Sunday, October 19, 2014

Episod 18 : Reveal The Truth !




Previously in Episod 07 : To Tell or Not To Tell The Truth aku ada kongsi pasal masalah dilema aku whether nak reveal kat Hazie or tak pasal ketidaklurusan aku ni. Dia pun dah banyak kali tanya soalan maut “Kau gay kan ?” kat aku. Pada aku soalan tu agak menyebabkan aku terfaktab jugak. And usually aku akan avoid dari jawab soalan dia tu. Aku akan tukar topik lain or tak pun aku gelak sahaja. Konon macam soalan tu lawak sangat. Senang cerita aku tak menafikan dan tak mengiyakan. So, time passed. Aku sambung belajar and etc. Until last week aku buat keputusan untuk tell her the truth about this. Setelah fikir masak-masak, aku rasa dia seorang kawan yang aku boleh percaya. Aku pun open jer la dengan dia. Aku reveal segalanya time berwhatsapp dengan dia. Mulanya aku nak screenshot je conversation tu. Then phone aku dah diformat semula. Akibatnya semua conversation hilang. Ok berikut adalah sesi perbualan aku dengan dia*ayat perbualan telah diedit semula bagi memudahkan penceritaan* :

Aku : Weyh Hazie, kau ingat tak dulu aku pernah cerita yang ada satu sebab kenapa aku tak confess perasaan aku kat NZR*Crush aku tu* ?

Hazie : Ada ke ? Entah Tak ingat pulak. Eh jap. Ha ada-ada. So ?

Aku : *minah ni cepat betul dia hilang ingatan* Ermmm kau nak tahu tak apa sebab dia ?

Hazie : Ha apakah sebabnya ?

Aku : And lagi kau selalu tanya whether aku ni gay ke tak. So malam ni aku nak jawab semua persoalan kau tu.

Hazie : Uishhh. Kau ni apsal tetiba jer ni ?

Aku : Dah sampai masanya untuk kau tahu the truth pasal diri aku. Betul la macam sangkaan kau tu. Aku ni tak straight. Senang cerita aku ni gay. Tak ada nafsu kat perempuan. Aku ada nafsu kat lelaki. Paham ?

Hazie : Kau ni biar betul. Jangan la merepek. Tapi betul ke ni ? Actually tak terkejut sangat pun. HAHAHAHA.

Aku : Dah-dah. Tak payah nak gelak sangat. Kau dah tahu pun realitinya. That’s why la aku tak confess kat NZR. Kalau aku confess kat dia ibarat aku tipu dia.

Hazie : *Bermulalah ayat nasihat yang cliché. Malas pulak aku nak type pepanjang*

Aku : Ye aku tahu. Aku pun tak nak jadi macam ni. But you just don’t understand. Kau tak ada di tempat aku. Aku harap kau tak judge aku lepas ni. Aku reveal sebab aku percaya kat kau and kita pun dah lama kawan. This is between us only. Jangan kau nak hebohkan pulak.

Hazie : Ye. Baiklah Unknown. Ha kau jangan cuba-cuba nak kacau pakwe aku pulak. Aku tumbuk kau kang.

Aku :  Hek eleh. Aku pun tak teringin la nak bermadu dengan kau. HAHAHAAHA. Ermm aku harap benda ni tak jejaskan friendship kita lepas ni.

Hazie : Ye. Tak effect pun. Cuma kalau boleh kau jadi la normal balik weyh.

Aku : Hopefully. Kau doakan yang terbaik untuk aku.

Hazie : Ermm ok la weyh. Aku nak tidur. K bye.

Aku : Eleh. Tidur la sangat. Padahal nak mesej cik abang dia tu ha. Ngaku jer la Hazie.

Hazie : Ahakss. Mestilah. Bye. Good night.

Akhirnya aku dah reveal kat dia pasal ni. Ada rasa lega jugak sebenarnya. Terlalu lama simpan sorang-sorang. Total sekarang dah ada tiga orang la yang tahu pasal ni. Si Hazie ni ha, one of my blog reader yang sekarang dah jadi member lepak dengan aku*Hai anda ! saya tengah cerita pasal anda ni ha. Sambil lelambai tangan* and last one is one of my coursemates yang merupakan seorang PLU juga. 

