Thursday, December 15, 2016

Episod 86 : The Undercover Blind Date !


Version gay tiada maka kita guna versi hetero

Aku sebenarnya tak pernah nak go for a blind date. Semborono nak jumpa orang bagai. Lainlah kalau untuk one night stand. Ehh ? Aku rasa ni first time aku pergi blind date yang real. Minus insiden aku jumpa Aries dulu-dulu. Tapi dulu pun tak la aku blind date apa dengan dia. Okey hari ni aku nak story pasal blind date aku. But why undercover ?

Jeng jeng jengggg!

Kisah bermula di suatu hari apabila one of member PLU aku text aku. Lets call him Azri.
Disclaimer : Babak ini telah diubah sedikit bagi mengelakkan sebarang masalah dan juga kontroversi. Terima kasih.

Azri : Kat Grindr ni ada satu profile yang kenal aku weyh !
Aku : Sapa ? Ko pernah chat dengan dia ke ? Top ke Bottom *soalan wajib*
Azri : Entah. Dia tegur aku and tulis nama aku weyh. Insecure dowh ! Ko tolong siasat please.
Aku : Tengoklah nanti. Kalau dia reply bolehlah siasat.

Maka operasi menyiasat pun bermula ! Aku mulakan langkah-langkah menyiasat.
Aku install Grindr dan obviously la nampak profile tersebut.
Bio dia perghh

“Flex, friendly, str8 act, good-looking, tanned-skin, slim fit, 6 packs, sport lover.”

Siapalah gamaknya pemilik akaun ni. Jadi siasatan dimulakan. Aku tegur dia. Borak-borak. Kos sekian-sekian. Pelajar tahun sekian-sekian. Jom fun ? ada port ? Ehhh ! okey tu tipu. Okey let’s call him Xander.

Sampai la satu part yang menyebabkan aku almost kena heart attack.

Xander : Ohh kos tu. Aku kenal sorang budak kos tu. Dominic nama dia.

Aku : Oh ye ke. Member aku tu.

Dia kenal aku ! WTF ! Memang aku insecure jugak ah ! Who the heck is this guy ?! I need to know his identity for sure !

Persoalan mula timbul tapi aku decide untuk tak buat sebarang pengakuan. Just follow the flow. Suddenly dia ajak aku main bowling. Kebetulan weekend tu aku free. So aku pun on. Plus aku memang nak tahu sangat siapa mamat ni yang sebenar !

Agak cuak jugak sebenarnya sebab dia tahu nama aku tapi dia tak tahu yang aku tengah chat dengan dia di Grindr. Lagi pun memang takda sesi tukar gambar langsung. Aku memang clueless siapa beliau. Even nombor phone pun tak tukar. Memang blind habis !

Hari yang dinanti telah tiba. Miskin dan kaya sama sahaja. Hulurkan tangan beramah mesra. Ewahhhh. HAHAHAH !

Aku dan Xander janji nak jumpa kat bowling centre at 11am. Sabtu. Pukul 10.30am macam tu aku dah terpacak kat situ. Luckily ada catshow dalam mall tu. Tak ada la aku mereput. Aku pun tunggu kat depan bowling centre. Dia text aku kat Grindr kata dah on the way. Dalam 10-15 min boleh sampai. Dia pakai tshirt biru dan aku decide nak pakai merah. Tapi aku add sweater biru. So that if anything worse happen I can just cover up myself. Haa camtuhhh ! Aku pun tunggu dan tunggu dalam bowling centre dan perhatikan pintu masuk. Just in cased dia nak lari ke apa nanti at least aku tahulah siapa dia.

I’m waiting…



I’m waiting…



Waiting…


Keep on waiting…



Tepat jam 12pm.


WHAT THE F*CK ! MANA JANTAN NI ? KAU NAK DATANG KE TAK ?


Aku bermonolog di dalam hati. Aku check Grindr. Masih belum diblock. Aku bersangka baik. Mungkin dia ada hal lain. Nak jadi cerita pulak masa hari tu ramai pulak manusia berbaju biru dalam mall. Aku macam what… -_- Sibuk betul la diorang ni pun nak pakai baju biru.

After that aku turun pergi ground floor and beli waffle sandwish. Lapar siak. Tunggu orang ni.
Mengunyah is fun

Jam dah pukul 12.30pm. Aku decide if pukul 1pm dia tak text aku, aku nak blah. Gi mati lah kau. Haa bengang beb ! Nasib aku baik sebab dia text aku via Grindr on 12.50pm. Dia cakap dah sampai. The moment of truth ! Dia tunggu kat depan bowling centre. Aku pun tiba.

Mata-mata bertentang mata and I was like

“Kau rupanya.”

Xander pulak

“Dominic ?”

Cut to short, Xander ni member kepada member PLU aku yang sorang ni. Tapi Xander cakap mamat tu tak tahu yang Xander ni bengkok. I see. Awkward la kejap mulanya. Body dia just nice. Kira lean type. Muka dia okey la. Tak la too kacak. Just nice. Bolehlah buat ratah. Ehh. Then kitorang pun main bowling. 2 games.
Xander baling bola bowling

AKu ni bukanlah sejenis manusia yang pandai main bowling. Taram baling je masa tu. Guess what ? I won both game !


Kinda wow jugak ! Lepas tu aku ajak dia pergi lunch sama-sama. During lunch tu masih borak-borak. Tanya pasal manusia-manusia yang ada dalam Topeng Emas tu. Mana yang dia pernah main and etc. And surpricingly dia story kat aku. HAHA.

