Tuesday, September 8, 2015

Episod 51 : MasterChef Asia




Sebut sahaja mengenai rancangan reality memasak no. 1 dunia, Masterchef pasti semua orang tahu. Itu pun kalau ada astro kat rumah lah. Aku ni pun boleh dikatakan penonton setia rancangan reality yang ada dalam TV tu. Tapi tak semua aku layan. Mana sempat aku ikuti tu aku tengoklah. Serba sedikit mengenai Masterchef ni pada awalnya dihasilkan di United Kingdom. Kira UK la pengasas. Basically para contestants terdiri daripada pelbagai latar belakang. Macam-macam kerjaya ada. But apa yang pasti sesiapa yang ada latar belakang dalam bidang kulinari tak dibenarkan join. Banyak negara yang dah adaptasi rancangan ni. Antaranya seperti Masterchef US, Masterchef Australia, Masterchef Canada, Masterchef Indonesia, Masterchef Malaysia dan banyak lagi.

Basically, Masterchef diadili oleh 3 orang juri yang terdiri daripada chef yang berpengalaman. Chef-chef ini akan menilai hidangan yang disediakan oleh para peserta dari segi rasa, persembahan dan juga kreativiti. Format Masterchef kebanyakannya sama cuma ada sesetengah tu diubah sedikit formatnya ikut kesesuaian negara tu. Macam Masterchef Malaysia semua ingredients yang ada dalam pantry tu halal la. Giler nak letak pork ! HAHAHAHA. Jumlah peserta pula bergantung pada produksi Masterchef negara tersebut. Kebanyakan lebih kurang 16 orang dan ke atas. Malaysia dan Australia selalunya ambil Top 24. 

Terdapat cabaran Mystery Box yang mana peserta akan diberikan bahan dalam box itu. Pandai-pandailah korang nak masak apa. 3 hidangan yang terpilih akan dirasa oleh chef. Chef akan decide which one is the best. Hidangan yang menang tu sekaligus akan menyelamatkan peserta tersebut dari masuk cabaran penyingkiran. Tapi kalau Masterchef Malaysia agak berbeza sedikit. Nak tau apa beza ? Tengok sendirilah. Pemenang Mystery Box ni bukan je selamat dari penyingkiran tapi dorang pun akan dapat advantage lain. Depends on that show, ada setengah tu pemenang Mystery Box dapat pilih bahan-bahan untuk contestants lain, ada setengah tu boleh pilih sapa yang dia nak selamatkan dari penyingkiran dan lain-lain lagi. Seterusnya ada cabaran berkumpulan ! Dua kumpulan akan ditubuhkan. Kumpulan merah and biru. Tapi ada jugak yang guna kaler lain macam kuning, hijau, purple and etc. Merah and biru kira warna yang lazim digunakan. Dalam challenge ni para peserta akan masak secara berkumpulan dan akan ada team captain yang akan handle setiap kumpulan. Setiap kumpulan kena sediakan hidangan untuk para tetamu yang dah dijemput khas. They can be anyone. Orang awam, budak sekolah, even family sendiri pun pernah jugak ada. Semua tetamu yang makan tu kemudiannya akan decide which team yang serve masakan paling sedap dan akan vote untuk tentukan pemenang. Seperti biasa team yang kalah akan masuk pusingan penyingkiran.

Kisahnya aku nak story pasal Masterchef Asia tapi merepek sampai format segala macam ni pulak dah. For the first time, channel Lifetime 709 produce Masterchef Asia ! Dah nama pun asia jadi para peserta pun mestilah terdiri daripada rakyat negara-negara asia macam Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, India, Vietnam, China, dan Taiwan. Dalam season 1 ini*hopefully ada season seterusnya* seramai 15 peserta telah dipilih. Kira top 15 je la yang dapat. 3 peserta dari Malaysia ! kipidap ! 3 peserta dari Singapura, 3 dari Filipina, 2 dari Indonesia, manakala Vietnam, China, India dan Taiwan diwakili oleh seorang peserta. Psssst ! Contestants lelaki agak cute jugak. HAHAHA.
Okey! Let’s see the judges for Masterchef Asia !



 Dari kiri Audra Morrice, Chef Susur Lee, and Chef Bruno Menard. Audra ni dulu peserta top 3 Masterchef Australia Season 4. Talented jugak dia. The other 2 judges ni for sure la chef yang berpengalaman.

The Top 15 Contestants !