Ha dah terlanjur cakap pasal dia ni, terus teringat nak story kat korang. Let just call him as Adin. Kos sama dengan aku. Aku tak expect pulak dia ni pun PLU. But friends kat fb dia ramai PLU. So, one night tu aku directly tanya dia. “Kau ni tak straight ke macam mana ?” Dengan slambernya dia mengaku. And I was like mind blowing for a while sebab ni first time ada orang buat pengakuan secara live depan aku. Mula tu aku kata aku straight lagi.

Then after a few days later, aku pun buat pengakuan kat Adin jugak. Adin cakap dia dah syak dah aku ni PLU. Aku pun tak tahu mana dia dapat detect entah. Gaydar hebat sangat ni. Same goes to reader blog aku yang aku mention tu. Dia pun dapat detect aku jugak. Hebat mereka ini. Gaydar aku sahaja yang tak berapa nak betul sangat. Dah tahu rahsia masing-masing ni pandai-pandai la simpan. 

Apa yang pasti bila dah masuk alam U ni baru aku tahu sebenarnya ramai golongan PLU ni. Even dalam U aku pun ada. Apa yang penting kena pandai survive la. Jangan terlalu ikut nafsu sangat. Bak kata peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa. Eh jadi cikgu BM tetiba. HAHAHA. Aku pun tak la baik sangat. But still try my best untuk jadi sebaik yang boleh.

Adios~

p/s : Currently tengah cuti midsem. But with assignments. PUffffff~ Heavenly disaster jugaklah. -_-

Sunday, October 5, 2014

Episod 17 : Keyakinan Diri Yang Ergggghhhhhhhhhh

Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Makin hari makin parah. Ermm ok tak parah but still no change at all. Dan aku kinda freak out jugaklah. Yes ! aku sangat-sangat bermasalah dengan keyakinan diri aku sendiri merangkap sekali masalah nervous melampau. Low self-esteem orang putih kata. The worst part is course yang aku study ni memerlukan kemahiran untuk kau bercakap. Kalau tak memang wasalam la nanti. 

Aku tak boleh nak bercakap di khalayak umum. Aku akan kena panic attack dan jadi sangat gelabah kucing. Aku jealous sebenarnya bila tengok coursemates aku yang lain. They are very confident. Time presentation, mereka dapat present dengan sangat baik. Aku pulak sangat failed. Thank god it was a group presentation. Not individual. Time turn aku tu, aku kaku kat depan kelas. And it was very awkward moment when kau berdiri kat depan and all eyes in the class perati kau dengan macam-macam pandangan. Time tu pulak aku speechless. Dalam hati ni memang dah sumpah seranah bagai dah. Padahal masa awal-awal tu dah hafal dah nak cakap pasal apa. Kadang-kadang bila fikir balik apsal la aku ambik kos ni ? WHY ? Kenapa kau pilih ni Unknown ? Hakikatnya kau sendiri tahu kelemahan kau. 

Ok throwback balik moment dulu. Time apply dulu kos aku dapat ni one of the course yang aku layak pilih. Plus ayah aku jugak suruh apply. Kira lepas syarat minimum. Result STPM pun biasa. Memang kos yang hot semua tak layaklah. Aku pun tak tahu sangat pasal kos ni. Isi je la. After isi tu aku dapat panggilan temuduga. Like seriously aku terkejut. But just follow the flow jer la. Aku pergi interview. Seperti yang dijangka aku screw up interview tu dengan sangat dahsyat. 

Fakta banyak out, speaking kelaut, jawab tergagap-gagap. Aku dah prepare dah semuanya before interview. But duduk depan dekan yang interview tu terus aku jadi panic and lost everything. So after melangkah kaki keluar dari bilik interview tu aku target TAK DAPAT ! JANGAN BERANGAN KAU NAK RASA STUDY DALAM UNVERSITI NI *nama U aku masih lagi tak direveal. Better not doing that*. AKu target kos lain. Tak dapat. Aku lebih prefer untuk study about kulinari. But before tarikh umum result UPU tu, aku selalu doa mintak Allah bagi aku kos yang betul-betul sesuai dengan aku. Dan bila result keluar aku sangat tak sangka untuk dapat kos ni. 

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. But yang pasti aku tak nampak lagi. Aku nak tingkatkan keyakinan diri aku. Kalau tak memang susah la aku nak survive dengan kos ni. Kalau ada sesapa yang sudi share tips or anything like doa or apa saja yang boleh gain keyakinan aku ni mohon komen. I really need that. 

Adios ~


p/s : For the first time terserempak dengan one of the pembaca blog aku ni and I was like gelabah gila. HAHAHAHA. Hey anda, saya tulis pasal anda di sini. Anda tahu siapa anda.