Then borak pasal HIV sikit. Aku pesanlah nak main kena hati-hati. Jangan nak semborono je ‘cucuk’ sana sini. Sedangkan pendrive pun kena scan dulu sebelum cucuk kat laptop. Inikan pula kemaluan engkau ! Ehh.

Lepas tu aku open topik pasal join run. Dia kata dia berminat jugak untuk join run tapi tak ada member. So aku cakap if ada run nanti aku ajak dia. Well at least ada la geng aku jugak masa marathon event. Nak ajak Aries dia bukannya minat lari-lari ni. But ironically si Xander ni boleh terlewat bangun masa first marathon yang aku and dia register. 

After that kami balik ke hostel masing-masing. MAka begitulah kisah The Undercover Blind Date aku ! Since that day aku and Xander just become a friend like that. Taklah rapat mana. But anything berkaitan we both just whatsapp each other. Tak guys tak. Aku tak rasa pun dia. Paham ?

Aku pun update la kat Azri hasil siasatan aku.

Azri be like

“Tak helok pun. Yakin je dia kata helok.”


Mission Accomplish !

Adios ~

P/s : It’s being a long long time aku tak masuk Grindr. HAHAH tetiba rasa tanduk timbul pulak. WAKAKAKAKA.

Wednesday, November 30, 2016

Episod 85 : 22 & Aku Stress !

Hari ini 30 November 2016. Last day of November untuk tahun ni. So dah 30 hari berlalu. Maka esok pagi bermulalah bulan baru. 15 hari yang lepas, genaplah usia aku memasuki 22 tahun. 

Freakinnnn 22 !
Ulang tahun birthday aku 15 November 2016 yang lepas. Kira ini merupakan entry birthday yang ketiga aku post dalam blog ni. 3 tahun jugaklah aku celebrate birthday aku kat dalam blog. Pantas. Aku selalu ulang perkataan tu. Semuanya bergerak pantas walaupun hakikatnya terasa lama juga kadangkala. Oh ya ! Tak lupa juga buat Nov C yang turut berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan aku. Happy birthday Nov ! In cased kau tak perasan, aku ada wish birthday kat kau via Google Hangout tahun lepas. But tiada reply hingga kini. HAHAHA.

How was my birthday celebration this year ? Well nothing much to celebrate. Aku agak busy masa tarikh tu. Malam 14 November aku ada kerja di luar dengan groupmates aku. Tepat jam 12am diorang nyanyikan lagu birthday buat aku. Terima kasih kalian atas ingatan. Selepas itu bermulalah sesi post ucapan birthday di wall laman FB aku dan juga laman sosial lain. Aku hargai semua ucapan tersebut walaupun ada yang cuma wish disebabkan birthday reminder yang ada di FB. Well it’s better than nothing. Paling penting ucapan daripada buah hati tersayang yang sentiasa di hati, Dario. Kemudian ucapan daripada Gibb dan juga Aries dan a few blog readers yang aku kenali. Thanks guys ! Mak ada post kat FB aku and then adik aku ada wish kat whatsapp. While no birthday wish from abah. I bet he not even remember it pun. Even his own wedding anniversary pun dia tak ingat. Ada satu ucapan yang diterima khas dari satu jenis apps ni. LOL sangat. 

Dia kata kiter comel awaa. HAHAHA
Why kau boleh ada dalam tu lagi ? well there’s a story behind this. Nak tahu ? Kena tunggu aku update pasal The Undercover Blind Date punya episode ! Ok let just hope mamat Grindr atas ni tak baca blog aku !

Ada dapat hadiah ? From Dario aku ada dapat one black kemeja. Dia belikan kat aku. Not sure hadiah birthday ke bukan but aku just take it as birthday gift la senang. While aku pulak hadiahkan diri aku sepotong kek butterscotch caramel yang dibeli dari kafe hipster kat university aku ni. Taste so so je. Tak sedap sangat. Boleh la buat telan. Apa yang aku harapkan untuk birthday aku tahun ni ? An iPhone 7 should be nice ! LOL ! Only if I have a sugar daddy la. Kalau tak kau berangan je la Unknown ! HAHAHAH. Just kidding. Nothing much pun. Aku just harap dapat hadapi segala cabaran yang mendatang ni. Penatlah. Adakalanya aku rasa down juga. So doakan aku dapat hadap semua ni. Last but not least hopefully semua orang yang ada kat sekeliling aku ni gembira dengan adanya aku di sisi mereka !


Stress ?
Me be like but this guy is damn helok than me

Bulan ni aku tak sempat nak balik rumah. Busy sungguh. Jadual aku superpack. Everyone weekend ada kerja luar. Such a tiring semester ever ! Tambah pulak lagi aku buat kerja gila dengan ambil job luar. Lagi mengundang bala yang ada. Penat weyh. Salah aku juga sebab pergi terima. Benda dah jadi. Weekend ni last aku involve then done. Paling aku stress sekarang ni pasal satu kajian berkumpulan yang aku tengah buat. Coursework 40%. Satu team ada 5 orang. AKu tak tahu apa masalah lecturer aku tapi dia setkan satu team hanya boleh ada seorang lelaki. Jadi aku lah kumbang songsang yang dikelilingi bunga. 2 orang budak cina dan 2 orang lagi melayu. Chinese girls tu nama Sophia and Anna. Budak melayu dua orang lagi tu nama Iqa dan Nik. AKu sangat suck dalam leadership skill. And seems like no leader in our team. Perempuan-perempuan ni pun tak ada yang nak jadi ketua. Kira team aku macam berlayar tanpa nakhoda. Submission date kitorang is on 7 Disember which is next week. 1 more week left. Seriau giler nokharom. Iqa pulak sejenis manusia yang asyik nak positif sentiasa. Memang la bagus. Tapi if 24 hours kau positif je susah jugak. Makin bermasalah bila Iqa ni phone dia rosak. Semua nak inform kat dia pun susah. 

