F.I ada
tag aku pasal cabaran 20 facts ni. Kinda interesting jugak. Sebab aku tak
pernah try pun buat benda macam ni. Tapi ada la perasan kat facebook orang buat
cabaran macam ni. Nampak senang, tapi aku sendiri pun tak tahu nak listkan
fakta tentang diri aku. Macam tak kenal diri sendiri pulak. Setelah berhempas
pulas*ayat kemain* memikirkan fakta tentang diri aku, akhirnya berjaya jugak
list 20 fakta ini. Berikut adalah fakta-fakta mengenai diri saya :
1. Suka baca novel
Minat
membaca ni dah lama ada. Since aku darjah 3 lagi. Sebabnya time tu aku gigih
nak buat NILAM. Memang banyak jugaklah buku cerita yang aku baca. Time tu belum
baca novel lagi. Mostly buku cerita kanak-kanak la. Paling best aku menang
tempat ke-3 pembaca buku terbanyak. Not bad la tempat ketiga. Janji aku menang.
HAHAHA. Start darjah 5 aku mula berjinak-jinak dengan novel penyiasatan. Macam
Siri Salma, Siri Hadi and 5 Penyiasat. Still consider as novel ke semua tajuk
ni ? Ah lantaklah. Masuk
alam sekolah menengah aku lebih prefer novel seram. Aku suka karya Zaifuzaman
Ahmad. Best jugak. Sekarang ni aku lebih minat dengan novel Fixi. Perghh
memang terbaik ! Start last year la lepas baca review Kacau dari blog Shark.
Lepas baca Kacau terus aku borong tajuk lain pulak. Fixi ni kena la dengan jiwa
aku.
2.
Obses dengan kesempurnaan novel@buku
Aku sangat jaga novel-novel aku. Kalau
nak beli, aku akan make sure novel tu perfect. Takda lipatan and any scratch ke
apa semua tu. Even time baca pun aku akan buka novel tu dengan sangat
berhati-hati. Family aku siap kata aku gila sebab terlampau obses sampai macam
tu.
3.
Tak pernah bercinta@couple
Yup. Tak pernah. Ok rasa macam forever alone je dengar
ayat ni. Tapi tu la realitinya. Pengalaman berpacaran memang zero. Dengan
lelaki tak pernah and dengan perempuan pun tak pernah. Cinta-cinta monyet semua
tu memang tak pernah rasa la. Paling hebat pun takat crush-crush macam tu saja.
4. Suka masak
Pelik ke lelaki masak ? Bagi aku ok jer. Plus aku rasa
dengan memasak ni dapat bantu aku kurangkan stress. Rasa
enjoy jer. But if masakan tu lingkup memang bengang jugak la. Masak ni kena try
and error. Jadi, kau akan tahu mana silap kau dan kena improve untuk atasi
masalah tu. Aku takda la pro sangat. Just biasa sahaja. Bolehlah nak masak
untuk family. Paling best time masak aku akan berangan macam join Masterchef.
HAHAHA.
5.
Peminat setia rancangan realiti tv !
Yes
! Aku suka gila program
tv macam ni. Usually show from US dan negara seangkatan
dengannya. Antara yang aku layan macam
Masterchef(US,Canada,Australia,Malaysia), The Amazing Race, America’s Next Top
Model*start from season 20 sebab ada boys. huhuhu*, Survivor, Beauty and The
Geek*kadang-kadang*, and lain-lain lagi*sebenarnya dah terlupa dah tajuk lain*.
Tapi, since dah jadi budak U ni memang aku kena babai jer la semua show ni.
6.
Tak pandai bergaya
Ni
one of my problem. Aku pun tak tahu la macam mana nak settlekan. Aku takda la
sampai tahap mangsa fesyen ke apa. It just like aku rasa tak pandai nak gayakan
sesuatu pakaian tu. Senang citer bila tengok mamat lain pakai something, dia
akan jadi WHOAAAA nice! ! But bila aku pulak pakai akan jadi macam …………………….
