Thursday, December 31, 2015

Episod 63 : It’s a Wrap for 2015. Hello, it’s 2016 !







Dua Kosong Satu Lima. Dua Ribu Lima Belas. Twenty fifteen. Bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi. Terasa macam baru lagi aku update Episod 25 : Hello 2015 ! Good Bye 2014 ! Dah genap setahun episod itu. Terasa cepat masa terbang. So let’s see apa yang seorang Mr. Dominic Unknown telah lalui sepanjang tahun ini.

Around awal tahun, bulan Januari aku dah patah hati lepas Mr. Crush dapat pakwe lain. Kira cinta tak kesampaianlah. Patah seribu hatiku. Menaruh harapan dan harapan berkecai. Well teruk jugak aku punya rabak time itu. HAHAHA. Rasa tak bersemangat. Patah hati. Well cinta pertama katanya. HAHAHA. Thanks to Aries sebab selalu bagi nasihat dan kata-kata semangat kat aku.

Februari. Bulan cinta. Valentine day orang kata. New semester. Hello sem 2. Tak sampai seminggu hadap sem 2, aku dikejutkan dengan plot twist paling dahsyat. Mr. Crush yang aku suka tu kantoi bercinta dengan kawan sekelas aku, Adin ! Terjawab semua persoalan siapa yang Mr. Crush suka. Sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Sebab tak expect hal itu akan berlaku. I thought it only happen in Gossip Girls or Desperate Housewives series je. Kalau nak baca bolehlah ke Episod33 : Kebetulan Atau Kebenaran ? #AnotherPlotTwist dan Episod 34 : KebenaranYang Menyakitkan. Wah dah macam Tonton pulak sekarang. And until now aku tak pernah tanya pasal ni kat Adin.

Around bulan April aku dengan Aries ada pergi buat HIV test. Rapid test. Kinda nervous jugak aku pun. First time pergi buat test macam itu. Aktiviti yang aku buat tak adalah berisiko sangat pun. HAHAHAHAHA. The result are negative for both of us. Alhamdulillah. Apa yang penting, korang nak buat apa sekali pun please ada perlindungan aka protection ! Jangan ikut sedap sahaja. Terutama sekali mereka yang aktif di app Grindr, Hornet, PR dan sebagainya. Hati-hati okeyh.

Around bulan Mei aku pergi tengok Pitch Perfect 2 ! Setelah sekian lama menanti sequel mereka. Quite awesome movie ! My review boleh baca sini Episod 41 : PitchPerfect 2 - 4.5 Stars ! The next sequel will come out in 2017 ! Can’t wait ! HAHAHA.

Bulan Jun tamat final exam sem 2. End of semester 2. Cuti sem selama 2 bulan lebih. Mereput di rumah hari-hari.

Dalam bulan Julai aku mula kenal dengan beliau. Siapa namanya ? Let just keep this story to 2016 je lah. Tungguuuuu.

Masuk bulan 9, semester 3 aku bermula. Semakin tough cabarannya. Tapi akhirnya aku berjaya la gak hadapi sem 3 ini. November, birthday month. Hello 21 years old. After that aku pertama kalinya bertemu semula dengan Mr. Crush setelah setahun tidak bertemu. Masih tak percaya yang tu semua betul-betul jadi. From stranger, to skandal@crush and we become friend. HAHAHAHA.

Disember, sem 3 pun dah nak tamat. Sedang hadapi minggu exam. Hari ni aku baru settle jawab paper killer. Aku rasa suck sangat. Entahah. Macam taik pun ada. Rasa macam bakal jatuh je pointer aku. Dah la pengawas yang jaga pun tak comel. Apa-apa pun today is the last day of 2015. Maka bersyukurlah Unknown yang kau dah hadapi 365 hari di tahun 2015 dengan jayanya.

Aku harap 2016 akan menjadi lebih baik. So apa azam baru aku ? Well let’s see bout that. Nak jadi insan yang lebih berguna kot. Kena mulakan dengan jaga solat aku. Okeylah jujur aku cakap, sometime tak cukup 5 waktu jugak aku ni pun. 2016 ni aku harap dapat jaga solat aku. Amin. Lagi ? Aku rasa kena control selera makan aku ni. Sejak dua menjak ni makin berselera pula makan. Makin berisi dah pulak aku tengok. Paham-paham lah student ni. Stress je lapar. Lepas tu makan. Kafe pulak mana ada makanan healthy sangat. 2016 kena fit kan diri semula ! Chaiyok !