Aku sedang bertahan untuk tak menghadapi sebarang emotional breakdown di saat genting ini. I don’t know how long boleh bertahan. Sebab bila aku mula rasa macam ni aku akan teringat arwah opah. I miss her a lot ! Bila rasa tu datang I just want her to hug me and give me some motivation T_T. Unknown rindu Opah :'(.  Fuck la rasa sendu ni. *holding tears*. Or at least aku jumpa dia dalam mimpi or something. Sebab feeling nak dipeluk tu sangat la tinggi. Dah 14 tahun opah meninggal. Al-Fatihah.

Berbalik pada isu team aku tu, aku tak tahu la nak blame siapa. It might be my fault too. Sapa suruh kau bodoh sangat tak boleh nak lead kumpulan. Now rasakanlah. Tomorrow gonna go with the focus group interview. Hopefully boleh settle and keep on proceeding to next level. Aku dah penat dengan kajian ni. Dan aku rasa aku memang tak boleh sekumpulan dengan si Iqa tu ! Banyak juga dengar review pasal attitude dia from previous group assignments. Haishhh. But it’s too late to say sorry dan kena hadap semua ini juga.

Yeah this episode was so damn like immature boy punya perangai. Padahal dah umur 22. Tapi tu yang aku rasa now. AKu harap boleh settle that kajian only. Dengan job luar tu lagi. I feel so miserable as fuck ! Shit getting shittier ! Kadang orang tengok aku happy gelak-gelak bagai. But dalam kepala otak aku ni macam gampang dah pikir macam-macam benda. Celah mana stress pun orang tak kan tau. Am I that good to hide my stress ? Maybe. T-T

Dah la. Cakap banyak pun tak guna. But in this contact, type panjang-panjang pun tak guna. Kena hadap jugak. Let’s see whether aku akan karam atau pun tidak.

Till we meet again in another episode.

Adios ~

p/s : Dear December, please be good to me eventhough I’m not such a good guy. 


Thursday, October 13, 2016

Episod 84 : The Amazing Race Asia Season 5



Bagi peminat rancangan reality televisyen seperti aku dan Gibb sudah pasti akan excited dengan show ini. Setelah enam tahun yang sendu tanpa TAR Asia, akhirnya tahun 2016 pihak AXN Asia membuat keputusan untuk menamatkan kemarau sendu tersebut ! The Amazing Race Asia yang kini sudah menjangkau ke Season 5 bakal disiarkan di kaca TV anda bermula 13 October 2016 !!! 

Menggunakan format seperti The Amazing Race US, versi Asia juga bakal menampilkan 11 kumpulan dari negara Asia untuk berlumba dan merebut hadiah wang tunai sebanyak USD$100,000 cash ! Convert duit Malaysia tu tak ke kaya nanti ?

TAR Asia masih lagi mengekalkan abam sado cainis, Allen Wu from Singapore sebagai hos utama. Namun, setelah 4 season menjadi hos solo, kali ini, Allen akan digandingkan dengan seorang lagi hos wanita bernama Tara Basro, pelakon dari Indonesia. 

Mohon beliau tak overshadow Abam Allen kita. Ehh.
Para peserta terdiri daripada wakil 6 buah negara di seluruh Asia iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand ! Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Mari kita lihat peserta musim kelima yang bakal menggegar The Amazing Race Asia !

Malaysia telah diwakili dengan 3 team iaitu

Alex & Will
#TARAAlexWill
Both of them are brothers. I have some nick names for them ! The Sadorian Cainis ! Muscular Bros ! Muscle Boys ! HAHAHA Pheww damn hot guys ! They seems confident. But still, sado bukanlah jaminan untuk menang. Jeng Jeng !

Brandon & Alphaeus
#TARABrandonAlph

Brainy best friends or old school mates ! Both of them are TV host. As you can see Brandon is best known for being an 8TV Quickie host, while Alphaeus is known for asking the POTUS some pressing questions not too long ago. I’m not really sure what show was that. But both of them are TV host. Seems like a nerd or geeky team for me. Both looks genius. Well usually this element could remain as one of the final 3 groups.

Yvonne & Chloe
 #TARAChloeYvonne
The beauty queens from Malaysia ! Yvonne is the Miss World Malaysia 2012/2013, while Chloe is the Miss World Malaysia 2011/2012. Yvonne juga merupakan one of the host program 3R. Dia ni pelapis baru dalam 3R kat TV3 tu haa. Tapi show tu pun dah senyap semula. Chloe ni aku tak sure apa dia buat but sometime muka dia ada la dalam iklan tv tu haa. Adakah mereka ini merupakan beauty with brain ? If beauty saja but no brain maka kau susah nak stay lama.

Apa yang aku nampak, team Malaysia ni macam terdiri daripada selebriti. Like hello can you see them ? TV hosts, beauty pageants and etc. I wonder jugaklah why tak pick orang biasa or something. Ada jugak some of people the PLU popular yang pergi casting. Tapi bukan rezeki diorang la kot. 

Ok next from Singapura diwakili dengan 2 kumpulan iaitu :

JK & Mike
#TARAJKMike

DJ Radio. Tak sure macam mana diorang ni. But mungkin akan jadi team yang memberi saingan kot. Nampak macam bukan calang-calang orang. Atau mungkin akan jadi seperti team underdog awalnya.

Rei & Keiji
#TARAReiKeiji

The siblings team ! Way to go brotha and sista ! Macam from mixed blood family sebab rupa ala-ala orang jepun pun ada. Mungkin Chinese Japanese gamaknya. Team adik beradik ni pun kadang boleh bawak gaduh juga kalau salah paham.
Seterusnya 2 team dari Indonesia :

Treasuri & Louisa
Team best friends juga. 17 years of friendship. Lama tu. Girls power ! First impression aku, Louisa ni nampak macam orang yang ada strategy. Big advantage tu. Girls team pun kuat sometime.

Rachel & Vicky
#TARAVickRach 

Travel hosts team ! Host lagi pulak. Team laki perempuan mungkin akan bagi advantage juga sebab perempuan dan lelaki merupakan elemen yang berbeza namun jika bersatu dan bekerjasama akan menguatkan team itu sendiri.

The other 2 teams from Philippines :

Eric & Rona
#TARAEricRona

Married ! Pasangan suami isteri. At last ada suami isteri join. Both of them got rangka badan yang sangat huge. Memang tak muat certain kereta. Genetik mungkin. No prediction for their team. Just all the best okeyh.

Parul & Mag
#TARAMagParul

Beauty queens from Filipina ! But why need 2 teams of beauty queens in one season ? Strategy AXN ke apa ntah. Let’s see which beauty queens gonna stay longer. I wish for a gurl fight soon !
Satu team from Thailand. Sawadikap !

Anita & Tom
#TARATomAnita

Dating team. Both are pasangan kekasih. Asal Thailand. But Tom ni muka macam melayu pun ada iras. Tom ni macam cute juga la. Nerdy look pula. HAHAHA. Dating team ni kena jaga-jaga. Masa race tu kadang boleh dok bergaduh. Silap-silap putus.

Last single team is from Vietnam :

Lisa & Nic
#TARANicLisa

Life partner ! First lesbian couple dalam history The Amazing Race Asia. Sebelum ni tiada pun kalau tak silap. Lisa and Nic dah pun berkahwin. #LoveWins . They lived together macam laki bini. HAHA. Well at least ada wakil from team LGBT ! Yeahh ! You go gurls ! Aku nak tengok adakah AXN akan kasi blur perkataan “Life Partner”. Yela semua nak boikot sehala senang. Hopefully team ni stay lama la.


Walaupun ada The Amazing Race Asia ni tapi aku a bit terkilan sebabnya The Amazing Race US tak release their new season tahun ni. Supposed to be ada tapi senyap je. Entah ler. HArapnya TAR Asia boleh menggembirakan aku.

So bila premiere ?
Okey jangan lupa menonton The Amazing Race Asia Season 5 mulai 13 Oktober 2016 tepat jam 9.00pm hanya di channel AXN 701. Kalau ada HD boleh guna 721. Makna kata malam esok la mula di tayangkan.
Since aku tiada tv di bilik. Maka mereputlah tunggu masuk Youtube. Harap ada la masuknya. Moga Malaysia mampu mengulangi kemenangan seperti dalam The Amazing Race Asia S1 !!

Source : Photos from AXN Website

Okey hingga di sini sahaja episode kali ini. See ya again.

Adios ~

P/s : Aku pernah berangan nak join The Amazing Race dengan Gibb Sulaiman since dedua minat show ni. HAHAHA tapi tiada rezeki lagi.


Wednesday, September 21, 2016

Episod 83 : Third Year


Semester baru dah pun bermula pada 5 September yang lepas. Sem ni aku dah masuk sem yang kelima. Which mean I’m a third year student now ! Why sekejapnya dah third year. Aku rasa macam baru je lagi jadi budak universiti.
Sem baru dan semuanya makin mencabar. Wow sangatkan. Cepatlah grad. HAHAHA. Apa je aku dah hadap so far dalam sem ni ? Well let’s start. 

Sem ni aku agak bernasib malang sedikit kerana kena kick dari kolej gara-gara tak cukup mata penginapan. Jadi aku menanti keputusan rayuan penginapan kolej. Namun masalah mula datang bila rayuan pulak keluar lewat. KAU NAK SURUH AKU MEREMPAT KAT MANA HAHHHH ?! Nak tak nak aku kena menyewa di luar buat seketika.

Guess what ? Adin juga menghadapi masalah yang sama seperti aku. Jadi terkontang kanting la kami berdua. Luckily pakwe si Adin ni managed to find a room for both of us to stay in for while. The thing is aku ni tak berapa nak gemar jadi roommate si Adin. Ada la sikit reasonnya. Jadi aku akur je la sebab no choice. Nak tumpang bilik member lain takda pula nak offer. Jadi kami berdua menyewa di sebuah apartment. Sewa bilik je la mampu. Tapi agak jauh dari kampus kitorang.

Hari first day masuk aku agak bengang sedikit. Sebabnya ? Aku tak kisah la dia nak bawak balik pakwe dia ke apa tapi boleh tak jangan tinggal kesan ? Aku masuk-masuk toilet je nampak baik punya natang ni parking kat sinki. 

