Wednesday, October 21, 2015

Episod 54 : Soalan Reader #4, #5 & #6

Hai guys ! Bertemu lagi kita dalam episode yang ke-54. Previously aku ada dapat 2 soalan dalam box Ask Mr. Unknown dari 3 orang readers. Mari kita tengok apa soalan yang mereka tujukan. Soalan Reader #4 ini datangnya dari seorang insan yang tidak bernama.

9/15/2015 0:38:37
“assalamualaikum .. aku nak tanya kau ni pasal .. oke cmnii .. aku ni sangat sensitif dgn crush aku aka kwn baik aku .. kau rasa perkara ni normal x?? atau mmg aku je yg ngekk cmtu ..”

Waalaikumsalam. Ok firstly aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab baru perasan soalan ni. Selepas sebulan baru nak reply ! Masyaallah teruknya aku ni. Harap maafkan saya di atas kelewatan ini. Sangat sensitive dengan crush kat sini maksudnya kau cepat sentap dengan dia ke ? Well aku tak boleh nak huraikan apa-apa sangat sebab tak tahu situasi sebenar. Misalnya apa yang dia buat kat kau sampai engkau sensitif. Maybe boleh explain lebih details.


Soalan Reader #5 ni datangnya dari Insan Bukan Straight. Rajin betul beliau menggunakan box sebelah ni. Tak apa. If aku boleh jawab, aku jawab. Soalannya berbunyi

10/11/2015 5:58:15
“…kau ni single lagi ker dah berpunya?...”

Tergelak jugaklah bila aku baca soalan ni. HAHAHAHA. Well previously kalau ikuti episode yang lepas – lepas dapatlah tengok betapa tragisnya kisah cinta yang tidak kesampaian seorang Mr. Dominic Unknown ini. Dia gembira kejap. Then merasai sakitnya patah hati. Kemudian dia move on. Cut to short , well ermmm currently, I’m with someone*emoji monyet tutup muka*. JENG JENG JENG ! ! ! SIAPAAAA ??!! Buat masa ni biarlah ia menjadi tanda tanya dahulu. Konon belum bersedia nak kongsikan pasal ni la. HAHAHA. Bila dah ready nanti bakal diceritakan di episod – episod yang akan datang. Sekian. No komen. HAHAHAHA.

Soalan reader #6 ni pula aku terima daripada seorang remaja yang masih bersekolah. Okey dia tak ada tinggalkan sebarang nick name.

10/11/2015 23:26:03
“Hai Mr. Unknown.
aku just blogwalk n suddenly tertengok natang ni. okey my question is...aku baru form five. spm lagi sebulan. but somehow aku fall in love dengan junior aku yg baru form two. he wasnt that perfect but dia Mr. Right aku. dia nampak macam straight (according pada apa dia cakaplah) but nampak mcm ada few actions dia macam dia pun sukakan aku. so what should aku buat. n for addition, kitorang kinda close as friends. should aku confess or pendam?”

Hey bro ! Firstly thanks for the question. Muda lagi kau ni. Baya-baya adik aku pun ada. Ok ni opinion aku, korang still muda lagi. Yes very young ! Ok tetiba aku rasa macam tua pulak. HAHAHA. Apa yang aku boleh nasihatkan kat sini is berkawanlah dulu dengan dia. Kenal-kenal dulu. Sebab you guys still sekolah lagi. And engkau pun nak SPM kan. Focus on that first. SPM tu penting. About the confession pulak aku rasa belum masanya lagi. Bukan apa, takut kalau-kalau dia reject engkau or friendzone ke apa nanti susah. Patah hati pulak nanti. Takut benda ni akan effect your exam la nanti. Plus, kalian still underage jugak. Kalau terkantoi ke apa dengan orang sekeliling susah. Dah nak kena kaunseling bagai. Yes aku memang seorang yang suka pikir kesan yang negative jugak. Nak bersangka baik sangat pun tak boleh jugak. Aku pun tak ada pengalaman macam ni masa zaman sekolah. Maklumlah zaman sekolah dulu selekeh. Kacak jauh sekali. Mana ada orang nak pandang. Maka duduklah senyap-senyap dalam closet. HAHAHA. Dah masuk zaman university ni la baru keluar sikit dari closet. Apa-apa pun all the best for your SPM. Good luck ! Buat elok-elok !

