Sunday, September 13, 2015

Episod 52 : Hello New Semester !




Umum mengetahui bahawa Mr. Dominic Unknown merupakan seorang mahasiswa di sebuah universiti. Tu pun kalau korang ikuti semua episod dalam blog aku la. 2 semester done ! Hello semester 3 ! Hello 2nd Year ! Still a long journey to go. Yes memang jauh. Sampai kadang tu aku rasa fedap dan nak stop belajar lalu hidup bahagia selamanya. But darling, this is not fairytale *suara fairy*. Aku kena hadap reality ini dengan tabah. Semua orang cakap zaman belajar paling best. Let just keep that sentence during my final year nanti kot. HAHAAHAHA.

Sem 3 @ Second Year Life !


Oh by the way, kalau nak baca story aku masa freshmen year, 1st year, junior year aka zaman semester 1 bolehlah klik Episod 14 : Hello Dunia Baru : Part 2. Zaman yang sangat innocent. Cute sangat. *perasan siot ko ni Unknown !*. Sedikit sebanyak mengenai sem 3 aku yang baru seminggu start ni, ok untuk sem ni aku dah ada my own major. Major apa ? Major biasa-biasa sahaja. Nantilah aku reveal. When the time comes. Agak stress jugak tetiba sebab aku rasa macam salah pilih major L. Takut aku tak boleh bawak major tu. Harapnya Allah permudahkan urusan aku untuk hadap sem ini dengan tabah. 

First week ni semua lecturer dah start bagi assignment yang boleh tahan dahsyatnya. Aku harap dapat siapkan dengan jayanya ! Wish me luck guys ! Ditambah lagi dengan tutorial dan jugak presentations yang bertimbun. Bad luck for this sem, kelas aku sentiasa ada setiap hari. I mean Isnin sampai Jumaat hari-hari ada kelas. Last sem hari jumaat aku dah merdeka tanpa kelas. Boleh la balik ke rumah untuk tenangkan fikiran. This time no more Classless Friday. Tabahlah. Sem ni aku rasa agak tough. Target nak skor 3.50 pulak. Paling kurang pun aku just harap dapat maintain 3.00 above. Amin. Moga dipermudahkan ! Chaiyok Dominic ! Well dah jadi senior kan. HAHAHA. Syok la jugak. Tapi the funny part was bila tengok bebudak junior still gantung kad matriks mereka. Very innocent. HAHAHA. Gelak kat orang pulak kau ni. Kau tu pun dulu sebulan jugak gantung kad matriks kat leher. HAHAHA. That’s the view for early sem ni haa. After one week sem 3 start ni aku jatuh sakit pulak. Pakej pulak tu. Time menulis ni pun aku kurang sihat. Kurang rest barangkali. Moga aku cepat sembuh.


New Roommate !


Perbualan di whatsapp :

Adin : Weyh ! Sem ni aku dengan kau satu bilik ! Office dah setup kena stay dengan roommate yang sama course.

Aku :  Oh ye ke ? Tapi bukan kau dengan budak Kemanusiaan tu dah promise nak stay together ke ?

Adin : Itu lah. Aku dah pening ni. Aduh.

Aku : Ok macam ni. Kau stay je dengan budak tu. Yela sebab dah janji kan. Nanti dia kata apa pulak. Aku ok je dapat roommate baru.

Adin : Ok weyh. Bilik kita sebelah-sebelah saja. Apa-apa boleh ketuk pintu.

Aku : No problem !

*some scenes might bit different from the real conversation.*

Begitulah kisahnya. Setelah menggunakan kabel dalaman akhirnya aku dan Adin tak jadi roommates. Aku bukan tak nak jadi roommate dengan dia tapi entah. Korang paham-paham la sendiri. Dengan isu aku dengan Mr. Crush dulu. Even dia pun dah jadi ex Mr. Crush and aku pun dah move on but you know the scar still there. Tapi entah aku tetap rasa tak boleh nak sekepala dengan dia bila stay sebilik. Alhamdulillah tak sebilik. Seribu rahmat sangat ! What happen to Zafril ? Who is Zafril ? You can read about him in here Episod 14 : Hello Dunia Baru : Part 2 and Episod 45 : K A N T O I ! My roommate from previous year. Well this sem tak sebilik dengan dia dah. Dia kena keluar sebab tak cukup points untuk stay dalam hostel. Bye-bye Zafril. You are now jadi recurring character je dalam ni. HAHAHA. Dia stay bilik Bigo. Siapa Bigo ? Boleh baca kisahnya di sini Episod 39 : Homophobia. Ok lets talk about my new roommate. 