Aku rasa itu je kot. Selebihnya renew semula azam lama yang tak capai lagi. HAHAHAHA.

So setakat itu sahajalah throwback bagi tahun 2015 aku. Tak ada apa sangat pun.

Diharapkan tahun 2016 aku ni akan jadi lagi baik berbanding tahun-tahun yang lepas.  Amin. Akhir kata, Mr. Dominic Unknown nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2016 kepada semua blogger dan reader blog ini !!!!!


Adios ~

Tuesday, December 29, 2015

Episod 62 : Let The Battles Begin !


Semester 3. Tahun kedua. Sidang 2015/2016. 8 subjek. 6 papers to face ! This semester gonna end soon ! Bila dah hujung tu nak tak nak kenalah hadap final exam pulak. First paper aku bakal bermula pagi esok. Tepat jam 9.00 pagi. How was my preparation ? I’m not really sure bout that. Dah baca tips-tips para lecturer ! Harapnya boleh dimuntahkan semula di atas kertas nanti. Courseworks marks pun dah release. Ada yang okey. Ada yang syahdu di aidilfitri. Makanya aku perlu struggle sedikit kat exam paper nih. Kau giler sedikit ? BANYAK LAA WEYH !!! ada 3 subjek aku target A. Harap-harap ada rezeki. Amin. TAPI! Ada jugak 3 killer paper yang sangat berisiko untuk meragut pointer aku jatuh berderai. Harap dijauhkan. Dear 3 paper tersebut, paling kurang pun jadilah C. Amin. To all my blogger friends and silent readers yang menduduki peperiksaan final ini good luck and all the best aku ucapkan. Semoga kita semua diberikan kejayaan oleh yang Maha Kuasa. Insyaallah. Doa-doa jugak. Usaha jangan lupa. Actually aku pun malas nak study. Zzzzzzzzzzz. Tapi gagahkan diri. Last but not least, kita semua adalah hasil daripada sperma yang berjaya ! Last words lagi, engkau kalau nak meniru ke apa jangan sampai kantoi ! Kalau kantoi jawabnya kau get ready lah kena hukuman !

Adios ~



p/s : Diharapkan pengawas peperiksaan nanti kacak. Jadi bolehlah cuci mata sambil menjawab exam. HAHAHAHA.


Wednesday, December 23, 2015

Episod 61 : Abang Zul

It’s study week ! That’s mean my semester 3 is gonna end soon. Cepat pula masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 3 aku. Rasa macam baru masuk time bulan 9 hari tu. Well masa bergerak pantas. Sem ni aku agak busy dengan courseworks. Bertimbun. Presentation kali ni tak banyak. Ada dua presentation sahaja. Selebihnya Esei, esei and esei and some videos thingy. At last berjaya settle kan semuanya dengan jayanya. Good Job Unknown ! Sebab busy sangat sampai blog pun dah berhabuk. So apa jadi dalam episode 60 yang lepas ? Kau dah broke up ke ? Kenapa meracau sebegitu ? WOW ! Easy boy ! Semuanya akan distorykan sikit demi sikit in other episodes. Sebab episod kali ni aku nak story pasal Abang Zul. Who is he ?

Abang Zul. Bukan nama sebenar. Cut to short dia abang angkat aku. By that aku maksudkan abang angkat sahaja. Bukan abang angkat yang pakej mengangkat atau diangkat atas ranjang sekali. Yup ! not even any kerja tiup*translate in english*. Harap maklum. Dia tak pernah sentuh aku and aku pun tak pernah nak sentuh dia secara intimately. Clear ? Okey good. You may proceed now. Abang Zul ni biseksual. Dah lama sebenarnya aku nak story pasal Abang Zul ni. Tapi tak berkesempatan. Kali ni baru sempat nak story.

