Kehadapan
semua pembaca yang disayangi. Salam Syawal yang ke-22 aku ucapkan. Semoga
kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tujuan saya menulis episode
kali ini adalah untuk berkongsi mengenai Top 3 Soalan Raya 2015. Ok stop.
Bahasa surat tidak rasmi sangat. Ok let just get to the main point. Nak story
pasal soalan-soalan cepu emas yang ditanyakan kepada aku during raya lepas.
Lembab sangat la Unknown ni. Raya nak habis dah kot. Fine-fine. Agak busy
jugaklah. Busy buat apa entah. Tengah cuti pun busy ke. Ok actually malas pun
ada. Ok now dah ada mood nak menulis. Kalau last year dalam episode Episod 6 :Top 3 Soalan Raya 2014 aku ada share soalan-soalan yang agak famous ditanya kat aku.
Tahun ni pun ada jugak. Dalam 3 soalan. Lebih kurang macam tahun lepas jugalah.
Cuma jawapan lain sikit la aku bagi. HAHAHAHA. Ok malas nak bebel panjang. Korang
skip jugak kan. HAHAHA. Ok let’s start.
1) “Dah besar dah Unknown sekarang. Sekejapnya
rasa. Umur berapa dah ni ?”
Agak
kerap dapat soalan ni. Tipikal question actually. Aku jawab je “Tahun ni nak
masuk 21 dah. Bolehlah nak mengundi nanti.” 21 layak lagi terima duit raya kan
! I need moneyyyy ! Aku ada terpikir jugak am I look very old than my age or am
I look younger than my age ? Ada kata nampak tua. Ada kata nampak muda. HAHAHA
entahlah. Hopefully muda sentiasa.
2) “Belajar kat mana sekarang ? Ambil kos apa
?”
Soalan
ni pak sedara, mak sedara and kawan-kawan my parents tanya.. “Sekarang study
kat Universiti…… then ambil kos ijazah………..”.
Luckily aku tak kena compare dengan anak-anak dorang. Kos pun biasa-biasa je. Kalau
kena macam Shark kena tu sumpah tak best.
3) “Segak sekarang. Mesti ramai awek keliling
pinggang ni kan ?”
“Tak
ada pun awek. Tak laku pun.” HAHAHAHA apanya entah. Lemak ada la. Ada yang
cakap aku ni hensem which is aku sendiri pun tak tahu kat mana hensemnya entah.
But handsome is subjective. Mungkin diorang nampak aku hensem kot.
KAHKAHKAHKAHKAH ! Ayat ini sangat perasan. Tapi aku tetap rasa aku ni kategori
tak hensem. One reason aku tak ada awek sebab aku gay ! memang tak la nak ada
gadis-gadis idaman hati. Perempuan pun so far tak ada yang nak approach aku.
Memang taklah aku nak gigih mencari awek. Siapalah gadis yang nak try ngorat
aku. HAHAHA aku nak ngorat diorang for sure la tidak.
Jadi
itulah Top 3 Soalan Raya 2015 yang aku terima. Agaknya sampai satu masa nanti
akan dapat soalan pasal kahwin pulak time raya nanti. HAHAHA apa lah aku nak
jawab nanti. Aku rasa macam hambar je episode ni. Usually pun hambar jugak.
HAHAHA. Kepada yang membaca aku ucapkan terima kasih. Ok sampai sini sahaja episode
kali ni. Hingga bertemu semula di episode akan datang. Adios ~
p/s
: Result exam sem 2 aku dah selamat keluar. Berapa pointer aku ? Adakah
menggembirakan ? atau menyedihkan ? Jenggg jengggg jengggg. Nantilah aku kongsi
dalam entry akan datang. CUti sem pun berbaki 1 bulan sahaja lagi. Terasa malas
nak start sem baru.