Nama dia Haziq bukan nama sebenar. Umur 22 tahun. Asal Pahang. Tinggi lebih kurang aku kot. 170+cm. A senior because currently dia dalam 3rd year of his Degree. Hensem ke ? Melting tak ? Well ermmm not bad la. Cute la jugak. Sedaplah mata memandang. Tak kenal dia sangat lagi. I hope we both dapat jadi erat. So far the chemistry tak datang lagi. Dia pun jarang ada kat bilik. Time aku menulis episod ini pun Haziq tak ada di bilik. Dia balik ke kampung halaman dia. Gigih betul. Agak cemburu dengan beliau sebab hari Khamis dan Jumaat dia dah free from kuliah. 4 hari dia cuti. While aku mereputlah pergi ke kelas hari-hari. Adakah aku akan come out kat dia yang aku ni gay ? Definitely not. Memang Tak. Aku rasa let just biarkan ia menjadi rahsia. 


Gay Life ?


Well I guess everyone in here tahu aku gay kan. HAHAHA. Agak mustahil lah kalau tak tau. Unless kau baru terjumpa blog aku ni haa. And please ! If you want to judge anything about my life just go fucking away from my blog. Sekian pesanan ikhlas dari Mr. Dominic Unknown :3. Untuk sem baru ni aku dah uninstall apps gay macam Grindr, Hornet and PR. Well Hornet dah lama aku uninstall. And Alhamdulillah so far takda rasa nak install balik Grindr ke apa semua tu. Harap berkekalan. Mungkin aku rasa benda tu semua dah tak function kot. Dulu awal sem aku mungkin culture shock dengan dunia PLU ni. Semua benda nak cuba. Bila dah lama-lama ni aku rasa I should stop doing that. Focus on my studies. Bila tak ada benda tu tak lah aku nak menjalang ke apa. But some people yang aku kenal from Grindr ada yang jadi member aku sampai sekarang. Friendship Win ! HAHAHA. Tapi kadang tu aku tengok jugak muka-muka PLU dalam Grindr. Guna Grindr si Adin tu haa. HAHAHA. Saja nak tengok budak-junior yang baru nak up dalam tu. Confident letak muka sendiri. Bercakap pasal budak junior, jeng jeng jengggg ! Well dapatlah detect beberapa orang yang sangat cute and handsome gila ! Bergetar iman abang Dominic ni dik. Apsal Aummmmmm sangat ni ? HAHAHA. Baka-baka yang sangat elok. Tapi aku sekadar cuci mata sahaja. Well that’s my hobby kot ! HAHAHAHA.

New Love and New Hope !



Everyone deserve to be happy. Begitu juga aku. Walaupun kebahagiaan dan kasih sayang itu terpesong dari jalan yang lurus. Wah ayat novel cinta sangat ni. WOW ! Mr. Dominic Unknown dah jumpa cinta dia ke ? The new Mr. Crush ? Siapa ? kenal macam mana ? JENG! JENG JENGGGG !!! To be continued in other episod which is aku tak tahu bila aku nak story pasal ni.

Adios ~


P/s : Aku ada terima dua respons dari box Ask Mr. Unknown. Dari Mr Em dan Insan Bukan Straight. Untuk Mr Em you can leave your email in my box. I’ll contact you later*Only if I’m not busy*. Insan Bukan Straight pulak, hmmmm agak menarik soalan anda itu. Mungkin saya akan buat satu episode khas nanti untuk give my opinion regarding on that. Aku pun tak tahu whether my opinion tu boleh pakai ke tak. HAHAHA. Kepada reader yang rasa nak kongsi apa-apa boleh guna box Ask Mr. Unknown kat sebelah kanan blog aku yang hambar ini. Cuma aku tak janji bila boleh reply. Harap maklum. Thanks.


Tuesday, September 8, 2015

Episod 51 : MasterChef Asia




Sebut sahaja mengenai rancangan reality memasak no. 1 dunia, Masterchef pasti semua orang tahu. Itu pun kalau ada astro kat rumah lah. Aku ni pun boleh dikatakan penonton setia rancangan reality yang ada dalam TV tu. Tapi tak semua aku layan. Mana sempat aku ikuti tu aku tengoklah. Serba sedikit mengenai Masterchef ni pada awalnya dihasilkan di United Kingdom. Kira UK la pengasas. Basically para contestants terdiri daripada pelbagai latar belakang. Macam-macam kerjaya ada. But apa yang pasti sesiapa yang ada latar belakang dalam bidang kulinari tak dibenarkan join. Banyak negara yang dah adaptasi rancangan ni. Antaranya seperti Masterchef US, Masterchef Australia, Masterchef Canada, Masterchef Indonesia, Masterchef Malaysia dan banyak lagi.

