Thursday, November 20, 2014

Episod 20 : Happy 20 Years Old Mr. Unknown !



Episod 20 and aku pun dah 20 tahun ! What a coincidence. 15 November 2014 aka a few days ago merupakan birthday aku yang ke-20 ! Officially 20 dah kau weyhh ! Yeayyy or Neayyy ? Entahlah. It’s supposed to be a happy day for me. But end up jadi disaster. Haishhh bertalu-talu musibat yang datang. Memang satu hari tu mood birthday aku hilang. Ok dah malas nak cakap pasal hal tu. Maybe dalam episod lain nanti aku cerita. Ok so birthday ke-20. Aku rasa macam sama. Nak kata ada celebrate pun tak ada. Birthday cake tahun ni pun tak ada beli. Family aku pun bukan jenis yang celebrate birthday bagai. Cuma apa yang aku perasanlah. Abah aku tak pernah wish birthday aku rasanya. Seingat aku memang tak pernah. Entahlah. Maybe dia lupa kot. Tetiba teringin nak dengar wish dari dia. HAHAHA. Overall segalanya biasa. Cuma tak disangka-sangka Mr. Crush aku nyanyi lagu birthday kat aku. Such a wonderful moment dapat dengar suara dia. Tak expect dia nak buat macam tu. Siapa tak gembira kalau kesayangan dia buat macam itu. Oh ya ! member aku seorang lagi tu pulak siap nyanyi lagu birthday kat aku. Siap dalam version bahasa cina ! Awesome gila ! Thanks YS ! Pandai nyanyi rupanya dia. Really appreciate that. Rasa nak je aku upload lagu yang kau cover hari tu. HAHAHAHA. On that day memang ramailah yang wish birthday aku. Kat fb, twitter and instagram bagai. Thanks to the reminder kat fb tu. If not memang tak ada orang ingat pun aku rasa. Apa-apa pun aku hargai semua wish mereka. 

Actually birthday aku sama dengan NZR. Budak perempuan yang aku pernah terjatuh hati dulu. Dululah. Aku ingat lagi time our 18th birthday. Tahun 2012. Aku bagi dia hadiah teddy bear and coklat Cadbury*before isu babi tu meletus*. Konon-konon macam sweet la sangat. HAHAHAHA. On that day la aku berjaya dapat phone number dia. Sweet memory actually. Tapi sekarang aku sendiri tak tahu apa perasaan aku towards dia. Aku pun dah lama tak contact dia. Dia pun dah lama tak contact aku. Masing-masing busy dengan life. Life aku as a student. And life dia as nurse. Plus aku rasa sangat hambar bila text dia. Agak krikk krikk. Conversation tu terasa empty. Seriously ! Mungkin dah sampai masa untuk aku lupakan dia. Aku tak layak untuk dia. Ada lelaki yang lagi baik menanti dia barangkali. Dengan ketidaklurusan diri ini better aku berundur. Mungkin ada doktor yang boleh bahagiakan dia. Even Hazie suruh aku confess kat dia but aku rasa better not. Ok cukup. Dah makin jiwang pulak dah kisah ni.

       On my 20th birthday ni aku buat keputusan untuk bagi tahu best friend aku pasal life aku yang satu lagi ni. Life as PLU. Hans nama diberi. Kenal dia dah 9 tahun. First impression dia bila dapat tahu memang dia shocked kejap. Risau jugak aku. Kalau-kalau dia dah tak nak kawan aku ke apa. But yeah he okay with that. “No matter what happen kau tetap bestie aku !” kata dia. So okayla tu. Apa pun memang birthday kali ni paling unexpected la. Paling disaster ! Akan diingati forever ! Wish birthday kali ni ? Ermmm aku harap dapat survive 4 tahun as university student ! Amin.

Actually nak update awal. But emosi aku tak stabil sikit. After a few days ni baru la kembali okey. Haishh. Ok tu sahaja yang aku nak cerita dalam episod kali ni. Ok agak hambar jugak la sebenarnya. Tapi lantaklah. Adios ~




P/s : 15 November ! Baru teringat yang Putera Mahkota ada balik Malaysia ! Teringin nak jumpa beliau ! Tapi siapalah aku untuk bertemu blogger hebat itu. 



