan. Allahyarham Val Rahman telah menghembuskan nafas terakhir pada 3 Januari 2017. Jenazah telah selamat disemadikan di kampung halaman arwah. Arwah menghidap kanser hati. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Val Rahman. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman. While wassap aku pula aku send ketika 10 January. Sememangnya tak akan direply buat selamanya. 

AKu sememangnya masih dalam fasa shock lagi dengan berita ni. Macam tak sangka aku akan dapat khabar berita ni jugak. Walaupun aku ada terdetik dalam hati tapi aku tak nak sangka yang buruk-buruk. Dia selalu juga bergurau pasal dia nak mati la apa la. While aku keep on cakap dia kena kuat. Lawan balik kanser tu ! Sumpah sebak. Sebab aku hanya mampu bagi moral support tapi yang terpaksa hadapinya arwah sorang. Aries pun antara orang dalam dunia blog yang rapat dengan arwah. Kami ada juga perancangan nak jumpa arwah tapi nampaknya tak kesampaian. Sudah tertulis begitu. Agak terkilan juga sebab selepas almost sebulan baru dapat khabar ini. But still, nothing much we can do. It was a nice moment dapat kenal kau. 

Val Rahman, moga kau tenang di sana.

Al-Fatihah…

Adios ~

P/s : Kalau andai kata arwah ada terkasar bahasa atau ada buat tergores hati sesiapa kat dunia blog ni aku harap korang maafkan arwah.



5 comments: