Sunday, July 31, 2016

Episod 79 : Warkah Syawal Buat Mr. Crush


08:52am – 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437

Pagi syawal yang indah. Aku nekad untuk taip warkah khas untuk Mr. Crush. Via whatsapp la. Gigih pulak aku nak pos surat bagai. Sengaja guna word warkah supaya leboh klasik. HAHA.

“Dear Mr. Crush, fuhhhh nervous ni nak ucap. Hahaha. Okeyh selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan kat kau. Aku nak minta maaf zahir batin kat kau especially pasal insiden on 14 November 2014. Insiden 2 tahun lepas yang berlaku antara kita. Maybe engkau dah lupa kot pasal tu. But aku ingat that night kau stress out gila all of sudden a few people tetiba involve, kes Azrul lagi masa tu. Dan aku sumpah rasa bersalah during that time. The worst part was aku takda chance nak minta maaf pasal isu tu until now. Yes ! I feel suck because of that incident. Hari ni aku rasa masa yang sesuai. Harap dimaafkan. And lagi aku nak minta maap jugak kalau my words sometime agak harsh ke apa ke. Termelawak lebih kurang dengan kau or anything yang buat kau terasa. Harap dimaafkan. Aku harap friendship kita akan kekal buat selamanya okeyh. Pasal isu kau dengan Adin tu dah lepas, so aku rasa biarlah macam tu. Benda dah jadi pun. Again selamat hari raya maaf zahir dan batin.”

Insiden 14 November tu aku tak pernah story kat dalam blog. Kira the untold story la lebih kurang
. Tapi memang aku rasa bersalah masa tu. Akhirnya aku berjaya mohon maaf regarding on that issue. Nak tahu Mr. Crush reply apa ?

“Goshhh Dom ! Hahahaha. Kes tuu paling aku kelakar bila pikir balik. Naaahhh. Takdak apa pun Dom. Aku pun nak minta maaf dari awal kita kenal sampai sekarang. Moment awal kita kenal mesti aku banyak bagi kau sakit kan ? Aku minta maaf sangat-sangat masa tuu. Banyak gilaa salah aku kat kau. I’m so sorry L

Bila dah 0-0 ni rasa lega sikit kot. No more guilty feeling and etc. Raya pertama sebelah malam tu aku pergi beraya dengan Mr. Crush. We both went to our friend’s open house. Pukul 4 pagi baru balik rumah. Giler paling rare betul raya sampai pagi. HAHAHA. Last but not least, life must go on. Jadi ayuhlah menghadapi hari-hari yang mendatang dan semoga tabah.
Ok that’s all for today.
Adios~


p/s : Hadiah apa je yang best untuk anniversary ?

Tuesday, July 26, 2016

Episod 78 : 2 Years !


panjangnya jari. ehh

15 Julai 2014 aku decide untuk post entry pertama aku dalam blog ni. Pejam celik pejam celik sudah 2 tahun berlalu selepas entry tersebut. Wah ! Pantas masa berjalan. Seakan aku tidak percaya yang aku masih mampu bertahan dan mengupdate blog yang mungkin agak hambar ni. Bila baca balik episode-episod lepas, rasa macam tak percaya pulak aku dah hadapi semua tu dan masih survive sehingga kini. Ketika aku post episode 1 dulu, tak akan terpikir yang akan sampai episod 78 hari ini. Semuanya tidak dirancang. Dan kenapa ayat aku macam skema nokharom ni ? HAHA.

Well, being a blogger kinda fun. Especially bila ada dua identity ni. Kira aku agak bebas untuk menulis apa yang aku fikir. Tempat untuk aku luahkan benda yang aku tak boleh nak luah kat public and so much more. Tapi risau juga if kantoi identiti yang satu lagi tu ! But the best part bila aku dapat kenal member blogger lain which is macam Shark, Gibb, Adam, Shin, FI, Kamen, Nov, Val, CarlNu'man, Mr. K, Aries, KidPutraZackyAmirWarkah Kembara and blogger-blogger lain. Great people with their own stories. Really wish that one fine day aku dapat ketemu face to face dengan kalian. Insyaallah dengan izin tuhan. Dengan Aries je la pun yang aku pernah jumpa.