Buat sesiapa yang ada sebarang soalan nak ditanya atau sebarang cadangan yang nak dicadang, bolehlah klik Ask Mr. Unknown ni*boleh juga didapati di sebelah kanan blog ini*. Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab. Just a simple  box yang hambar sebenarnya. 

Monday, November 3, 2014

Episod 19 : First Time @ Kali Pertama


Previously F.I ada tag aku untuk post pasal #20FactsAboutMe. And now the latest one dia tag aku untuk post pasal First Time ! Menarik ! At least ada jugak idea untuk aku type something kat blog aku ni haa. Berhabuk dah ni. HAHAHA. Aku pun tak berapa ingat berapa banyak benda first yang aku dah buat and hadap. Banyak kot. Aku list mana yang terlintas sahaja. Let’s see the list :


First Crush ?


Aku ni jarang tercrush kat perempuan. Sepanjang 20 tahun hidup ni baru 2 kali je tercrush kat gadis-gadis ni. Dah tak berapa nak lurus so memang tak la aku nak crush kat perempuan sentiasa. First crush aku nama FZ. She was one of the cutest girls dalam batch aku. Rendah saja orangnya*crush kedua aku pun pendek jugak --’ *. Masa tu tahun 2007. 7 years ago. Aku baru form 1. Masih lagi hingusan. HAHAHAH. Aku masuk sekolah asrama. First intake. FZ pulak 7th intake. Mula-mula tu biasa je. Until one day aku rasa macam ada satu special feeling bila nampak dia. Korang pun tahu perasaan tu. The feeling like berdebar-debar, nervous, rasa berbunga and etc. Everything start to mess up when one of my friends dapat tahu pasal ni. Salah aku jugak sebab bagitahu kat dia. Mulut pulak tempayan. Akhirnya one whole batch aku tahu pasal ni. Cam harem ! FZ pun dapat tahu pasal ni. Sangat memalukan. Definitely, it’s not a good news for her too. Paling tak boleh blah bila aku dengan confidentnya boleh hantar surat kat dia. HAHAHAH. Nak berkenalanlah konon. Guess what happen ? Dia koyak surat tu. Yup she did that. But apa yang pasti, aku tak pernah ada conversation dengan dia. I mean the real one. Tak pernah langsung aku cakap face to face dengan dia. Sebab aku tak yakin langsung. Setakat kat facebook adalah tegur sikit-sikit. Tu jer la pun. Dia sekarang study Law kat UiTM. Genius ! In relationship dah kot rasanya.


First Handphone ?


Aku start pakai handphone time form 1 jugak. End of November masa tu. Nokia 1600. Warna hitam. That was my first phone. Harga time tu kalau tak silap RM199. Bergolak gadai nak beli phone. Yela time tu rm199 tu besar juga nilainya. Lama juga aku pakai phone tu. Sampai tahun 2012. Then baru tukar baru. But phone ni masih lagi disimpan dengan baik. Nostalgia kot. Paling penting sangat tahan lasak  dan still boleh guna lagi.


First Sport That I Join ?


Since zaman sekolah lagi aku memang benci sports. Yeah seriously ! Even PJ pun aku tak suka. Aku pun bukan jenis atlet person. Bola pun aku tak minat. Merentas desa je aku masuk. Atas sebab paksaan dan juga nak cuci mata. Eh HAHAHAAHA. But awal tahun hari tu for the first time aku join. Aku masuk tarik tali. Wakil bekas pelajar. Sekolah aku kalau Sports Day sangat meriah. Saja la join. Dapat no. 2. For the first time juga aku dapat medal dalam sport. Kinda awesome !


First Media Social ?


Zaman sekolah rendah aku diharungi tanpa internet. Tak pernah tahu pun pasal internet time tu. Memang aku lalui zaman kanak-kanak yang real la. Tak adanya nak mengadap laptop bagai. Mula involve dengan media social ni tahun 2008. At that time Friendster tengah popular. So aku buatlah akaun Friendster. Sahaja seronok-seronok. Best jugak. Tak boleh blah sampai ada 3 akaun. HAHAHA. Akaun tak berapa suci pun ada satu. But since Friendster makin hambar, terus aku tak buka dah. End up aku lupa email and password. Maka berkuburlah Friendster aku tu. Rasanya sekarang dah jadi website untuk game rasanya.


First Game Yang Aku Addicted Gila ?


