Sunday, September 28, 2014

Episod 16 : The Amazing Race 25 !

Kali ni aku nak sembang pasal The Amazing Race 25 ! Hell YEAHHH! Latest season dah premiere kat AXN last night. Setiap Sabtu jam 8.15pm channel 701 and 721. Kebetulan aku balik rumah. So dapat la tengok. Excited gila ! Aku dah lama ikuti rancangan ni. Sangat seronok tengok diorang siapkan each roadblocks and detours. Dapat tengok negara orang. Contestants lelaki pun ramai yang kacak-kacak. HAHAHAHA*gelak jahat*. Eye candy ! Ok aku start layan TAR ni since season berapa belas entah. Kawan aku lah suggest tengok. Then terus la sangkut sampai sekarang. First time aku tengok program ni aku support team Gothic. Time tu ntv7 ada siarkan. After that macam krikk krikk krikk saja. Bila dah ada Astro barulah dapat tengok balik.

As usual ada 11 teams dalam season 25 ni yang akan berlumba untuk merebut wang tunai 1 juta dollar ! Sebelum-sebelum ni pun 11 teams jugak. Cuma kali ni diorang start lumba di depan khalayak ramai. Usually first episod setiap teams dilepaskan kat kawasan tertutup jugaklah. Season ni pun ada kelainan jugak which is team pertama yang check in di leg pertama akan dapat pas The Save. The Save ni boleh digunakan in case team tersebut sampai paling last dalam mana-mana leg. So bila ada pas ni automatik kau tak tereliminate la nanti. Hanya boleh guna sampai leg ke-9 kalau tak silap. Sangat besar advantage itu. Ok let’s see all the teams and contestants. Sadly season ni tak ada team kembar and team veteran. Usually aku akan support dua team ni la. Aku paling suka team kembar. Entah. Seronok tengok kembar. Plus kadang-kadang ada pasangan kembar lelaki yang hot gila ! Team veteran lak selalunya atok and nenek. Tak pun umur 50 years above. Kadang-kadang tak expect diorang leh join. Takda pulak masalah sakit lutut ke apa. Sangat menghairankan. Faktor pemakanan barangkali. Ok melalut dah ni. Jom tengok kesemua peserta untuk season 25 ni : 

Colourful Tema Diorang


#SoulSurfers 

Bethany and Adam. Suami isteri. Bethany ni kudung sebelah tangan dia. Kena ngap dengan jerung. Dia akan hadapi masalah if ada challenge yang kena guna both hand nanti.


#TheWrestlers

Brooke and Robbie. Ahli gusti. Tapi aku tak kenal sebab aku tak layan sangat WWE. Team ni nampak macam kuat gak.

#TheDatingCouple

Dennis and Isabelle. The asian ! Yeahhh. Handsome arr Dennis ni. Untung ar girlfriend beliau. Nampak sweet together.

 #TeamNashville

Keith and Whitney. Fiance. No reviews about them. Tak kenal sangat. HAHA



#TheCyclists
 Kym and Alli. Kawan. Girl team. Nampak macam team biasa. But tak boleh pandang rendah. 

 #MiamiRealtors

Michelle and Lisa. Sisters. Hot barbie team ! Unfortunately dah out malam tadi. I thought that both of them dapat pergi jauh. Takda rezeki nampaknya.


 #SweetScientists

Maya and Amy. Kawan satu lab. Genius nampaknya. Ada harapan untuk stay lama mungkin.



#TheFireFighters
Michael and Scott. Bomba. Dua-dua lelaki. Both look stronger. Challenge fizikal tak jadi masalah pada mereka kot. 

 #TheDentists

 Jim and Misti. Kahwin sudah. Team pertama yang menang leg 1. Diorang ada The Save. Ada harapan untuk final 3. And yeah gigi mereka perfect. Doktor gigi la katakan.

 #MomDaughter

Shelley and Nici. Mak anak. Nampak macam lemah. But anything can happen. Baru episod 1 kan. 

#CollegeSweethearts

Tim and Tee Jay. Asian jugak. Gay couple. Cute pulak mamat asian dua orang ni. Hopefully dapat stay lama.


Dalam episod 1 ni semua masih baik lagi. Tak tunjuk taring masing-masing. A few more episod lagi barulah ada drama !First time jgaklah ada konsep hashtag bagai ni. Sebelum ni takda pun. Yeahhh. So season kali ni team favorite aku ialah #CollegeSweethearts, #TheDatingCouple, and #SoulSurfers. Hopefully 3 team ni dapat jadi final 3 ! Pilihan korang pulak yang mana ? Adioss~


p/s : Laptop dah beli. Assignment bermula. Life kat Uni sangat unexpected. Moga aku dapat hadapi hari yang mendatang. 