Aku rasa dah genap setahun kot aku kenal Abang Zul ni. Perkenalan aku dan dia agak kelakar sebenarnya. Kenal YS ? Selalu jugak aku mention pasal dia dalam episode-episod yang lepas-lepas. Kalau nak tahu bolehlah baca. Itu pun kalau rajinlah. Ok YS bukan nama sebenar. YS pun dah berjinak-jinak dengan dunia blogger. Lebih dikenali dengan nama Aries Kid itu. Blog beliau Potret Sang Lelaki. Well Aries was my first PLU friend yang aku kenal dalam dunia ni. Masa awal dulu dia pernah sebut yang ex-partner dia stay berdekatan area rumah aku. Tapi that time aku tak ambil port sangat. Bila dah kenal lama barulah Aries story more pasal ex dia which is Abang Zul. Jadi secara tak langsung aku pun kenal la Abang Zul.

Aries : Abang Zul ni kerja kat dalam shopping mall tu. Nanti kau pergilah usha dia kat sana. 

Aku : Oh erk. Nanti bila-bila aku pergi stalk.

Masa tu kalau tak silap during study week sem 1 kot. Tak pun masa cuti semester 1 aku dulu. Then aku pun pergilah mall itu. Terserempak dengan Abang Zul. Aku just perhati dari jauhlah. Yup dia memang kurus. Sebab sakit dia tu la.

Well time tu aku masih ada lagi app Grindr. HAHAHA. Look around sana sini. Adalah satu profile ni hai aku. Kitorang pun borak-borak. Tapi entah kenapa that time instinct aku kuat mengatakan yang aku tengah chat dengan Abang Zul. I just got that instinct la. Tapi apa yang menariknya aku dengan that profile tu tak ada trade gambar. Lagi pun borak biasa je. Dalam 2 hari lepas tu dia mintak trade gambar. So aku pun bagi jer la. After that dia pun send. Instinct aku tepat. Gambar Abang Zul. Tapi aku taklah mention yang aku kenal Aries. Tapi at the end Abang Zul tahu jugak yang aku and Aries kenal each other. Borak-borak lagi kat Grindr then dia minta wechat. Tipikal sangat. From Grindr to WeChat. Bila dah friend kat wechat just chat kat situlah. Ada satu hari tu. Hari Ahad. Time tu aku on the way balik uni. Abang Zul tanya aku. Lebih kurang macam ini conversation aku dengan beliau :

Abang Zul : Kau nak jadi adik angkat aku tak ?

Aku : Adik angkat ? Best ke jadi adik angkat kau ?

Abang Zul : Nak ke tak nak ?

Aku : Ermmm bolehlah. Aku pun tak ada abang. Bolehlah menumpang kasih. HAHAHAHA. Lepas ni kena panggil abang ke ?

Abang Zul : Yelah. Panggil Abang.

Begitulah kisahnya. Tapi masa dia tanya tu aku ada tanya opinion si Aries dulu. Lebih kurang macam ni conversation kami :

Aku : Abang Zul kau offer aku jadi adik angkat dia. Ok tak ?

Aries : Okey jer. Lagi pun kau kan memang nak abang.

Aku : Tapi macam kelakar pulak. Kau ex dia. Then kita kawan. Tetiba dia jadi abang angkat aku. Tak boleh blah. Pusing-pusing situ jugak.

Aries : Abang Zul okey la. Ala aku dengan dia ex je pun. Mana tahu lepas ni kau dengan dia ada jodoh ke. Mula-mula adik angkat lepas tu jadi boyfriend dia.

Aku : Aries ! No ! HAHAHA. Tu lagi tak boleh blah.

Then after that bermulalah hubungan abang adik antara aku dan Abang Zul. Abang Zul pernah warning aku. Dia kata if pointer aku below 3.00 dia nak ngamuk. Aku cuak nak mampos ! Yelah sem 1 aku pointer 2 something je pun. Tapi Aries pesan tak payah cuak. Sebab Abang Zul tak akan tanya. Yup. Until now Abang Zul tak pernah tanya pasal pointer aku. Bila aku balik rumah aku pergilah visit dia kat tempat kerja dia. Then nanti dia bagi aku cookies from kedai dia. Benda free mestilah best ! Dah la cookies tu mahal. Memang nak beli pun berkira-kira jugaklah. Sometime if aku ada masak something, aku bawaklah hantar kat dia. Bila aku bungkus je mak aku mesti tanya

Mak : Kau nak bawak bagi kat sapa tu ?

Aku : Unknown nak bawak bagi kat kawan lah mak.