Tak smart. So aku ni just bergaya biasa sahaja.
7.
Kurang keyakinan diri
Maybe ni la yang menyebabkan terhasilnya fakta ke-6. Serious
aku ada rasa ni. Bila dah low self confident ni turut menyebabkan aku jadi
seorang yang cepat nervous, takut nak cakap depan khalayak ramai, panik semua
adalah. Aku masih lagi cuba untuk atasi masalah ni.
8.
Favourite colour = MERAH !
Dari dulu lagi aku suka warna merah. Aku
rasa merah ni melambangkan tuah*feeling chinese tetiba*. Dulu, baju-baju aku
mostly banyak colour merah. Sekarang aku mula berjinak dengan kaler lain pulak.
But merah tetap jadi pilihan.
9.
Tak kacak
Muka aku biasa jer. Tak masuk dalam kategori kacak pun. Taraf
sedap mata memandang je kot. But ada orang cakap muka aku cute. Ok perasan.
HAHAHAHA.
10.
Tak suka addmath
Seriously
aku tak pernah suka langsung. 2 tahun aku belajar subjek ni. But end up aku
dapat G saja untuk SPM aku. Tak pernah lulus langsung even dalam ujian biasa!
Markah mesti under 15. Memang legend jugak la. Bye addmath !
11.
Pernah dapat no. 1 ketika darjah 4
Darjah
4 aku stay kelas ketiga. Time exam akhir tahun aku dapat no. 1. Memang seronok
habis lah ! Sebab sebelum darjah 4 tu aku tak pernah dapat no. 1. First time la
kiranya. Then darjah 5 aku naik kelas kedua and darjah 6 aku berjaya stay dalam
kelas pertama. TAPI memang tak dapat no. 1 dah le. Top 20 je selalunya.
12.
Darah jenis O
Darah
saya jenis O. Sapa yang darah O tu kita geng la.
13.
Peminat fanatik filem Final Destination
Aku memang suka gila filem ni. Start
dari yang first instalment sampailah yang latest ni Final Destination 5. Sebab
? Entah aku suka tengok cara diorang mati. Ngeri ! Yeahhhh ! Dengar kata next
year bakal keluar FD yang ke-6. Hopefully bukan rumour.
14.
Ketinggian = 173.5cm
Tu
tinggi aku. Not sure dah cukup tinggi ke tak. Kadang-kadang aku rasa tinggi tapi kat uni aku ni ramai
gila yang lagi tinggi dari aku. Terus rasa pendek dengan automatiknya. But
dalam family sekarang aku yang paling tinggi la.
15. Anak sulung
Aku anak sulung dari 4 beradik. Adik lelaki ada seorang
and dua adik perempuan. Aku agak takut untuk dengar soalan ”Bila nak kahwin ?”.
Tapi lambat lagi la kot nak dengar soalan tu.
16. Pemalu tapi peramah
Aku ni memang pemalu jugak ar. But
bila dah kenal, aku akan jadi sangat ramah. So still boleh consider as pemalu
ke macam ni ?
17.
Try to be a better person
Aku ni tak la baik sangat. But
aku cuba untuk berubah. Sekarang aku cuba jaga solat aku. Tak nak tinggal dah.
Cukuplah dengan jadi tak berapa straight ni. Yang lain-lain tu aku cuba
improve.
18.
Penyimpan rahsia yang baik
Banyak
rahsia yang aku dah dengar and masih tersimpan rapi. Kadang tu sampai aku terlupa pun ada. Aku pun suka dengar
rahsia orang ni. HAHAHAHa.
19.
Masih tak berani nak confess kat crush saya, NZR
Aku masih tak berani nak reveal apa-apa pasal perasaan
aku kat dia. Bila masa yang sesuai pun aku tak tahu. Atau mungkin waktu tu tak
kan tiba barangkali.