Sunday, September 14, 2014

Episod 15 : #20FaktaAboutMe


F.I ada tag aku pasal cabaran 20 facts ni. Kinda interesting jugak. Sebab aku tak pernah try pun buat benda macam ni. Tapi ada la perasan kat facebook orang buat cabaran macam ni. Nampak senang, tapi aku sendiri pun tak tahu nak listkan fakta tentang diri aku. Macam tak kenal diri sendiri pulak. Setelah berhempas pulas*ayat kemain* memikirkan fakta tentang diri aku, akhirnya berjaya jugak list 20 fakta ini. Berikut adalah fakta-fakta mengenai diri saya :



1. Suka baca novel

Minat membaca ni dah lama ada. Since aku darjah 3 lagi. Sebabnya time tu aku gigih nak buat NILAM. Memang banyak jugaklah buku cerita yang aku baca. Time tu belum baca novel lagi. Mostly buku cerita kanak-kanak la. Paling best aku menang tempat ke-3 pembaca buku terbanyak. Not bad la tempat ketiga. Janji aku menang. HAHAHA. Start darjah 5 aku mula berjinak-jinak dengan novel penyiasatan. Macam Siri Salma, Siri Hadi and 5 Penyiasat. Still consider as novel ke semua tajuk ni ? Ah lantaklah. Masuk alam sekolah menengah aku lebih prefer novel seram. Aku suka karya Zaifuzaman Ahmad. Best jugak. Sekarang ni aku lebih minat dengan novel Fixi. Perghh memang terbaik ! Start last year la lepas baca review Kacau dari blog Shark. Lepas baca Kacau terus aku borong tajuk lain pulak. Fixi ni kena la dengan jiwa aku.

2. Obses dengan kesempurnaan novel@buku

Aku sangat jaga novel-novel aku. Kalau nak beli, aku akan make sure novel tu perfect. Takda lipatan and any scratch ke apa semua tu. Even time baca pun aku akan buka novel tu dengan sangat berhati-hati. Family aku siap kata aku gila sebab terlampau obses sampai macam tu.

3. Tak pernah bercinta@couple

Yup. Tak pernah. Ok rasa macam forever alone je dengar ayat ni. Tapi tu la realitinya. Pengalaman berpacaran memang zero. Dengan lelaki tak pernah and dengan perempuan pun tak pernah. Cinta-cinta monyet semua tu memang tak pernah rasa la. Paling hebat pun takat crush-crush macam tu saja.

4. Suka masak

Pelik ke lelaki masak ? Bagi aku ok jer. Plus aku rasa dengan memasak ni dapat bantu aku kurangkan stress. Rasa enjoy jer. But if masakan tu lingkup memang bengang jugak la. Masak ni kena try and error. Jadi, kau akan tahu mana silap kau dan kena improve untuk atasi masalah tu. Aku takda la pro sangat. Just biasa sahaja. Bolehlah nak masak untuk family. Paling best time masak aku akan berangan macam join Masterchef. HAHAHA.

5. Peminat setia rancangan realiti tv !

Yes ! Aku suka gila program tv macam ni. Usually show from US dan negara seangkatan dengannya. Antara yang aku layan macam Masterchef(US,Canada,Australia,Malaysia), The Amazing Race, America’s Next Top Model*start from season 20 sebab ada boys. huhuhu*, Survivor, Beauty and The Geek*kadang-kadang*, and lain-lain lagi*sebenarnya dah terlupa dah tajuk lain*. Tapi, since dah jadi budak U ni memang aku kena babai jer la semua show ni.

6. Tak pandai bergaya

Ni one of my problem. Aku pun tak tahu la macam mana nak settlekan. Aku takda la sampai tahap mangsa fesyen ke apa. It just like aku rasa tak pandai nak gayakan sesuatu pakaian tu. Senang citer bila tengok mamat lain pakai something, dia akan jadi WHOAAAA nice! ! But bila aku pulak pakai akan jadi macam ……………………. Tak smart. So aku ni just bergaya biasa sahaja.

7. Kurang keyakinan diri

Maybe ni la yang menyebabkan terhasilnya fakta ke-6. Serious aku ada rasa ni. Bila dah low self confident ni turut menyebabkan aku jadi seorang yang cepat nervous, takut nak cakap depan khalayak ramai, panik semua adalah. Aku masih lagi cuba untuk atasi masalah ni.