Mak : Kalau bagi bekas Tupperware tu nanti mintak balik.

Aku : Yer tahu.

Well Tupperware mak kenalah jaga. HAHAHA. Bila dia dah makan nanti aku tanya la komen dia. Usually dia cakap sedap. I’m glad if dia suka. Pernah sekali tu aku macam bengang la jugak. Abang Zul ni sejenis manusia yang tak nak text aku. Kira tak ada la nak manja-manja antara abang adik ni. Some of my PLU friends pulak dapat abang angkat yang speedo macam-macam. Bagi duitlah, handphone lah. Sedikit sebanyak menimbulkan rasa iri di hati seorang Mr. Dominic Unknown. Senang cerita aku macam tak dapat perhatian dari Abang Zul. Ok ! tak. Mungkin aku sahaja yang rasa sebegitu. Ada jugak aku story pasal ni kat Aries. Well dia pun cakap begitu. Abang Zul ni bukan jenis yang suka text orang sangat. Plus dia kan sakit. Yup dia sakit. After that I realised something. I cant be like that. Aku kenalah faham situasi Abang Zul. Aku tak boleh nak selfish. Aku tak bolehlah nak perhatian sangat ke apa. Aku pun mula boleh adapt semua ni. Kadang-kadang aku nampak Grindr dia tengah hijau. Aku sakat la dia kat Grindr.

Aku : Hai. T ke B ? Jom fun.

Abang Zul : Ada port ? Jom-jom.

Aku : Kemain ! Asyik hijau selalu !

Abang Zul : Ala saja look around dalam ni. Menyibuk je gendut ni.

Aku : Hoi !!!

Kengkadang kat wechat pun macam itulah jugak. Dia bahan aku. Aku membahan dia balik. Ada jugak sekali tu dia bawak ku pergi rumah dia. Rumah dia dalam taman perumahan dekat dengan area rumah aku. Tak boleh blah sangat sebab rumah dia dekat betul dengan rumah mak cik aku. HAHAHAHA. Tapi sekarang ni Abang Zul dah berhenti kerja dah. Ada problem apa entah kat tempat kerja dia. Plus sekarang dia sakit. Terkena buatan orang. Orang yang buat tu pulak katanya guna dukun orang asli. Kuat la ilmu dia. Abang Zul dah pergi hospital but doktor sendiri tak boleh nak detect exactly dia sakit apa. Lagi satu si Abang Zul ni pulak dia ni bukan jenis yang suka nak pergi hospital. Banyak kali dah aku bising kat dia. But dia buat endah tak endah. 

Dalam bulan 10 lepas dia kena tahan kat ward. Dia senyap je tak cerita kat aku. Haishhh sabar je la aku dengan dia ni. Kalau aku tahu bolehlah jugak aku jenguk dia. Currently sekarang dia stay at home. Berubat cara tradisional. Makin kurus. Muka dah cengkung. Mana tak cengkung, each time dia makan mesti dia akan muntah balik. Macam itulah apa yang dia cerita. Perut macam tak boleh terima makanan. Aku risau tengok dia. Last month aku pergi melawat dia.

Aku : Abang apsal kurus sangat ni ? Sedihlah adik tengok.

Abang Zul : Kuruslah. Orang sakit memang macam ni.

Aku : Kurus sangat ni bang. Sampai cengkung pipi tu. Sedih ahh.

Abang Zul : Kau ni dik, tak payah nak berdrama melayu sangatlah.

Itulah ayat dia. Tapi sedihlah tengok. Sebab memang makin kurus. Apa yang aku boleh buat hanyalah berdoa supaya Abang Zul cepat sembuh dari penyakit dia. Amin.


Panjang dah ni. Mungkin saya patut mengundur diri. Till we meet again in other episode !
Adios ~


p/s : Banyak respons dalam box Ask Mr. Unknown yang aku tak sempat nak jawab lagi. Sorry guys ! Oh btw, aku dah godek-godek setting blog ni so belajar la edit-edit susunan dalam ni. Okey or not ?



Tuesday, December 8, 2015

Episod 60 : Happily Ever After ? Maybe Not.

Aku boleh rancang yang indah-indah. Aku boleh bayangkan semua kebahagiaan itu. Tapi sekelip mata semua tu berakhir. Hidup ni tak semudah yang kita rancang. 




Adios~