Cuti
semester secara rasminya bermula. Aku dah selamat touch down di katil sendiri
on 15 Januari lepas. Well selamat bercuti semester buat semua warga mahasiswa
sekalian. Well cuti aku pun sebulan sahaja. Nak buat kerja part time macam
malas. Jadi mereput di rumah and fitkan badan. So last Tuesday, aku berjalan-jalan
cuci mata dalam Tesco. Suddenly telefon bimbitku berdering. Nombor tak dikenali
pula.
*phone
ringing*
Aku
: *jawab phone* Hello.
Mystery
guy : Hello Dom, weyh area rumah kau hujan tak ?
Aku
: Aku kat Tesco ni. So far tak hujan lagi. Cuma langit dah gelap sikit. Eh ni
sapa erk ?
Mystery
guy : Ni aku la. Mr. Crush.
Aku
: Laaaa. Kau ke. Aku ingat siapa tadi.
Mr.
Crush : Aku nak pergi tengok wayang ni kat mall AT tu.
Aku
: I see. Movie apa weyh ? Dilwale ke ?
Mr.
Crush : The 5th Wave tu.
Aku
: Oh movie tu. Macam best. Aku pun tak tengok lagi. Kau tengok dengan siapa ?
Mr.
Crush : I’m all alone. Nak tengok sekali ?
Aku
: Boleh jugak. Jumpa kat sana.
Mr.
Crush : Okeyh ! Movie tu pukul 2.00pm. Jumpa kat sana.
Aku
: Okeyh meet you in there.
Begitulah
kisahnya. The unexpected moviedate dengan Mr. Crush. HAHAHA. Well it’s Tuesday
aka weekday, so kalau tunjuk kad matrik dapat harga murah sikit. Sepuluh
hengget harga student. Okeylah. Save bajet ! Tapi still mahal. Sebab MBO cinema
9 hengget je kot kalau tunjuk student card during weekdays ! Tapi ni TGV.
Pasrah.
So
meh nak kasi review sikit movie The 5th Wave ni. SPOILER ALERT ! Mengisahkan
mengenai remaja perempuan yang comel berusia 16 tahun, Cassie Sullivan yang
cuba sedaya upaya untuk teruskan hidup dalam dunia yang hampir musnah selepas berlakunya alien invasion kat Bumi. Bermula
dengan 1st Wave iaitu light out. 1st wave ni kira semua
gadjet and alat elektronik tak berfungsi. Kira habis terputus hubungan la.
Elektrik pun hilang. 2nd wave melibatkan air pulak. Berlaku tsunami
besar-besaran yang mengorbankan berjuta nyawa manusia. 3rd wave wabak
penyakit. Berlaku penyebaran penyakit melalui ungags. Memang banyak nyawa
terkorban including mak si Cassie. Maka tinggallah Cassie dengan ayah dan adik
lelaki dia Sam untuk teruskan hidup. 4th wave, the silencers ! Alien
aka The Others mula menyamar menjadi manusia. Time ni Cassie dengan family dia
bergerak masuk ke kem pelarian. All of sudden after few days pihak tentera
datang and mula arahkan diorang semua berpindah. Kanak-kanak dan remaja
diarahkan untuk naik bas dulu. At first si Cassie dengan Sam dah naik bas. Tapi
Sam tertinggal Teddy bear kesayangan dia kat dalam khemah. Cassie pun berlari
dapatkan Teddy bear tu. Unfortunately bas dah pun blah. Dia cuba kejar tapi tak
berjaya. Tinggallah Sam di dalam bas itu. Meanwhile, bapak si Cassie ni
berkumpul dalam sebuah rumah kat kem tu. Berlaku huru hara kemudian pihak
tentera mula menembak mati kesemua pelarian including bapak cassie.
Cassie
sepantas kilat terus berlari meninggalkan kem pelarian dan berlari masuk ke
dalam hutan berbekalkan senjata api. Sebagai salah satu mangsa terakhir planet
Bumi, Cassie cuba untuk menyelamatkan adiknya yang berusia 5 tahun itu, Sam.
Dalam perjalanan nak cari adik dia kat kem tu dia terserempak dengan Evans
Walker. Mamat helok ni selamatkan Cassie time dia ditembak oleh The Others.
Meanwhile, Sam yang berada di kem tentera pulak telah dilatih untuk menjadi
tentera. Kat kem tu dia terserempak dengan Ben Parish. Crush si Cassie time
sekolah. Sam dengan Ben dalam satu skuad yang sama. Dalam team diorang ada a
few lagi budak-budak lain, Teacup, Ringer, Poundcake, Dumbo and Oompa.
Cassie
kemudiannya menyedari yang Evan Walker ni sebenarnya bukan manusia. Dia jugak
one of The Others. Evan mengakui perkara itu. Tapi dia tak bunuh Cassie sebab
dia sudah ada sikit syok la sama itu perempuan. Cassie pun begitu. Kisahnya
diorang ada comolot tapi scene tu di potong ! Dalam masa yang sama team Ben kat
kem tentera mula sedar yang sebenarnya semua anggota tentera tu merupakan The
Others. Jadi selama ni diorang dilatih untuk bunuh manusia lain dan bukannya
The Others. And they are the 5th wave.
Cassie
sampai kat kem tentera and then bertembung dengan Ben. Selepas jumpa Sam
diorang berlari keluar. Rupanya si Evan tu pun ikut jugak Cassie walaupun si
Cassie dah warning jangan follow. Mamat tu letak bom kat semua kawasan kem
tentera. Semua orang mula berlari meninggalkan kem. Ketua tentera pun turut
sama cabut. Bom mula meletup. Cassie, Ben dan Sam berjaya diselamatkan oleh
team diorang. While nasib Evan tak diketahui sama ada dia terkorban atau pun tidak.
Ketua tentera aka Colonel Vosch berjaya melarikan diri.
Tapi
serious cakap ending cam lahanet jugaklah. Tergantung. Well, ada sequel. Sebab
filem ni pun adaptasi novel. Kira macam The Hunger Game, The Maze Runner and
Divergent.
Kenapa
3 bintang je daripada 5 bintang ?
1.
Ending movie ni suck.
2.
Ada satu babak tu masa Cassie berlari dia
dah terlepas Teddy Bear tu. Tapi tiba-tiba ada semula kat dia.
3.
Masa awal-awal Cassie lari kuku dia kaler
hitam. Then sampai kat scene lain tetiba kuku dia tak berwarna pulak. Sempat
pulak pelarian nak buang kaler kuku kan. HAHAHA.
4.
Scene comolot kena cut ! HAHAHA. Well
Malaysia kan tak boleh tayang scene camtu.
5.
Tak ada scene Ben Parish shirtless. p/s :
ada babak Evan mandi kat tasik dalam movie ni. Mohon pergi usha. HAHAHA.
6.
Aku bukan peminat movie science fiction.
Ben and Evan ! |
Yup.
Overall aku bagi 3/5 Stars ! Not bad la. Okey je movie ni. Chloe ni pun cantik.
Her hair and her eyes are so perfect ! Begitu juga dengan dua heronya si Nick
Robinson and Alex Roe. Kalau rasa berminat nak pergi tengok silakan. Lain orang
lain pandangan kan. Terpulang kepada anda.
Well
aku pun tak expect nak movie date dengan si Mr. Crush. Dia ngajak. Aku ikut aja.
Aku dengan dia pun dah macam kawan. Lepak sekali sama – sama. Share-share pasal
masalah dia and etc. Kinda okeyhla. We both better being friends. A lot much
better. That's all for today. see you again next episode.
p/s : sedang menikmati cuti sem dengan sepenuh perasaan.