Qimie
: Qimie dengan dia dah putus…
4
Jun 2017
Study
week selama seminggu pun akhirnya tamat. Seminggu berbuka puasa di rumah. Jadi
selamat kembali ke kolej tercinta. Selamat berjuang buat diri sendiri yang
perlu menduduki enam paper final exam untuk semester 6 ini. Sebelum pulang aku
sempat membuat kek coklat. Aku ingat nak bawa untuk Qimie. Lagi pun ni kali
terakhir aku boleh bagi dia something before cuti sem bermula nanti.
Aku
tiba di bilik kolej aku dalam pukul 11pm. Dalam pukul 11 lebih tu aku whatsapp
Haqimie. Kebetulan Adin belum pulang ke bilik lagi jadi bolehlah aku ajak si
Haqimie datang bilik aku. Haqimie datang dalam lingkungan pukul 12am macam tu. Qimie
duduk di katil aku dan mula berbicara. Banyak
yang dia story kat aku. Pasal assignments dia. During study week dia tak cuti
sebab masih ada assignments yang perlu submit. So Qimie tak balik kampung. Ya
aku rindu saat Qimie mula sembang mengenai life dia. It just like that moment
is coming back. Setelah kemunculan Faizul semuanya jadi berbeza. Seperti ada
satu halangan antara aku dengan Qimie. Walaupun aku cuba untuk pasrah dengan
ketentuan itu. Tapi dalam satu sudut hati aku still tak boleh nak terima
reality itu.
Aku
: So Qimie dengan Faizul macam mana ? Dia jaga Qimie baik-baik tak ?
Qimie
: Ermm Qimie dengan dia dah takda apa-apa.
Aku
: Hah ? Maksud Qimie ?
Qimie
: Khamis lepas. Dia panggil Qimie datang ke bilik dia. Lepas tu dia cakap dia
tak boleh teruskan hubungan ni and then dia minta maaf.
Aku
: Serius lah dia buat macam tu ? Qimie okey tak ni ?
Qimie
: Ok je. Cuma hari tu nangis sikit. Dia siap hempas pintu bagai. Lepas tu
datang bilik nak minta maaf. Tapi Qimie tak layan pun. Lantak dia ah. Kali ni
macam tak rasa apa dah. Banyak kali jadi dah. Dengan ex dulu macam ni jugak.
Awal-awal beria. Bila dah dapat jadi macam ni.
Aku
: Abang pun tak paham. Apsal diorang buat macam tu kat Qimie. Kenapalah tak
jaga Qimie elok-elok. Geram pulak abang dengar.
Qimie
: Bila dah banyak kali kena macam ni dah tak rasa apa-apa lagi dah.
Aku
: Takpa. Jadikan pengalaman. Don’t worry abang always ada dengan Qimie. Abang
akan jaga Qimie.
Qimie
: Thanks Abang.
Lantas
aku memeluk Qimie. Lepas aku dengar yang diorang dah broke up aku
rasa ada satu
perasaan yang entah. Susah nak cakap. Ok fine the thing is aku ada rasa sedikit
gembira bila diorang putus. Macam like seriously aku rasa macam lega. Faizul
and Qimie dah putus ! Mungkin sebab aku marahkan Faizul kot. Entah. Aku sendiri
pun tak tahu or mungkin aku tahu cuma aku pretend macam tak tahu atau aku sememangnya happy bila tahu diorang break up. Tapi dalam
masa yang sama aku kesian dengan si Qimie. Banyak kali dah patah hati. But no
matter what aku akan jaga dia. Even dari jauh. Then aku bagi kek coklat yang
aku buat tu. Lalu Qimie pun pulang ke biliknya. The next day dia puji kek
coklat aku tu sedap. Eh blushingggg titerwww taw !