Nama : Jasbir Kaur
Umur : 54 
Kerjaya : Suri rumah
Negara : Malaysia

Nama : Sophia Zulkifli
Umur : 30
Kerjaya : Suri rumah
Negara : Malaysia


Nama : Marcus Low
Umur : 
Kerjaya : Pegawai bank
Negara : Malaysia


Nama : Lennard Yeong
Umur : 27
Kerjaya : Jurutera
Negara : Singapura

 
Nama : Woo Wai Leong
Umur : 27 
Kerjaya : Peguam
Negara : Singapura
 

Nama : Sandrian Tan
Umur : 41
Kerjaya : Suri rumah
Negara : Singapura
 

Nama : Jake Aycardo
Umur : 24
Kerjaya : Analyst ? *Penganalisa maybe*
Negara : Filipina
 

Nama : Rico Amancio
Umur : 31
Kerjaya : Paralegal
Negara : Filipina
 

Nama : Lica Ibarra
Umur : 29
Kerjaya : Pegawai Kewangan
Negara : Filipina
 

Nama : Vonny Lestari
Umur : 20
Kerjaya : Pelajar
Negara : Indonesia


Nama : Stefan Pratama
Umur : 25
Kerjaya : Wakil jualan
Negara : Indonesia
 

Nama : Blanche Chu
Umur : 28
Kerjaya : Model
Negara : Taiwan
 

Nama : Alice Peng
Umur : 32
Kerjaya : Saintis
Negara : China
 

Nama : Priya Barve
Umur : 39
Kerjaya : Pengurus pemasaran
Negara : India
 

Nama : Doan Phuong Ha
Umur : 31
Kerjaya : Usahawan
Negara : Vietnam

Masterchef Asia secara rasminya telah pun mula ditayangkan pada Khamis, 3 September 2015 yang lepas. Aku sebagai warganegara Malaysia mestilah menyokong peserta Malaysia. Unfortunately, Sophia telah pun tersingkir dalam episode 1 yang lepas. Hal ini menjadikan hanya 2 sahaja lagi peserta Malaysia yang masih lagi bertanding. Agak terkilan juga sebab dia tersingkir. Sophia nampak berbakat. But once you screwed up in the kitchen you have to leave the Masterchef kitchen. Buat masa ini masih terlalu awal untuk menilai kebolehan para peserta sebab aku pun hanya tengok dari kaca TV sahaja. Lainlah kalau boleh rasa. So, far peserta favourite aku selain wakil Malaysia ialah Ha, Priya, Rico, Blanche, and Vonny. Rico and Leong agak comel jugak la. HAHAHAHA. Pandai masak pulak tu. Calon suami yang sangat ideal. Tapi frankly cakaplah, production team kena lebih hardwork sikit. Agak hambar jugak. Especially time merasa hidangan tu. Music latar agak kurang. Peserta pun tak energetic. Mungkin perlukan sedikit elemen drama. Gaduh-gaduh sikit. HAHAHA. Yup they need to improve. Tapi mungkin sebab baru first episode jadi mungkin semua still tak tunjuk belang lagi. Harapnya next episode semua mula tunjukkan skill masing-masing.

Unfortunately aku pun dah start new semester. Episod lain tak pasti lagi hendak tonton di mana. Kalau ada di youtube Insyaallah boleh ikuti episode-episod yang mendatang.

Sampai di sini sahaja episode kali ni. Kepada yang minat tu teruskan menonton ! Support peserta Malaysia ! Akhir kata from Mr. Dominic Unknown, May the best homecook win the Masterchef tittle ! Adios ~

p/s : Semua gambar dan maklumat yang digunakan telah diambil di website rasmi MasterChef Asia.



p/s 2.0 : New sem officially start ! How was my new sem so far ? Who is my new roommate for this year ? Semuanya bakal diupdate dalam episode-episod yang akan datang.

8 comments:

  1. Go Malaysi!!! You can do it..tak ada kesempatan pun nak tengok..hehehehe..

    ReplyDelete
  2. WAAAAAA. aku tak pandai masak. tapi aku suka makan. hahaha. selamat menjalani sem baru

    ReplyDelete
  3. aduss .. time ni astro kena potong .. nak tngk !! singapore aummmm ... hot nyeee .. hahaha

    ReplyDelete
  4. Woi ble nk buat kek utk aku lg..haha
    -YS-

    ReplyDelete
    Replies
    1. -_-
      Nantilah YS !
      Wah rindunya kat awak. Dah lama tak komen kat blog kiter. Terharunya :3

      Delete