Basically, Masterchef diadili oleh 3 orang juri yang terdiri daripada chef yang berpengalaman. Chef-chef ini akan menilai hidangan yang disediakan oleh para peserta dari segi rasa, persembahan dan juga kreativiti. Format Masterchef kebanyakannya sama cuma ada sesetengah tu diubah sedikit formatnya ikut kesesuaian negara tu. Macam Masterchef Malaysia semua ingredients yang ada dalam pantry tu halal la. Giler nak letak pork ! HAHAHAHA. Jumlah peserta pula bergantung pada produksi Masterchef negara tersebut. Kebanyakan lebih kurang 16 orang dan ke atas. Malaysia dan Australia selalunya ambil Top 24. 

Terdapat cabaran Mystery Box yang mana peserta akan diberikan bahan dalam box itu. Pandai-pandailah korang nak masak apa. 3 hidangan yang terpilih akan dirasa oleh chef. Chef akan decide which one is the best. Hidangan yang menang tu sekaligus akan menyelamatkan peserta tersebut dari masuk cabaran penyingkiran. Tapi kalau Masterchef Malaysia agak berbeza sedikit. Nak tau apa beza ? Tengok sendirilah. Pemenang Mystery Box ni bukan je selamat dari penyingkiran tapi dorang pun akan dapat advantage lain. Depends on that show, ada setengah tu pemenang Mystery Box dapat pilih bahan-bahan untuk contestants lain, ada setengah tu boleh pilih sapa yang dia nak selamatkan dari penyingkiran dan lain-lain lagi. Seterusnya ada cabaran berkumpulan ! Dua kumpulan akan ditubuhkan. Kumpulan merah and biru. Tapi ada jugak yang guna kaler lain macam kuning, hijau, purple and etc. Merah and biru kira warna yang lazim digunakan. Dalam challenge ni para peserta akan masak secara berkumpulan dan akan ada team captain yang akan handle setiap kumpulan. Setiap kumpulan kena sediakan hidangan untuk para tetamu yang dah dijemput khas. They can be anyone. Orang awam, budak sekolah, even family sendiri pun pernah jugak ada. Semua tetamu yang makan tu kemudiannya akan decide which team yang serve masakan paling sedap dan akan vote untuk tentukan pemenang. Seperti biasa team yang kalah akan masuk pusingan penyingkiran.

Kisahnya aku nak story pasal Masterchef Asia tapi merepek sampai format segala macam ni pulak dah. For the first time, channel Lifetime 709 produce Masterchef Asia ! Dah nama pun asia jadi para peserta pun mestilah terdiri daripada rakyat negara-negara asia macam Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, India, Vietnam, China, dan Taiwan. Dalam season 1 ini*hopefully ada season seterusnya* seramai 15 peserta telah dipilih. Kira top 15 je la yang dapat. 3 peserta dari Malaysia ! kipidap ! 3 peserta dari Singapura, 3 dari Filipina, 2 dari Indonesia, manakala Vietnam, China, India dan Taiwan diwakili oleh seorang peserta. Psssst ! Contestants lelaki agak cute jugak. HAHAHA.
Okey! Let’s see the judges for Masterchef Asia !



 Dari kiri Audra Morrice, Chef Susur Lee, and Chef Bruno Menard. Audra ni dulu peserta top 3 Masterchef Australia Season 4. Talented jugak dia. The other 2 judges ni for sure la chef yang berpengalaman.

The Top 15 Contestants !

Nama : Jasbir Kaur
Umur : 54 
Kerjaya : Suri rumah
Negara : Malaysia

Nama : Sophia Zulkifli
Umur : 30
Kerjaya : Suri rumah
Negara : Malaysia


Nama : Marcus Low
Umur : 
Kerjaya : Pegawai bank
Negara : Malaysia


Nama : Lennard Yeong
Umur : 27
Kerjaya : Jurutera
Negara : Singapura

 
Nama : Woo Wai Leong
Umur : 27 
Kerjaya : Peguam
Negara : Singapura
 

Nama : Sandrian Tan
Umur : 41
Kerjaya : Suri rumah
Negara : Singapura
 

Nama : Jake Aycardo
Umur : 24
Kerjaya : Analyst ? *Penganalisa maybe*
Negara : Filipina
 