8. Favourite colour = MERAH !

Dari dulu lagi aku suka warna merah. Aku rasa merah ni melambangkan tuah*feeling chinese tetiba*. Dulu, baju-baju aku mostly banyak colour merah. Sekarang aku mula berjinak dengan kaler lain pulak. But merah tetap jadi pilihan.

9. Tak kacak

Muka aku biasa jer. Tak masuk dalam kategori kacak pun. Taraf sedap mata memandang je kot. But ada orang cakap muka aku cute. Ok perasan. HAHAHAHA.

10. Tak suka addmath

Seriously aku tak pernah suka langsung. 2 tahun aku belajar subjek ni. But end up aku dapat G saja untuk SPM aku. Tak pernah lulus langsung even dalam ujian biasa! Markah mesti under 15. Memang legend jugak la. Bye addmath !

11. Pernah dapat no. 1 ketika darjah 4

Darjah 4 aku stay kelas ketiga. Time exam akhir tahun aku dapat no. 1. Memang seronok habis lah ! Sebab sebelum darjah 4 tu aku tak pernah dapat no. 1. First time la kiranya. Then darjah 5 aku naik kelas kedua and darjah 6 aku berjaya stay dalam kelas pertama. TAPI memang tak dapat no. 1 dah le. Top 20 je selalunya.

12. Darah jenis O

Darah saya jenis O. Sapa yang darah O tu kita geng la.

13. Peminat fanatik filem Final Destination

Aku memang suka gila filem ni. Start dari yang first instalment sampailah yang latest ni Final Destination 5. Sebab ? Entah aku suka tengok cara diorang mati. Ngeri ! Yeahhhh ! Dengar kata next year bakal keluar FD yang ke-6. Hopefully bukan rumour.

14. Ketinggian = 173.5cm

Tu tinggi aku. Not sure dah cukup tinggi ke tak. Kadang-kadang aku rasa tinggi tapi kat uni aku ni ramai gila yang lagi tinggi dari aku. Terus rasa pendek dengan automatiknya. But dalam family sekarang aku yang paling tinggi la.

15. Anak sulung

Aku anak sulung dari 4 beradik. Adik lelaki ada seorang and dua adik perempuan. Aku agak takut untuk dengar soalan ”Bila nak kahwin ?”. Tapi lambat lagi la kot nak dengar soalan tu.

16. Pemalu tapi peramah

Aku ni memang pemalu jugak ar. But bila dah kenal, aku akan jadi sangat ramah. So still boleh consider as pemalu ke macam ni ?

17. Try to be a better person

Aku ni tak la baik sangat. But aku cuba untuk berubah. Sekarang aku cuba jaga solat aku. Tak nak tinggal dah. Cukuplah dengan jadi tak berapa straight ni. Yang lain-lain tu aku cuba improve.

18. Penyimpan rahsia yang baik

Banyak rahsia yang aku dah dengar and masih tersimpan rapi. Kadang tu sampai aku terlupa pun ada. Aku pun suka dengar rahsia orang ni. HAHAHAHa.

19. Masih tak berani nak confess kat crush saya, NZR

Aku masih tak berani nak reveal apa-apa pasal perasaan aku kat dia. Bila masa yang sesuai pun aku tak tahu. Atau mungkin waktu tu tak kan tiba barangkali.

20. Sentiasa merindui arwah opah

Opah aku meninggal time aku darjah 2. Time tu aku sedih sangat. Sebab aku memang rapat dengan opah. Dia temankan aku tidur, dia suap aku makan, dan dia jaga aku dengan sangat baik. Even dah 12 tahun dia pergi, sampai hari ni aku rindu segalanya tentang dia. Nak dengar suara dia dan kalau boleh nak sangat peluk dia. Dia sangat memahami aku. Dulu-dulu dia pernah cakap nak tengok aku masuk U bila besar. Tapi tak tercapai hajat dia. Al- Fatihah untuk opah.

21. Okey aku menitiskan air mata time tulis fakta 20 kat atas ni. Saya rindu opah !

That’s all about me. 20 fakta yang menjadikan aku sebagai aku. Agak membosankan mungkin. Terpulanglah pada pandangan pembaca whether boring or tak. 

Adios ~

p/s : Laptop masih takda. Jadi tak boleh nak update blog selalu. Kalau balik rumah bolehlah update. Bila dah jadi student U ni aku sentiasa rindu rumah.