Kau rasa ?
Yes aku tahu la we both gay. Tapi have some respect la. Janganlah tinggal macam tu je. Tapi aku tak cakap apa. Aku senyap. And malam tu aku suruh dia pergi buang.
Then result rayuan pun keluar on 5 September tu. Aku dan Adin dapat menginap dalam kolej. Seribu rahmat sangat. Sebab dekat dan murah. Cuma burn la duit bilik sewa kitorang untuk sebulan. Masalah betul la prosedur rayuan ni pun. Patutnya release before start semester baru. Takda la menyusahkan orang. Ok redha. Benda dah lepas.

So aku dan Adin pun bergerak ke office kolej kitorang untuk ambil kunci yang baru. Aku berharap sangat yang semester ni dapat roommate yang aumm aummm. Boleh cuci mata. HAHAHAHA. 
Expectation
2 kali dah tau dapat roommate yang aku tak taste sangat. So so je orang kata. Jadi harapnya sem ni dapat la yang elok sikit. Kasi chance la abang Dom nak cuci mata kann. HAHAHA.

Isi borang kolej and then dapat kunci. OMAIGOD I’M SO EXCITED TO HAVE A NEW ROOMMATE !!!! until I saw something. Which is number bilik aku dan number bilik Adin SAMA !!!! Aku ulang SAMA !!!!!

I be like
Expectation aku yang tinggi menggunung nak dapat roommate kacak merecikk jatuh berderai. Hancur-hancur aku *fefeeling Fazura*.


Yes. Roommate baru aku ialah Adin ! *tahan sebak*. Tu la kalau dah nawaitu tak baik memang tuhan tak makbul. Merasa la duduk sebilik dengan Adin. 2 semester aka 1 tahun. Aku dengan Adin takda isu apa *selain dia sailing Mr. Crush and what not ?* tapi jadi roommate dia pada aku bukanlah satu combination yang okey. Kinda bizarre. But still I don’t have any other choice makanya konsep pasrah redha ikhlas terpaksa diaplikasikan dalam hidup sem ini. Tahun lepas aku stay bilik sebelah. Kira Adin and aku sekadar berjiran sahaja. Dia kerap kali bawa bali pakwe dia si Encik Ir tu. Mula tu dia bawak balik during roommate dia tak ada di bilik. Lama-lama masa roommate dia ada kat bilik pun dia bawak balik juga. Pada aku tak appropriate la buat macam tu. Roommate dia lurus. Memang mamat tu tak kata apa tapi common sense la. Kalau aku di tempat roommate dia pun aku tak selesa. Encik Ir tu pun kau bawak-bawak la pikir sama. Tak segan ke orang tengok duhhh. Sebab tu la aku tak nak sebilik dengan Adin. Kalau dengan roommate straight pun dia boleh buat inikan pula kalau aku yang gay ni. Sah-sah berkemungkinan dia akan bawak juga. But so far dah 3 minggu ni belum lagi dia bawa. Harapnya kekal la. Yes aku tahu korang akan kata aku boleh je tegur si Adin tu tapi aku dah masak dengan perangai dia. Emosi dia kalau dia sentap sangat sukar dibendung. Jadi aku tak nak start any issue. Lagi pun dia one of my squad in class. Kalau aku gaduh dengan dia akan lead to more complicated problem. Jadi less drama equal to less problem. Dari segi lain macam makan minum, duit ringgit ni Adin jarang berkira. Nice jugaklah. Kadang dia yang download video-video panas kat aku. HAHAHAHAHA. Lol. Jangan kecam please.


Tahun 3 ni assignment pun makin lahanet juga. Kajian itu inilah apa la. Just harap aku boleh buat yang terbaik and dapat grad after tahun 4. Aku ni pun bukan tipikal PLU yang pandai. Pointer pun still cukup-cukup makan jugak. Tak harap dean list pun cukup la dapat 3 pointer pun aku dah bersyukur. HAishhh. Sebab aku tak minat kos yang aku study mungkin ? Nak tak nak aku kena keep on doing it la. Dah 3rd year. Apa giler nak nak tukar kos. Mau makan masa.


Sem ni jugak aku dah register a few marathon. Just nak keep fit and try my best to achieve my perfect body weight. So far aku target marathon 10km sahaja. More than that aku mampos. Pelan pelan kayuh orang kata. Bergantung juga, kalau medal cantik dan fee affordable aku akan join in.


Oh ya kalau sem lepas aku ada story pasal pemergian arwah mak si Adin, semester ni aku dikejutkan dengan berita pemergian adik si Zafril, roommate aku masa first year*boleh baca kisah Zafril dalam episod-episod lama*. A few days before semester 5 bermula adik Zafril terlibat dalam kemalangan jalan raya di ibu kota dan meninggal di tempat kejadian. Muda lagi adik dia. Baru 21 tahun. Ajal maut di tangan tuhan. Salam takziah dan sama-sama la kita sedekahkan Al Fatihah.

Awal sem ni boleh pulak aku tak sihat. Faktor cuaca kot. Hujan panas tak menentu. Dah kena sore throat and macam nak demam. HArap get well soon la hendaknya. Aku dan Dario pula ? before sem 5 bermula telah berlaku satu krisis antara aku dan dia. Kalau rajin aku akan update later. Tak janji bila. HAHA.

Aku rasa tu je kot so far. Rumusan permulaan life 3rd year. To all bebudak degree yang lain juga, selamat menghadapi semester baru. All the best !