Nama : Rico Amancio
Umur : 31
Kerjaya : Paralegal
Negara : Filipina
 

Nama : Lica Ibarra
Umur : 29
Kerjaya : Pegawai Kewangan
Negara : Filipina
 

Nama : Vonny Lestari
Umur : 20
Kerjaya : Pelajar
Negara : Indonesia


Nama : Stefan Pratama
Umur : 25
Kerjaya : Wakil jualan
Negara : Indonesia
 

Nama : Blanche Chu
Umur : 28
Kerjaya : Model
Negara : Taiwan
 

Nama : Alice Peng
Umur : 32
Kerjaya : Saintis
Negara : China
 

Nama : Priya Barve
Umur : 39
Kerjaya : Pengurus pemasaran
Negara : India
 

Nama : Doan Phuong Ha
Umur : 31
Kerjaya : Usahawan
Negara : Vietnam

Masterchef Asia secara rasminya telah pun mula ditayangkan pada Khamis, 3 September 2015 yang lepas. Aku sebagai warganegara Malaysia mestilah menyokong peserta Malaysia. Unfortunately, Sophia telah pun tersingkir dalam episode 1 yang lepas. Hal ini menjadikan hanya 2 sahaja lagi peserta Malaysia yang masih lagi bertanding. Agak terkilan juga sebab dia tersingkir. Sophia nampak berbakat. But once you screwed up in the kitchen you have to leave the Masterchef kitchen. Buat masa ini masih terlalu awal untuk menilai kebolehan para peserta sebab aku pun hanya tengok dari kaca TV sahaja. Lainlah kalau boleh rasa. So, far peserta favourite aku selain wakil Malaysia ialah Ha, Priya, Rico, Blanche, and Vonny. Rico and Leong agak comel jugak la. HAHAHAHA. Pandai masak pulak tu. Calon suami yang sangat ideal. Tapi frankly cakaplah, production team kena lebih hardwork sikit. Agak hambar jugak. Especially time merasa hidangan tu. Music latar agak kurang. Peserta pun tak energetic. Mungkin perlukan sedikit elemen drama. Gaduh-gaduh sikit. HAHAHA. Yup they need to improve. Tapi mungkin sebab baru first episode jadi mungkin semua still tak tunjuk belang lagi. Harapnya next episode semua mula tunjukkan skill masing-masing.

Unfortunately aku pun dah start new semester. Episod lain tak pasti lagi hendak tonton di mana. Kalau ada di youtube Insyaallah boleh ikuti episode-episod yang mendatang.

Sampai di sini sahaja episode kali ni. Kepada yang minat tu teruskan menonton ! Support peserta Malaysia ! Akhir kata from Mr. Dominic Unknown, May the best homecook win the Masterchef tittle ! Adios ~

p/s : Semua gambar dan maklumat yang digunakan telah diambil di website rasmi MasterChef Asia.



p/s 2.0 : New sem officially start ! How was my new sem so far ? Who is my new roommate for this year ? Semuanya bakal diupdate dalam episode-episod yang akan datang.

Tuesday, September 1, 2015

Episod 50 : Unexpected !





Well hello everyone ! It’s been a long day without any episode in here. Kinda busy or should I say lazy ? Yeah ! A bit la. Agak malas sedikit. Laptop aku pun lama tak bukak. Sampai dah berhabuk. HAHAHA. Almaklumlah cuti sem. Assignment pun tak ada. Memang enjoy the moment la. Begitulah kisahnya apabila seorang mahasiswa bercuti. So kalian semua apa khabar ? How was your life ? doing great ? Kalau tak berapa nak great tu aku harap korang be strong and hadapi dengan tabah. Hidup ni penuh dengan pelbagai cabaran. Nak tak nak kena hadap jugak. Dalam hidup ni tak semua yang kita plan tu akan jadi exactly like we want. Yang di atas itu maha berkuasa. Dia yang tentukan semuanya. Perghhh deepnya ayat. Episod kali ni aku nak merepek pasal unexpected. Banyak benda yang aku tak expect berlaku kat aku. For example like being a blogger, dapat sambung degree, jatuh hati, patah hati HAHHAHAHAH, Mr Crush dah broke up dengan Adin*WOWWW* and etc.

Blogger Life !