8
Jun 2017
9:30pm
Aku
bergerak turun ke tingkat 1. Nak pergi isi air. Seems like someone was isi air
in there too. Aku pun beratur. Nampak gaya macam Faizul. Oh please jangan dia
please jangan dia. Kemudian, susuk badan itu menoleh ke belakang. Ya Faizul.
Perasaan meluat menguasai diri tapi aku still mengukir senyuman. Being fake is
one of my talents sometimes.
Aku
: Hai Faizul. So bila last paper ?
Faizul
: Lambat lagi. 21 Jun nanti.
Aku
: Ohh. Ingatkan dah berambus dah esok lusa.
Yes
aku sebut berambus tanpa sedar..
Faizul
: kau bila ?
Aku
: 13 Jun last paper.
Aku
jadi menyampah bila terserempak dengan Faizul. It just like I feel so much hate
to him. I just can’t.
9
Jun 2017
12.30pm
Seperti
biasa, setiap hari Jumaat maka berduyunlah kaum Adam ke masjid terdekat untuk
menunaikan solat Jumaat. Aku tiba di masjid awal juga hari tu. Aku naik ke
tingkat atas. Suasana masjid kelihatan sedikit sesak. Orang ramai dah mula
memenuhi saf. Masuk je saf aku usha keliling. Tadi masa di parking motor aku
nampak motor si Qimie. Dia mesti dah sampai. Di satu sudut kelihatan Qimie
duduk sendirian. At first aku nak duduk sebelah dia but then I think it’s
better for me to sit at the back. Kebetulan ada budak-budak kat area Qimie tu.
Aku pun text Qimie. Bergurau senda dengan dia. Aku kata dia bawak anak. Dia
ketawa. Lepas tu dia tanya aku duduk kat area mana. Aku pun cakap ah duduk kat
saf belakang sikit. Dia cari aku. Then dia datang dekat aku and duduk sebelah
aku.
Aku menatap wajah Qimie. Wajah seorang insan yang membuat hidupku lain
macam dalam semester ini. Qimie memulakan bicara. Tidak semena-mena aku
ternampak sesuatu pada Qimie yang menyebabkan hati aku mendidih. Aku menjadi
marah. Tangan aku menggeletar namun aku tetap mengukir senyuman seperti tiada
apa yang berlaku. Kau tahu rasa macam kau nak marah tapi kau bertahan supaya
tak meletus.
Di
leher Qimie jelas kelihatan kesan love bite. Ya love bite. Gigitan cinta orang
kata. Aku tanya Qimie siapa yang buat. Qimie berdalih dengan mengatakan itu
cuma gatal-gatal biasa. Dik, abang tahulah kesan orang tokak dengan kesan
gatal-gatal biasa tu. Aku terus mengorek cerita.
Aku
: Faizul buat ke ?
Qimie
: Eh tak la. Tak tahu.
Muka
Qimie kelihatan tersipu-sipu.
Aku
: Cakap je la abang nak tahu. Bukan buat apa pun.
Qimie
: Ermm ha'ah. Dia datang semalam untuk minta maaf. Tapi kami tak get back pun.
Jadi kawan je. Lepas tu dia peluk and kiss leher Qimei.
Kulit
Qimie yang cerah sememangnya akan membuatkan kesan love bite tu jelas
kelihatan. Aku tersenyum. Tersenyum menahan marah. Perasaan marah muncul
meluap-luap. Tangan aku menggeletar. Tapi aku masih waras. Tak guna untuk aku
naik angin. Aku bukan siapa-siapa. Hanya sekadar ada garisan abang dan adik
sahaja antara aku dan Qimie. Aku tak berhak nak marah Qimie. Paling tak boleh
blah aku share tips hilangkan kesan lebam tu. Orang yang tahu akan senang nampak
kesan itu. Kemarahan aku untuk isu ni tak valid langsung. Tak
sangka pulak kemunculan Faizul waktu malam sebelumnya merupakan foreshadowing
untuk kejadian masjid ni.