20. Sentiasa merindui arwah opah
Opah aku meninggal time aku darjah 2. Time tu aku sedih
sangat. Sebab aku memang rapat dengan opah. Dia temankan aku tidur, dia suap
aku makan, dan dia jaga aku dengan sangat baik. Even dah 12 tahun dia pergi,
sampai hari ni aku rindu segalanya tentang dia. Nak dengar suara dia dan kalau
boleh nak sangat peluk dia. Dia sangat memahami aku. Dulu-dulu dia pernah cakap
nak tengok aku masuk U bila besar. Tapi tak tercapai hajat dia. Al- Fatihah
untuk opah.
21. Okey aku menitiskan air mata time tulis fakta 20 kat
atas ni. Saya rindu opah !
That’s all about me. 20 fakta yang menjadikan aku sebagai
aku. Agak membosankan mungkin. Terpulanglah pada pandangan
pembaca whether boring or tak.
Adios ~
p/s
: Laptop masih takda. Jadi
tak boleh nak update blog selalu. Kalau balik rumah bolehlah update. Bila dah
jadi student U ni aku sentiasa rindu rumah.
kira tinggilah tu...tinggi aku pun tengah-tengah 160 dan 165....sedih betul...filem FD...wei bahaya filem tu...terutama FD 4....pool scene...muahahaha! aku peminat novel gak....tapi bab2 menulis NILAM ni memang minta maaflah...tak rajin aku...
ReplyDeleteTapi bila tengok ada yang lagi tinggi dari aku rasa macam rendah saja.
DeleteTakpa Anon, orang kata rendah ni cute.
FD 4 tu je yang ada sex scene. Aku pun tak paham motif pengarah tu. Scene tu pun bukannya lama sangat. Yang lain tak pernah ada lagi. Just bogel-bogel macam tu je.
NILAM tu zaman sekolah rendah. Sekarang ni memang wasalam la aku nak buat.
btw, survivor season 29 and amazing race season 25 akan ke udara this september....
ReplyDeletei am really a huge fan of these 2 reality tv, yang lain mostly aku dah tinggalkan sebab mungkin bosan dan konsep yang tidak bertukar...
Untungla dapat tengok. Welcome to the club bro !
DeleteAku pun minat gila dengan the amazing race. Haishhhh teringin nak join. Survivor tu tak tengok sebab astro tak ambik.
Aku pun tak suka add math. Penat otak ooooo. Nasiblah SPM lulus.
ReplyDeletegive me 5 !
DeleteTahniahlah lulus.
Tak sia-sia otak ko penat.
Saya suka Add Math.... Nanti saya ajar awak kalau ada masa ( tetiba)
ReplyDeletebtw: Nice blog
Hebat !
DeleteMesti genius ni.
Yang tak genius je tak suka addmath. Macam aku.
HAHA addmath dah berlalu. Taknak tengok dah
Yeay kita sama! Suka masak. Tak reti nak berfesyen segala bagai. Darah O. Suka tengok reality TV. Pemalu. Anak sulung. Tinggi lebih kurang je. Aku 172cm
ReplyDelete=)
Hey Daus.
DeleteTerima kasih sudi baca fakta yang biasa ni. Hehe.
Yeahhh geng ! Ingatkan aku sorang je suka buat semua ni
mostly kita banyak persamaan..dari tadi aku baca blog kau...sedar sedar dah 2 jam lebih menghadap semua tajuk ni hehe... nice blog..
ReplyDeleteHai f.a.
DeleteThanks sudi baca story hidup aku yang penuh konflik ni.
I appreciate it a lot !
serious banyak persamaan aku dengan kau wei! aku macam amaze jugak lah dengan facts kau ni!
ReplyDeleteFakta no 1,3,4,5,7, 9, 13, 16, 17, 18 siyes shit sama! hahahaha
Aku suka gila FD! Berulang kali jugak lah aku tengok! Tak pernah bercinta and couple tu pun betul tapi ni post 2 tahun lepas kan, I bet kau dah pernah experience bende ni huhu. X pe akan aku discover pada post akan datang huhu
FD WAS DAMN AWESOME RITE !!!
Deleteunfortunately aku keciwa sebab tak ada sambungan yang keenam tu.