Well itu sahaja soalan yang ada untuk kali ini. Aku harap dapat menjawab soalan korang dengan jayanya. Risau jugak kalau jawapan tu banyak merapu. Mungkin blogger lain ada nak share buah fikiran. Bolehlah kongsikan di ruangan komen. Maklumlah kalian kan lebih berpengalaman. Sama-sama kongsikan idea. Kepada yang rasa nak kongsi apa-apa boleh guna box Ask Mr. Unknown kat sebelah kanan blog aku yang hambar ini. Thanks. Adios ~

p/s : Jerebu makin teruk sekarang. Jaga diri elok-elok. Minum air kosong banyak-banyak. Kalau keluar ke kawasan terbuka bawak-bawaklah pakai mask. HAHAHA tetiba jadi iklan kesihatan pulak.







Sunday, October 11, 2015

Episod 53 : Soalan Reader #3




Hai guys ! Long time no see ! Berhabuk teruk aku rasa blog ni. Almost nak sebulan jugaklah tak ada episode baru. Atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan maka aku tak dapat nak menulis di blog ini. Jadi marilah update apa yang patut di sini. Aku pun dah lama tak merapu. Well episode ni ditujukan khas kepada Insan Bukan Straight yang menghantar soalan beliau di box Ask Mr. Unknown sebelah blog ni.

9/13/2015 17:46:05
“….what is your opinion if someone who keep himself discreet but he still want to seek relationship with a guy ?....”

Well discreet. Term yang sentiasa digunakan dalam dunia PLU. Erti kata lain dia tak open la mengenai ketidaklurusan diri itu. Mostly memang ramai yang discreet dan ramai jugak yang confident untuk open mengenai isu ni. Well back to the question la kan, in my opinion yes boleh je you still can maintain your discreetness, at the same time cari jodoh. HAHAHA. Cuma kenalah a bit open pada golongan seperti kita ini. Kiranya discreet dengan golongan straight sahaja. Kalau tak memang tak jumpa jodoh ler. Unless your gaydar is so powerful to detect. But how to find ? Well sekarang ada bermacam-macam apps yang boleh diinstall. Topeng emas, penyengat jingga, planet romeo and etc. BUT !!! If you want a partner try to not cari from there. Yes memang ada yang mahu macam apa yang kita mahu. Tapi ! Kebanyakannya yang berada dalam itu hanya mahukan YOU KNOW WHAT I MEAN ! 

Kita masih ada banyak lagi laman sosial lain. Facebook, Twitter, Instagram and entah apa lagi aku pun tak tahu. Kalau media sosial ni lebih selamat sedikit. Well you can create an account*twitter is better*. Then get to know people like us in there. Apa-apa pun just start as friend dulu. Believe me you will start kenal dia ni and then kenal dia tu and then bla bla bla bla and you might get your jodoh too ! KECHINK !

Tapi ! Dalam mencari cinta itu bukanlah satu perkara yang mudah. It will take time. But if you are damn lucky, someone might mengorat you and become your partner ! KECHINK 2.0 !!!!

Well, itulah opinion aku mengenai soalan yang diajukan. Bila dah habis type baru rasa macam “menjawab soalan ke tak ni ?” . Menjawab based on my life experience yang tak berapa nak hebat sangat. Reader-reader sekalian kalau ada nak kongsi pendapat boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Akhir kata, doakan kesihatan aku bertambah baik untuk sem ni. Asyik sakit je sejak dua menjak ni. Alergik jerebu mungkin. Hingga ketemu lagi dalam episode yang akan datang. Adios ~


p/s : Kepada yang rasa nak kongsi apa-apa boleh guna box Ask Mr. Unknown kat sebelah kanan blog aku yang hambar ini. Thanks.