Adios ~

p/s : Kecoh betul isu pic bogel selebriti Malaysia tu. Tapi aku dapat yang half face je. Boleh tahan besar. HAHAHAHA. Cuma masih belum ada full pic. Kalau sesapa dapat mohon share. Huhu.


Tuesday, September 6, 2016

Episod 82 : Dario V – The Vacation


Previously in episode lepas aku ada mention pasal vacation antara aku dan Dario. So episode ni akan menceritakan mengenai percutian kami. Vacation ni pada mulanya tak dirancang pun. Rancang tak rancang macam tu la lebih kurang. Mulanya ada ramai lagi yang nak join but end up semua cancel. Maka tinggallah aku, Dario dan kawan Dario, Hairi. Kami bertiga. Lokasi di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. 

Spoiler alert : Ini bukan kisah threesome kami.


A few days before vacation,
Aku : B ingat nak buat kek kat sayang. Ok tak ?

Dario : Tak nak ah. Orang tak makan kek sangat. Buat spageti boleh ?

Aku : Nak spageti ? Boleh je. Ok B buat spageti.

Day 1

Pagi tu aku bangun pagi and masak kuah spageti. No Prego okeyh ! Kuah homemade sangat. Siap letak dalam bekas as bekalan lunch. Dario pula bertolak dari ibu kota dengan Hairi ke rumah aku. Yup. Dia ambil aku dahulu. Around pukul 2.00 pm diorang sampai and pick up aku. Berselera tengok Dario makan spageti tu. Dia cakap sedap sangat. Hiks tersipu-sipu malu seorang Dominic Unknown apabila masakan beliau dipuji. Kitorang pun bertolak. Sampai di sana kitorang check in kat hotel bajet terletak di kawasan Little India yang harga agak affordable. Sorang bayar RM65. Dapat bilik dengan 2 katil. 1 katil queen bed dan satu single bed. Bilik aircond. Kira puas hati. Well of course la aku dan Dario tidur yang queen bed. Single bed tu untuk Hairi. Hairi ni pun PLU juga. So memang dia tahu la hubungan aku dan Dario. Lepas check in kitorang rest kejap kat bilik. Sempat la tidur satu round. Rindu buah hati. Maka tidur pun sambil cuddle dengan dia. Tapi takda la tunjuk depan Hairi. Pandai-pandai laki kitorang cover line. Tepat jam 6 petang. Kami bertiga decide nak ke Padang Kota. Penang kot ! Food hunting itu perlu ! kebetulan kat bahagian bawah hotel kitorang stay tu ada mamak jual makanan goreng-goreng and some indian punya manisan. 
That samosa memang sedap !

Ada gerai jual minuman kat situ jugak. Alang-alang tu aku pekena la Teh Susu lembu fresh. Bukan susu tin. Ikat tepi baq hang. Memang sedap. Rasa lemak susu tu. Tapi bila minum banyak jadi muak. 
Yummeyh !

Kat Padang Kota pula ada Mee Sotong dan coconut shake famous area situ. Food court ni bukan yang sebelah pantai. Tapi kat sebelah bangunan lain. Mee Sotong Hamid Patta ni memang sedap. Aku dan Dario kongsi makan. Sebab taknak makan banyak sangat.  Mee sotong plus coconut shake harga RM 7 sahaja !
Mee sotong and kelapa goncang. Ehh
Pokemon memang banyak kat Penang. Memang best jugalah vacation sambil tangkap pokemon. Pokestop pun banyak. Lepas makan tu kitorang decide pergi Batu Feringgi. Ada nightmarket kat situ. Perjalanan ke Batu Feringgi ambil masa dalam lebih kurang 30 minit macam tu. Sampai sana kitorang berjalan area pasar malam situ. Actually not so tipikal pasar malam. Mostly jual barang-barang cenderamata, beg, casing phone, fridge magnet and other stuffs. Makanan tak ada sangat pun. Kitorang sekadar cuci mata sahaja. Lepas tu jalan kat pantai kejap pijak-pijak pasir. Sambil pegang tangan Dario. Malam-malam tak ramai orang plus gelap. Tepi pantai. Yakinlah sikit nak pegang tangan dia. Lepas tu kitorang lepak kat Starbuck tepi pantai tu. Around pukul 11 malam kitorang balik ke hotel. Badan pun dah penat. So nak berehat. Nak melepaskan rindu dengan Dario. Ehh. Sampai kat hotel, aku and Dario mandi sama-sama. Jimat air sikit. HAHAHAH. Lepas mandi buat apa lagi ? Ehh rahsia. LOL.

“korang dua jangan nak buat bunyi pelik-pelik erk. Buat senyap-senyap sudah.” – Hairi, 2016.


Day 2

Pagi menjelma. Kitorang decide nak terjah ke Bukit Bendera. Ada kereta kabel kat sana. Boleh naik sampai puncak. Lepas dah bersiap apa semua kitorang gerak cari breakfast dulu. Lapor weyh. Kerja keras malam tadi. HAHAHAHA. Menurut carian Google, Transfer Road kat Penang sangat popular dengan menu sarapan Roti Bakaq Teloq Goyang depa panggil dengan Roti Canai Banjir ! Sounds damn sedap ! Dengan bantuan waze kami terjah ke lokasi tersebut ! Walaupun dah hampir jam 11 pagi, tetap full baq hang ! Memang ramai orang dok mai. Famous sungguh la kot. Nasib kitorang agak baik sebab ada customer settle makan and blah. Terus duduk la apa lagi. Aku pun pergi order 2 set Roti Bakaq Teloq Goyang dan juga satu roti telur kuah banjir. 


