8 January 2018
Dah seminggu 2018 hadir dalam hidup
semua orang. Hari ni jugak mencatatkan sejarah kerana hari ini merupakan hari
untuk aku menduduki peperiksaan akhir bagi semester tujuh. Paper pertama dan
paper terakhir. Satu subjek sahaja yang memerlukan aku untuk menduduki
peperiksaan. Oh ya. Tarikh ini juga merupakan kali terakhir untuk aku menduduki
peperiksaan bagi life ijazah aku. Semester lapan tiada lagi exam. Hanya
internship. Insyaallah menjelang Oktober 2018 aku akan bergraduasi. Harapnya
begitulah. Tepat jam 5.15pm, maka tamatlah waktu peperiksaan aku. Lepas malam aku tidur dengan Qimie, aku dan
dia hanya bertembung di sekitar block kolej kami sahaja. Aku akan senyum
melihatnya dan begitu juga dengan Qimie. Khamis, 11 Januari aku akan pulang ke
kampung halaman untuk cuti semester selama sebulan. Sebelum aku berangkat ke
ibu kota untuk internship. Maknanya aku hanya ada tiga hari sahaja lagi untuk
melihat Qimie di hadapan mata aku. Lepas ni susah dah.
Aku teringat yang birthday Qimie akan
tiba bulan depan. Terdetik di hati nak hadiahkan dia something. Orang kata as
one last gift. Tapi masalahnya aku tak tahu nak bagi apa. Even during birthday
Dario pun aku hanya masak makanan favourite dia sahaja. Sebab dia dah ada semua
benda. Back to Qimie, aku teringat something. Mungkin patung beruang is
something that can be a gift for him. A teddy bear. Well at least he can cuddle
it.
9 January 2018
Aku mulakan proses untuk mencari teddy
bear yang sesuai. Kalau nak beli kat mall aku pasti harga nokharom mahal.
Paham-paham je la kalau dah hujung sem ni duit pun tinggal serdak je ni haa.
But still gigih jugak nak beli hadiah bagi. Over la kau ni Dom. So aku decided
untuk buat carian online menggunakan apps shopping yang ada. Aku search dalam
Shopee dan nasib aku baik kerana dapat temui satu seller yang menjual teddy
bear dengan harga yang aku mampu milik.
Gambar sekadar hiasan dan ihsan dari Google |
Rilakkuma teddy bear seems quite cute
and huggable. Size agak besar. Aku pun terus deal dengan seller. Kebetulan dia
pun tinggal berdekatan so aku decided untuk jumpa terus. Easier.
10 Januari 2018
Aku dah deal dengan seller tu jam 3pm.
On time aku terpacak kat kawasan kitorang nak jumpa tu. A few minutes later dia
muncul. Duit dan teddy bear bertukar tangan. Dengan lafaz “saya beli ye sis”
maka aku dah berjaya beli hadiah untuk Qimie. Good seller. Sebab dia dah letak
dalam paper bag yang agak nice jugak. Dah selamat tak payah nak balut lagi dah.
Malam ni aku dah start packing barang.
Sebab the next day aku nak balik dah. Mulanya aku ingat nak bagi hadiah malam
ni jugak. But then dah lewat so aku cancelkan niat aku and decided untuk bagi
esok. Before left kolej.
11 Januari 2018
Continuing packing all my stuffs and
etc. Mak and abah akan datang ambik aku petang nanti. Aku text Qimie pukul
berapa dia free. Sebab ni last aku nak jumpa dia sebelum aku berangkat pulang.
Qimie inform aku dia akan ada kat bilik around waktu petang. Ok nice. Nervous
juga. Selalu bagi makanan je kat dia .
Hujan turut dengan lebatnya petang itu.
Seolah-olah menangisi perpisahan ini. HAHAHA berangan. Around pukul 5 lebih
abah and mak sampai. Jadi bermulalah sesi mengangkat barangan aku. Roommate aku
tidak kelihatan sejak semalam. Aku sendiri tak tahu dia pergi ke mana. Tepat
jam 6.00pm aku settle angkat barang. I told my parents to wait for me at kedai
mamak nearby coz I wanna meet my friends before I leave once and for all.
Almaklumlah ada setengah member aku yang hanya 3 tahun saja pengajian mereka so
lepas ni memang tak jumpa dah la.