So being a blogger. Alhamdulillah dah setahun blog ni hidup. Aku tak pernah sangka akan mampu terus menulis dalam blog yang tak seberapa ni. Basically blog aku pun bukan ada apa sangat. Hanya sekadar perkongsian mengenai life aku yang tak berapa lurus ini. Nak tulis novel bersiri macam Shark tu memang bukan bidang aku. Nak bermadah macam Nu’man tu memang jauh sekali. Nak kata kacak macam Kamen pun tak jugak ok takda kaitan. HAHAHAHA. Pejam celik dah masuk episode 50. Cepat masa berlalu. But yeah aku agak enjoy menulis di sini. Dapat kenal/berinteraksi blogger lain*boleh check bloglist sebelah ni haa.* Even tak kenal dengan diorang in real life. One fine day mungkin dapat bertemu mereka. Mungkinlah. Harapnya perkongsian kat blog aku ni dapatlah bagi manfaat kat semua pembaca. Ada ke manfaat ? HAHAHA mungkin ada. Insyaallah.

Degree Life !

Well esok 1 September dah. So officially dah setahun jugak aku bergelar sebagai seorang mahasiswa IPTA. Ok budak U la senang cerita. Tahun lepas on the same date aku pergi lapor diri. HAHAHA. Freshmen year. Full with so many moments. Daftar. Masuk hostel. Roommate baru. Kawan baru. Stress dengan Assignments bertingkek-tingkek. Exam. Cuti sem. Sepanjang 2 semester aku dah rasa semuanya. Nak sangatkan jadi budak U so hadaplah. Sem 1 aku dulu agak teruk jugak la result. Tak capai 3 pointer pun beb. Memang kecewa la. Sem 2 ni Alhamdulillah aku berjaya capai target aku. Aku target 3.00. When the result came out aku dapat 3.22 ! Yes some people akan rasa like my pointer tak hebat sangat pun. Aku akui tu ! But at least I managed to achieve my target ! And the feeling was so amazing ! Next sem akan cuba up kan lagi. Moga dipermudahkan. Next sem tu next week la HAHAHAHAH 7hb semua budak degree start sem baru dah. I’m gonna be a senior ! HAHAHA. So kepada reader-reader blog aku ni yang bakal sambung degree bermula esok tu selamat menjadi budak U !!! Good luck ! Study rajin-rajin ! WoW ! Tak sabar nak cuci mata tengok bebudak junior HAHAHAHAHA ! Oh yaa ! Nak promote sikit. Korang p check it out kat blog Shark pasal orientasi*klik nama Shark untuk ke entry itu*. It will help u a lot. So that kau tahu la apa yang jadi tu semua. Good luck with the minggu orientasi yang errrr !

Jatuh hati, Patah hati, Sakit hati, Move on !

HAHAHAHAHA ! Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan walaupun naluri itu tak berapa nak lurus ! HAHAAHAH. Everything happened ! Jatuh hati. Kemudian patah hati. Sakit hati. Move on. Aku lalui semua fasa tu. Tak pernah aku expect semuanya. Dengan plot twist sana sini. Bila ingat balik rasa tak logic pun ada. But it happen ! Terpulanglah kat pembaca untuk percaya atau pun tidak. Sapa yang ikuti kisah aku dari awal akan kenal la Mr. Crush. Some of the episodes aku terpaksa revert to draft atas masalah tertentu. Ok so now I’m completely move on dah dari Mr. Crush. But guess what ! Kebahagian cinta antara Mr. Crush dan Adin tidak mampu bertahan. Semua bermula beberapa minggu lepas. Aku ada perasan yang Adin and Mr. Crush macam ada isu based on Adin punya status kat sosial media dia. Jumaat lepas officially aku baca sendiri statement Adin yang dia dan Mr. Crush dah broke up. Semuanya tinggal sejarah. That was fast. Aku ingat mampu bertahan lama. But yeah life is unexpected ! Jadi Unknown, Apa kau rasa bila dapat tahu pasal ni ? Well aku ? AHHAHAHAHA  let just say terpulang pada korang nak decide sama ada aku happy dengan berita ni atau pun tidak. MUAHAHAHHAAH. Karma hit them like a truck maybe ? Aku pun dah temui kebahagian aku. Biarlah aku focus untuk kebahagiaan itu ! JENG JENG JENG !!!!!

Tak kira la life kita ni macam mana sekali pun, yang penting bersyukurlah sentiasa. Oh by the way Happy 50th episode to my blog ! HAHAHAAH syok sendiri pulak rasa. Ok sampai sini sahaja episode kali ni. Nantikan lebih banyak peristiwa menarik dalam episode akan datang. Akhir kata, saya Mr. Dominic Unknown mengundurkan diri dengan ucapan Adios ~


p/s : New semester please be nice to me !