Roti Bakaq Teloq Goyang 

Roti Teloq Banjir

Hairi order roti telur double ! Basically roti bakar tersebut dibakar menggunakan kayu arang. Kira klasik style orang kata. Then lepas tu disapu dengan mentega dan juga kaya. Kemudian dipecahkan 2 biji telur separuh masuk di bahagian atas roti. Perghhh ! Memang terbaikk ! Satu set roti bakar berharga RM3.50. Roti canai banjir pula lagi banyak variasi. Oh ya kedua-dua kedai ni different owner. Tapi bersebelahan. Ok back to roti canai banjir, apa yang specialnya roti canai kat Transfer Road ni korang boleh makan dengan ayam seketul atau pun daging atau pun ikan *ikan ada ke erk ? lupa dah*. Kiranya bukan takat banjir dengan  kuah malahan ada lauk sekali. Tapi harga kira lain la yang tu. Roti canai banjir ayam seketul aku tengok harga dalam RM 5 lebih macam tu.

Perut pun dah kenyang. So kami bergerak menuju ke Bukit Bendera. Baru sekerat jalan tetiba hujan turun dengan lebatnya. Maka plan ke Bukit Bendera ditunda dahulu. Dario suggest kami pergi ke pusat beli belah, Queensbay yang terletak di Bayan Lepas. Kat KL pun dah pergi mall, time vacay pun nak pergi mall. Haishhh pelik-pelik sayang aku ni. Aku turutkan je la. Lagi pun dia yang drive. Dalam Queenbay, kami bertiga sekadar pusing-pusing dan cuci mata tengok barangan dalam tu. Hujan pun dah berhenti. Aku cadang kat Dario supaya kitorang pergi ke gerai cendol yang popular di Penang ! The Famous TeoChew Cendul ! AKu pun tak pernah pergi. So sekali lagi waze digunakan. Dalam perjalanan ke sana aku as co-pilot kononnya duduk sebelah Dario pantau waze. At the same time aku bukak app Pokemon Go. If ada Pokemon boleh catch. Sampai kat satu jalan yang ada lorong ni tetiba aku salah faham dengan waze menyebabkan kereta kami belok ke kanan instead of belok kiri. Jalan sebelah kanan tu pulak menghala ke keluar dari Penang. Kira tu jalan ke jambatan penang. Memang no U turn ke apa. Dario was mad at me. Fine aku salah sebab tak focus. But still aku memang keliru dengan waze sebab jarang guna :( . In fact I never used it before ! haishhh. Kitorang dah keluar dari Penang dan terpaksa patah balik. Yup that time memang full with negative aura dalam kereta. Dario diam je. Aku pegang tangan dia and minta maaf.
Kitorang pun sampai kat gerai cendul tu. Ramai jugak orang. Tengah hari kan. Beratur jugaklah nak dapatkan semangkuk cendul. Oh ya kedai ni memang kedai cina but halal. Ok fine aku tak sure exactly but there was a lot of malay people there and plus from google search ramai yang suggest gerai ni. 


So I go with halal ! Dapatlah 3 mangkuk cendul. Makan kena berdiri sebab kedai full. Semangkuk cendul tu aku lupa exactly harganya tapi below RM5. Standard harga cendul. Rasa cendul pun sedap. Lemak santan and manis gula Melaka sangat balance. Sesedap rasa ! 


CENDUL !!

Kalau nak makan pula ada jual menu seperti rojak, assam laksa, kuetiau goreng dan juga Chinese style cuisines yang lain. Aku ni pulak penggemar laksa so aku decide untuk try assam laksa diorang. Sebab nampak macam lain sedikit dari laksa melayu. YES ! The taste was magnificient ! Sedap weyh ! Serius tak tipu ! Laksa tu memang tak sama macam laksa melayu yang tipikal tu. Kuah dia memang rasa ikan but still there are different. 


Damn Nice Laksa !

With the mixture of some vegies and also nenas, otak udang ! it turn out to be damn sedap gila ! Laksa diorang pun berbeza. Agak kenyal sedikit. Memang sedap. First time makan laksa using chopstick ! excited ! Hairi suruh aku try makan kuetiau goreng situ tapi aku tak berapa nak berani pulak makan. Risau juga kalau ada certain bahan-bahan yang mengandungi pork ke apa. Yes I’m kinda like tipikal malay yang takut termakan babi.

Lepas settle situ, cuaca pun kembali elok seperti biasa. Kami decide untuk ke Bukit Bendera ! setibanya di sana kena beratur sebab ramai orang. Ada pilihan jugak kat sini. Korang boleh choose untuk guna fast lane which is tak perlu beratur lama. Tapi harga tiket RM30 satu kepala untuk fast lane. Kinda mahal. Kami tak rush so beratur je la. Aku bawa student card, so dapat harga RM5. While Dario and Hairi lupa nak bawak so tiket diorang berharga RM10 each. Perjalanan dalam kereta kabel tak ambil masa yang lama. Setibanya kami di puncak Bukit Bendera, kami disapa dengan udara dingin yang menyegarkan. Sejuk je rasa. The view was awesome ! Memang cantik ! 