Aku bergegas ke bilik Haqimie. Jantung
aku berdebar. Aku ketuk pintu bilik dia. Qimie bukak dan jemput aku masuk. Aku
hulur beg kertas yang diisi dengan teddy bear Rilakkuma. Riak wajah Qimie
sedikit terkejut.
Aku : Abang tak ada apa sangat nak
bagi. Ini je la yang abang boleh bagi kat Qimie. Hadiah birthday awal sebulan
dengan hadiah perpisahan.
Qimie : Awhhhhh abang. Susahkan abang
je. Kenapa sweet sangat ni ? Terima kasih Abang Dom.
Aku : Yela lepas ni dah jauh dari
Qimie. Ni last nak jumpa Qimie..
Qimie : Hmm janganlah cakap last. Dah
macam ermmm ala Qimei tak nak sebut la yang tu.
Aku : ok ok tak. Lepas ni susah dah nak
jumpa adik abang ni haa. Abang gonna miss you Qimie. Abang nak peluk for the
last time boleh ?
Haqimie merebahkan diri di atas
katilnya. Aku memeluk erat dirinya. Rambut Qimie aku belai lembut. Haruman
syampu di rambutnya bermain di rongga hidung aku. Ayat kau memang nak kena poyo
macam ni ke Dom ? Qimie memeluk erat tubuhku. Dia menekup wajahnya kearah dada
aku. Well obviously la tak kekar macam abang sado korang dalam Instagram tu.
Aku turut memeluk erat tubuh Qimie.
Kemudian kami menatap wajah masing-masing.
Mata Qimie sedikit berkaca.
Aku : Janganlah nangis nanti abang pun
nangis sama.
Qimie : Nanti Qimie rindu abang…
Aku : Abang pun akan rindu Qimie. Ni
pun dah rindu. Kalau jauh dari mata susah abang nak tengok Qimie. Abang sayang
Qimie sangat-sangat.
Qimie : Qimie pun sayang abang.
Aku : Thank you for everything. Qimie,
you are one of the best thing that happen to during my university’s life. Janji
dengan abang yang tak kira apa yang jadi Qimie takkan lupa abang, takkan buang
abang. Boleh ?
Qimie : Qimie takkan lupa abang. Qimie
sayang abang. Terima kasih jaga Qimie kat sini.
Aku : Always. Abang will always by your
side no matter what happen.
Lama aku dakap Qimie. Aku kucup lembut
dahi dia. Pipi Qimie pun aku kiss. Masa sememangnya terbang dengan pantas. Jam
menunjukkan tepat 6:50pm. Nak tak nak aku kena beredar before mak start call
aku kang. Dengan berat hati aku berdiri
dari katil.
Aku : Abang nak selfie dengan Qimie
boleh ? Nak buat kenangan.
Qimie : Mestilah boleh.
After a few selfies later aku peluk
Qimie lagi. Kiss dahi dengan pipi dia.
“Jaga diri elok-elok. Abang akan always
jaga Qimie dari jauh. Apa-apa boleh text abang tau.”
Aku titipkan pesanan yang terakhir
sebelum beredar. Kami bersalaman. Lalu aku bergegas meninggalkan bilik Qimie.
Ketika di dalam lif, minda aku ligat memutarkan kembali detik-detik awal
perkenalan aku dengan Qimie. Bermula dari saat aku selalu perhatikan dia dari
jauh hinggalah saat kitorang chat dalam Grindr until that day. Bapak over
feeling ko ni dowh. Tapi serius. Tu yang aku rasa. Lepas tu aku pun bergerak
meninggalkan blok kolej aku. Cuaca petang tu mendung. Actually hujan dah
berhenti tapi still mendung. Seolah menggambarkan perasaan aku waktu itu.
Lepas ni aku akan mula internship.
Begitu juga dengan Qimie. Andai ada rezeki lagi mungkin kami akan bertemu
semula. Insyaallah.
Adios~
P/s : Dah almost sebulan 2018 menjengah
masuk. Moga tahun baru ini akan membawa pelbagai kegembiraan buat kita semua.
Korang doakan aku dapat convo tahun ni. Oh ya buat silent readers yang keep on
lepak sini and baca post aku. Thank you so much. Walaupun kadangkala sendu.
Lepas ni akan lagi sendu kot. We will see it later.