Aku bukan seorang gamer. Tak pernah layan game apa sangat pun. Game PS lagilah aku tak tahu. Online game apatah lagi. Memang noob gila. But aku boleh ter-ketagih dengan satu game kat facebook. Korang pun mesti tahukan. Fb kan berlambak-lambak application game diorang. Game yang aku layan tu Farmville ! Game ni best gila bagi aku. Kau akan ada ladang sendiri. Boleh tanam benih, harvest pokok, bela kambing bagai, and so much more. 3 tahun jugak aku addicted dengan game ni. Dari farm sekangkang kera sampai jadi 4 ladang besar yang berwarna warni dengan pelbagai benda. Aku suka game ni sebab grafik dia cantik. Animals pun cute gila. Aku berjaya capai level 100. Memang best ar. Seorang petani online yang gigih. Sanggup bangun 3 pagi sebab nak harvest tanaman. Kerja gila dulu. Sampai parents aku pun bising. Aku login fb dulu semata-mata nak main game ni. But after level 110 aku stop. Sebab makin banyak benda pulak kena buat kat farm tu. Kinda annoying with those quest. So aku stop. Jiran-jiran tetangga pun stop. #FarewellFarmville.


First Cita-cita ?


Polis ! Yeahh saya nak jadi polis ! HAHAHAH. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan watak Inspektor Mazlan lakonan AC Mizal kat Gerak Khas dulu tu. Masa kecik-kecik dulu aku memang suka Gerak Khas. That’s why aku nak jadi polis macam si Inspektor Mazlan tu. Kelakar pulak. Tapi sekarang memang tak la aku nak jadi polis. Aku nak jadi seorang Chef ! HOHOHO. Even course aku study sekarang takdak kaitan dengan kulinari langsung.


First Job ?

Aku start kerja lepas habis STPM. That was my first time kerja. Kerja kat kantin sekolah. Saya seorang abang kantin*sambil lelambai tangan*. Kerja ni pun kebetulan je aku dapat. Sebab Hazie yang offer. Mak dia memang ada ambil tender kantin sekolah rendah. So why not aku try. Aku pun tak suka kerja shift bagai. Mengganggu waktu tengok tv aku. HAHAHA. Seronok kerja ni. Dapat tengok karenah budak-budak. Cuci mata tengok cikgu-cikgu kacak. HAHAHA. Rakan sekerja yang terdiri daripada makcik-makcik yang aku rasa macam family dah. Gaji sehari rm20. Sikit je kan. Tapi aku tak kisah. Sebab aku enjoy kerja ni. 8 bulan aku kerja. End of Ogos aku berhenti sebab nak sambung study.


First Movie That I Watched In Cinema ?


Harry Potter and The Half Blood Prince with my siblings. Tahun 2009. Kenapa first ? Sebab time ni la baru ada satu panggung wayang yang dibuka kat area aku. Previously tak ada.


First Fixi Novel That I Read?


Fixi first yang aku baca Asrama. Genre seram. Karya Muhammad Fatrim. Storyline best. Tapi complicated and pening sikit. Nak tahu kenapa ? korang baca sendiri. Then terbaca kat blog Shark pasal review Fixi Kacau. Teruslah aku lekat dengan Fixi.


First PLU Friend ?


Zaman sekolah dulu memang aku tak ada kawan PLU. Member semua straight. Sepengetahuan aku la. HAHAH. Then one fine day ada Anonymous ni komen kat blog aku. PLU jugak. Berpengalaman dalam ‘dunia’ ini. YS nama dia. Dia pun friendly. So start la email dengan dia. Berkenalan semua bagai. Rupanya satu university dengan aku jugak. Kos lain. Pandai melukis dia ni. Mula tu tak reveal pun identity aku kat dia. Aku seorang yang agak pemalu actually untuk reveal. Tak yakin pun. But end up terkantoi jugak dengan dia. HAHAHAHA. First time face to face agak krikk krikk krikkk. Lama-lama ok la. Boleh lepak sekali. Borak-borak. Weyh aku tulis pasal kau kat sini *Sambil lelambai tangan*. Setakat ni dia jer la yang tahu identity Mr. Unknown.


First Roommate ?