Lepas tu kitorang pusing-pusing area situ. Ada la satu kawasan berpagar ala-ala dalam cerita Korea punya tempat. Konsep letak lock kat pagar tu. Kat lock tu kau tulis la nama kekasih kau kat situ. Tapi kalau nak jimat bawak sendiri je la mangga tu. Kat atas ni memang dorang caj harga macam pelancong la kisahnya. 
Kau kunci hatiku


Tiang

Ada juga sebuah bench yang disediakan untuk duduk. Kira macam nice la kalau kau duduk dengan partner kau kat kerusi tu. Sweet je nampak. HAHAH. Ada jugak food court kat situ. Macam-macam menu ada. Oh ya. Muzium Burung Hantu pun ada. Tapi kitorang tak masuk pun. Banyak berjalan-jalan menikmati suasana di atas Bukit Bendera.

Settle Bukit Bendera, kitorang turun and bergerak pergi terjah cari makan malam. Turun pun dah pukul 6 lebih. Target nak makan Nasi Kandaq Deen Maju ! One of the famous Nasi Kandaq in Penang ! Bukak setiap hari jam 2 petang hingga malam. Bukan 24 jam. Nasi kandaq ni memang dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk ! Semua memang terbaik la baq hang ! Kuah banjir campoq ! Padu weyhhh ! Ayam goreng rempah pulak lagi ! Terangkat ! Terliur pulak bila teringat balik. Memang puas hati. Harga pun below rm10. Tapi depends jugaklah pada lauk yang kau ambik.
Beratoq dulu naa

Lauk pauk yang dijual

Terangkat !!!


Perut pun dah kenyang then kitorang gerak ke Gurney Paragon. Banyak Pokemon juga sini. HAHAHA. Ada Food truck gathering juga. Tapi agak hambar. Mostly Chinese yang meniaga. Tapi seriouslah memang hambar. Tak macam yang aku expect. Pusing-pusing situ kejap kemudian decide nak try Sup Hameed. 

Restoran yang agak terkenal juga. Time ni ada ajak a few members kitorang datang. Lepak-lepak sembang. Aku order sup ayam. Tapi sup mamak ni lain sikit. Kuah agak pekat and tekstur sup seperti masak kurma. Penggunaan rempah juga agak banyak. Memang rasa la rempah sup tu. Lepas settle makan kami gerak balik ke hotel. Mandi-mandi kemudian lena la apa lagi. Huhu.

Day 3

Terjaga dari lena dah almost jam 11am. Check-out nya pukul 12.30pm. Terlewat bangun rupanya. Tidur dengan kesayangan la katakan. Pagi tu lepas bersiap, kitorang packing barang terus. Sebab nak check-out terus. Waktu pun dah tengah hari jadi memang alang-alang nak breakfast. Brunch terus lah. Settle. Aku suggest pergi ke Nasi Kandaq Beratur yang terletak dia Georgetown ! Sebelah Masjid apa tah nama masjid tu. Berdekatan dengan jeti. Orang pun tak berapa ramai lagi. Tak beratoq lama la. 2 kali nasik kandaq aku melantak sepanjang di Penang. Tapi kali ni aku try nasik tomato pulak. Memang terbaikk ! Sedap weyh ! Fully recommended ! kalau mai Penang hangpa semua kena mai kedai ni !

Lepas kenyang apa lagi. Continue jalan la. Ke kedai Jeruk Pak Ali ! 


beli buah tangan sakit bawak balik. Paham-paham la kan melayu ni kena ada bawak balik sikit. Kang nanti kena bash pulak berjalan tak ingat member. Since Penang terkenal dengan Jeruk Pak Ali so beli itu je la. Mak Dario memang nak jeruk. Nak tak nak kena beli la jugak. Settle beli belah kitorang menuju ke destinasi terakhir iaitu Penang Street Arts yang terletak di sekitar kawasan Georgetown. Dan memang merata-rata kawasan. Bukan macam street art kat Shah Alam. Street Art di Penang  korang kena berjalan untuk ke setiap art tersebut. Kalau ada bajet lebih boleh sewa basikal. Luckily aku ada grab map kat front desk hotel before check-out so mudahlah kerja pencarian nanti. Bebudak hipster suka la tempat macam ni. Nice je dapat pose kat setiap art yang ada. Gambar tak banyak pulak aku snap masa ni.




Dah puas hati berjalan maka tamatlah percutian kami bertiga selama 3 hari 2 malam di Pulau Mutiara ini. Lepas tu kitorang pun gerak balik. Before that menghala ke rumah aku dulu. Nak hantar aku dulu la apa-apa pun. Sampai rumah aku salam Dario.

Aku : Awak drive elok-elok. Dah sampai nanti text saya. Paham ?

Dario : Ye paham. Tahulah nak drive. Buerkk.

Aku : Yelah sayang. Thank you so much. I love you.

Dario : Love you too. Muahh.

Well begitulah kisahnya vacation aku dan Dario dan juga Hairi. HAHA. Aku taka da la tunjuk sangat kemanisan kami berdua depan Hairi. Seganlah jugak. Kang dia rasa macam third wheel pulak. Well this was my first ever vacation with my partner. Looking forward for more to come. Harapnya la. Andai ada jodoh panjang. HAHAHA.

Oh ya, ni kali pertama taip kisah percutian. Tak mampu la nak jadi macam travel log ke apa. Aku buat style aku sendiri. Kepada yang baca sampai habis tu terima kasih banyak diucapkan !

Hingga ketemu lagi di episode yang lain.

Disclaimer : Gambar yang digunakan di atas ada certain yang diambil daripada carian Google. Harap mak long.

Adios ~


P/s : The new sem already began. Will update soon !