Salam
sejahtera.
Sari
berita utama. Ok tipu. Episod hari ni aku just nak cerita mengenai sambung
belajar atau bahasa skemanya melanjutkan pelajaran. Previous episod aku ada mention
yang aku ni student form 6. So now aku sedang tunggu panggilan IPTA untuk
sambung degree. Insyallah kalau takda aral melintang bulan 9 ni aku akan lapor
diri. But still not sure la whether boleh dapat ke tak. Bukan apa. Batch aku ni
macam-macam dah kena. Dengan sistem barunya lagi. Kira macam dah jadi bahan uji
kaji.
Hopefully ada rezeki untuk sambung. Result STPM aku pun takde la bagus
sangat. But okey la. Dapat jugak la pointer angka 3. Aku bukan apa. Cuma masih
lagi dihantui dengan peristiwa time zaman SPM dulu. SPM aku pun takda la teruk
sangat. Subjek teras aku semua lulus and ada A. So aku expect paling cikai pun
akan dapat tawaran from Uitm. Kos yang aku apply pun kos biasa-biasa sahaja.
Harapan yang sangat menggunung. Then on the day result UPU keluar, semuanya
hancur. "HARAP MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA. SILA KLIK RAYUAN UNTUK
MEMBUAT RAYUAN" Macam tu la lebih kurang ayat yang aku terima. Shit ! Aku
rasa disaster sangat time tu.
Kawan-kawan
aku mostly dapat matriks. Bengang jugak la. Lagi aku bertambah bengang bila ada
kawan aku yang dapat tawaran UPU tapi result lagi teruk dari aku ! WTF ? Result
dia lagi low tapi dapat. Aku pulak tak dapat. At the end nak tak nak aku end up
sambung study kat form 6. Nak buat macam mana. That is the last chance. Agak
sedih jugak bila tak dapat IPTA time lepasan SPM dulu. Parents aku asyik
marah-marah. Ayah aku siap kata aku ni memalukan sebab tak boleh nak skor.
Sedangkan ramai anak kawan-kawan dia yang dapat skor SPM. Dan bermulalah adegan
comparison dengan anak-anak kawan dan jugak sepupu sepapat aku. Dia ni dapat
sambung situ, Dia tu dapat sambung sana, Anak ni dapat straight A and so much
more. Aku sampai naik fedap. Kau rasa diri kau ni useless aka functionles
sangat. Ingat tak tertekan ke bila jadi macam ni. Aku bukannya mintak. But they
just don't understand. Tapi aku sebagai anak ni hanya mampu diam jer la. Kalau
melawan kang jadi anak derhaka pulak.
So
then aku sambung form 6. Sekolah aku tu pulak not bad la. Famous la jugak.
Paling best sebab ramai lelaki handsome ! perghhh memang aku enjoy la cuci mata
tiap hari. Junior pun ramai yang cute. Sebaya aku pun ramai hot-hot. Especially
geng atlet. Tahan jer la gelora nafsu tengok diorang. Secara rasminya sekarang
aku dah jadi budak lepasan STPM. Currently aku kerja part time. Dapat la duit
poket sikit. Tapi feeling nak sambung degree tu macam takde pulak. Entah
kenapa. Barangkali sebab aku terlalu lama berada dalam environment sekolah kot.
Environment selamat. Environment selesa. Mungkin. Cuma aku agak exicted nak
cuci mata tengok jantan-jantan yang ada dari seluruh Malaysia ni. HAHAHAHAHA.
Keji sial. Bila dah ada naluri ni. Of course kau akan pikir tu jugak. Straight
guys for sure bercita-cita nak tengok gadis-gadis seluruh Malaysia. Yang tak
berapa nak straight ni usha jantan jer la kan. Ha giteww. Kena pulak kalau
dapat roomate yang hot! perghhh mampukah aku menahan gelora nafsu ini ?
Silap-silap aku terkam dia terus. HAHAHAHAA. Tapi harap-harap tak la. Kalau
boleh biarlah aku dapat tahan nafsu yang tak berapa lurus ni. Tapi tak jamin
la. Opssss. Semua tu akan terjawab tak lama lagi. Hope for the best!
Adios ~
p/s
: Thanks so much to Inche Shark sebab letak blog aku yang tak seberapa grand ni
kat side bar blog engkau. Aku hargai sangat-sangat. Wah terharunya :') .
No comments:
Post a Comment