Keesokan
harinya, 10 Jun 2017 Qimie akan kembali ke kampung halamannya. Pulang sebentar
sebelum kembali semula pada 14 Jun nanti. Kertas peperiksaannya yang terakhir
jatuh pada 20 Jun. Paper pertama dan terakhir sebab subjek dia yang lain
semuanya 100% courseworks. Aku pula akan meninggalkan kolej pada 15 Jun. Jadi
mungkin pertemuan di masjid itu akan menjadi pertemuan terakhir buat semester
ini. Selepas cuti 3 bulan barulah aku boleh bertemu semula dengannya.
13
Jun 2017
11:32am
Qimie
masih di kampung halaman. The only cara untuk aku tengok dia was using his own
insta story. Cuma lately dia selalu buat instastory yang menunjukkan dia rindu
someone. Macam yang latest ni dia tulis
I
miss you <3
Aku
okey je kot baca. Janji dia bahagia. HAHAHAHHAH TAK ! AKu curious. Siapakah
gerangan yang Qimie rindui itu ? Mungkin dia dah berbaik dengan Faizul. Entah
juga. Lalu aku hantar personal text into dm Instagram dia.
Aku
: Qimie dah rujuk semula dengan Faizul ke ?
Qimie
: Hehehe. Macam tu la nampak gayanya.
Aku
macam terdiam sebab nak digest kenyataan yang aku baru baca tu. A week ago
korang break up. Then after a week get back pulak. Oh. Okeyh. Aku marah.
Perasaan bercampur baur sebenarnya. Marah. Tak puas hati. Kecewa. Entah. Tapi
aku tahu. At the end semua emosi tu tak valid pun. Sebab aku takda hak nak
control Qimie dan aku pulak hanyalah seperti abang dia. Kewujudan aku hanya
sekadar untuk jaga dia sahaja. Mungkin dah sampai masa untuk aku blah dan biar
Faizul yang handle dia. Mungkin. Aku just cakap kat Qimie yang aku doakan yang
baik-baik antara dia dan Faizul. Walaupun masih ada sedikit rasa geram dan tak
berpuas hati. I’m such a complicated person wtf.
14
Jun 2017
Qimie
kembali ke hostel. Awal jugak dia balik sebab exam dia hanya bermula next week.
Nak study dia kata. No text or anything from Qimie. Hanya sekadar reply-reply
story di dm Instagram. Katanya dia sampai petang nanti before berbuka. Aku
rasa macam tak sempat nak jumpa dia before aku balik.
15 Jun 2017
Aku
dah settle kemas barang. Petang nanti aku akan bertolak pulang ke rumah. Cuti semester
lebih kurang 3 bulan. Ayuh kembali ke rumah. Banyak juga barang aku. Entah apa
aku bawak. Hari ni juga hari last aku jadi roommate Adin. Sem depan aku tak sure
siapa pula. Lagipun aku kena tendang dari kolej. Sekarang hanya mengharapkan
keputusan untuk rayuan kolej. Kalau tak mampos aku. Ramadan pun almost berakhir. Raya nak dekat. Balik
ni nak membiskut raya pulak.
How
about Haqimie ? Aku tak rasa sempat jumpa dia hari ni. If sempat should be
nice. But aku tak harap sangat. Hubungan aku dengan Qimie ? Well aku follow the
flow. If dia rasa aku ni penting he knows where to find me. If not aku kena
terima je la bahawasanya hidupku cuman sekadar melukut di tepi gantang dalam
hidupnya. Aku harap yang baik-baik saja la.
Panjang juga aku merapu dalam episode kali ni.
Terima kasih kepada kalian yang sudi baca. Sebarang pandangan boleh dibuat dalam ruangan komen di bawah.
Till
we meet again in another episode.
Oh ya ! Some scenes telah diubah sedikit bagi melindungi identiti sebenar mereka.
Adios
~
P/s
: Baju raya aku kaler hijau tahun ni. My first baju raya with green theme !