For the first time aku menjadi pelajar university. Kali pertama jugalah aku stay dengan roommate dalam bilik. U aku buat sistem satu bilik = 2 orang. Roommate aku seorang jer la. Budak KL. Aku ada mention pasal dia dalam Episod 14. Zafril nama diberi. Tercrush kat dia for a while. Tapi sekejap je kot. HAHAHA. Lama-lama feeling tu hilang sendiri. Aku dengan dia ni macam langit dengan bumi. Lifestyle berbeza, hobi berbeza, senang citer memang tak sama la. Dia pun a bit pendiam. Conversation pun tak berapa meriah la. Bila dalam bilik memang jadi krikk krikkk weyh. Adushhh ! Payah pulak dapat roommate pendiam macam ni. Tu jer la masalah sekarang. 


First Comic Series ?




Crayon Shin Chan aka Dik Cerdas and Detective Conan ! Yeah dua komik ni memang favourite aku. Dulu-dulu sanggup save duit belanja sekolah sebab nak beli. Harga komik Shin Chan RM 4.80, Detektif Conan pulak RM 4.50. Banyak jugaklah koleksi komik-komik ni. Tapi semua dah dibungkus dan tersadai kat bawah katil bilik aku.


First App Yang Tak Berapa Nak Lurus !


Grindr ! HAHAHA Tak pernah terlintas pun nak install. Member-member aku ada yang install app ni. So, last week time cuti midsem tu aku pun try install. Saja nak explore sikit. HAHAHAH. Guess what ? Berderet-deret PLU kat area rumah aku. Muka senior sekolah aku pun ada keluar sekali. I was like dia ni pun tak straight rupanya - -’ . Ada seorang tu rasanya staf office ayah aku. PLU dalam U aku ni pun ada jugak. What a world ! Macam-macam jenis manusia aku jumpa dalam Grindr ni. Dah kahwin pun ada jugak. Yang gersang nak main pun ramai. Haishhh. But after 1 week lepas install ni, aku kena upgrade pulak dah app ni. Dan kena bayar ! Cis ! Memang tak la aku nak upgrade. Biar je macam tu. Kinda annoying jugak sebenarnya. Rasa nak uninstall nanti.

First Kiss ?

Aku tak pernah kiss sesiapa pun sebelum ni. Until it happen last week. Rentetan selepas aku install Grindr tu la. Aku tegur senior aku tu. Borak-borak kosong. Then dia ajak pergi rumah dia. Aku pergi. Borak-borak kosong. Ok cut the crap, aku kiss dia. No tongue involve. Bibir bertemu bibir. That’s all I can said. Apa jadi lepas tu ? Ermmmm HAHAHA tak perlu ceritalah kot. Terasa makin melucah pulak kat sini -_- .


First Time Kurus ?


Previously aku hidup dengan saiz yang besar. XXXL. Tahap obes melampau. Berat dah 130kg something. So, just imagine sendiri how big I am. Semuanya berubah bila aku tekad untuk transformkan diri aku. Start from tahun lepas aku mulakan journey aku. Diet, exercise, calorie counting and etc. And yeahh ! Berhasil. Melangkah masuk ke alam universiti dengan saiz M dan S*depends on cutting baju*. First time aku berjaya transformkan diri aku. For sure happy. But the hardest part is to maintain it. Hidup as student ni buat aku rasa lapar. It’s not a good news actually. Aku taknak jadi besar dah.


First Disaster Dish ?


HAHAHA every chef have a bad day. Peristiwa ni jadi time aku darjah 4. Tengah hari masa tu. Aku sangat lapar. So try nak masak nasi goreng. Which is aku tak pernah buat langsung. Panaskan minyak. Masukkan telur 1 biji then nasi yang digaul dengan garam. Aku guna garam kasar ! Satu sudu besar ! Rasa sangat masin ! Memang tak boleh nak telan. Seriously failed ! Nasi goreng supposed to have bawang and etc. Nasi goreng aku pulak sekadar nasi, telur and garam kasar ! End up aku buang dan pretend like nothing happen. Takut kena marah dengan mak. HAHAHA.


Jadi inilah serba sedikit pasal kali pertama aku. Mungkin taklah best sangat pun. Hanya sekadar pengalaman dari seorang insan biasa sahaja. Cewah ayat ! I’m done. So blogger lain mohon buat jugak. Tak sabar nak baca nukilan kalian. Adios~


P/s : Buat sesiapa yang ada sebarang soalan nak ditanya atau sebarang cadangan yang nak dicadang, bolehlah klik Ask Mr. Unknown ni*boleh juga didapati di sebelah kanan blog ini*. Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab. Just a simple  box yang hambar sebenarnya.