To all silent reader yang melawat blog ni and turut membaca entry-entry aku ni, aku ucapkan terima kasih. Blog aku ni pun tak ada apa sangat. Sekadar coretan kisah hidup aku. Nak tulis novel bersiri tak pandai, nak sembang benda ilmiah pun tak reti sangat, jadi ni je la yang mampu aku kongsikan dalam blog ni. Blog aku kan so lantaklah nak share apa pun ! HAaa marahhhh. Tibahh. But if ada yang nak share apa-apa boleh klik box Ask Mr. Unknown kat sebelah kanan blog ni. 

Aku sepatutnya post episode ni on 15th July tapi sebab masalah wifi rumah dan juga sikap malas aku maka entry ni terpublish on 26th July which is hari ni. Masalah malas tu entah bila nak selesai pun aku tak tahu.

Apsal dowh blog kau makin hambar ? Takda story panas ke apa ke ? Well yeah aku akui semenjak dua tiga menjak ni memang aku jarang nak post sangat. Bak kata Nu’man, bila meningkat usia maka kurang drama. HAHAHA. Agree jugaklah. Dalam sem 4 dan 5 yang lepas kurang berlaku scene-scene panas. Haha. Takda benda untuk dikongsi sangat. Kang aku story pasal Dario lebih-lebih korang annoyed pulak. Sem depan mungkin ? HAHAHAH. Sebenarnya ada je entry yang aku cadang nak tulis tapi masih dalam progress. Misalnya isu Ramadan’s confession, partner kaki pukul and etc. Perhaps akan di update nanti. Insyaallah.

So how was my raya ? Well raya was okeyh. Kurta and jubah were so mainstream this year, so aku decide untuk beli kurta moden warna merah. Bila beli online ni ikut nasib jugak. Agak malang bila size M yang aku beli tu cutting kecik and sesuai untuk yang sado. Aku yang sado di perut ni pakai ibarat sarung nangka sedikit. Uishhh giler ! 2 minggu nak raya tu jenuh berdiet kasi perut kecik. HAHAHA. Nasib baik during first Syawal kurta tu ngam elok dengan aku. Raya kali ni duit raya agak sadis. Total duit raya aku tak capai RM120 pun :’(. Heyy I need money ! HAHA.

And lagi pasal raya, oh ya ! Abah bawak balik anak-anak dia sekali beraya dengan kitorang. Yup, my half blood siblings yang 3 orang tu beraya dengan family aku. Aku tak berapa gemar sangat budak 3 orang tu. Dah ah malas nak story lebih pasal dorang. So sekarang cuti semester. Ada buat kerja part time sikit. Kerja di petshop. Best jugak. Dapat grooming kucing, layan customer helok HAHAH. A few weeks back, Iza, ex-girl crush aku wassap aku. Nak order kek untuk birthday kawan dia. So yeah aku agree dan ambik that other even aku tak yakin sangat. Wish me luck guys !

Okeyh aku rasa sampai sini dahulu episode kali ini. In other episode aku story pasal lain pulak. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Adios ~



p/s : First anniversary is coming soon. I Love you Sayang !

Sunday, July 3, 2016

Episod 77 : Short Notice

Previously on 26/06/2016, aku ada terima respons daripada insan yang bernama Daniel from box Ask Mr. Unknown. To Daniel, kindly please leave your email in that box or you can email me at meisterzacker@gmail.com. So that I can help you. Thanks. And sorry for the delay. Oh ya, jangan segan silu nak guna box tu. Jemput-jemput la masuk tengok. 



p/s : Ada a few jugak questions yang aku tak jawab lagi from that box. Ampun maaf dipinta.