Saturday, September 13, 2014

Episod 14 : Hello Dunia Baru : Part 2

Hello semua ! I’m back ! Hell Yeahhh gila rindu aku nak menaip kat sini. Officially dah 12 hari aku bergelar student university. One word ! STRESS ! Yes aku rasa sangat  stress dengan life baru ni. Masih dalam proses untuk adapt dengan environment baru. Life yang aku kena handle sendiri. Previously zaman sekolah semua benda dah ada. Kau just perlu ikut sahaja. But sekarang semuanya sendirian berhad. Jadual kelas, tutorial, group itu, group ini, presentation yang berderet. Perghhhh. Memang aku rindu gila kat sekolah. Tapi apakan daya, zaman dah berubah. Dan aku perlu hadapi semua cabaran ni. Kena kuatkan semangat hadapi cabaran as student ni. Okey now let’s start from the first day aku kat sana :  

Hello Roommate !
Dah settle daftar semua terus aku pergi hostel tengok bilik. Nampaknya ada sepasang kasut di depan pintu. Roommate saya dah check in dulu. Ok bertenang. Aku pun ketuk pintu dan pulas tombol. “Hello roommate !” Kelihatan seorang jejaka duduk di atas katil sambil memegang telefon bimbitnya. Ok dia kacak*bagi aku dia dah cukup kacak la* ! Dan aku dah nak termelting di depan pintu. DUSHHHH. Terdiam kejap. Dia senyum kat aku. Aku senyum kat dia. Kami salam and berkenalan. Ala those tipikal scene bila kau nak kenal orang baru. Jabat tangan and sebut nama masing-masing. Let just call him Zafril. Muka dia ni familiar. Aku rasa macam dah pernah tengok muka dia previously. Then baru teringat yang aku dah pernah stalk dia kat facebook. Masa stalk dulu pun aku dah rasa dia ni kacak. Untunglah sapa yang jadi roommate dia nanti. Rupanya end up dia jadi roommate aku. Sangat tak expect kejadian ini ! Tetiba rasa beruntung. HAHAHAHAH. Aku dengan Zafril ni dapat kos yang sama. So kitorang ni roommate merangkap coursemate le. Tetiba ada rasa tercrush sikit kat dia. Sikit jer la. Tak banyak pun. Try avoid feeling tu. Paling giler sekali bila aku ada rasa cemburu tengok dia lepak dengan member lain. Aku pun tak boleh explain feeling tu. Macam fuck je nak jeles bagai. Kenal baru 12 hari je kot.

Minggu Orientasi
Yeah. Orientasi. Wajib. Seminggu. Budak first year semua kena join. Pasrah jer la. Tak la teruk sangat orientasi ni. Part aku tak suka sebab tak cukup tidur and kena rushing sana sini jer. Tidur lambat tapi kena bangun awal. Mata aku dah macam panda dah time tu. Aktiviti ? Aktiviti berkumpulan memang tak da. Giler beribu kot. Memang takdanya nak buat kumpulan. Cheers wajib ada. Jenuh jugaklah aku nak hafal cheers tu. Mood memang kureng sikit. Sebab dah tak cukup rest. Tapi layankan je la. Tapi sempoi jugak bila ramai-ramai buat cheers. Meriah gila ! And lagi as usual ceramah and taklimat. Macam-macam ada. Sampai aku pun dah lost counting. But mostly bila time ceramah tu ramai yang lentok. Even aku pun lentok jugak. Especially during the boring session. Dalam minggu orientasi ni dapatlah tengok bermacam-macam karenah manusia. Aku perati je budak batch aku ni. The bajet hebat sangat, the mulut tak tahu senyap, the semua benda kau tahu and bermacam-macam lagilah. Haishhhh sabor jer la.

Syah
Ingat lagi kat Syah ? Kalau tak ingat sila baca episod-episod lepas. Syah satu block dengan aku. Tingkat jer berbeza. Ok la ada muka familiar kat sini. Tak nervous sangat. Tapi kali ni aku dah tak ada feeling crush ke apa kat dia lagi dah. Feeling tu dah hilang. Aku bersyukur sangat. Risau jugak kalau hal ni berlanjutan. Tapi bila dah habis orientasi je terus jarang jumpa dia. Jadual berbeza kan. Dia pun kos lain. Jumpa pun kadang-kadang je kat tengah jalan.

Cuci Mata
Yes ! one of my guilty pleasure ! Ramai gila yang kacak-kacak dan comel-comel di sini. I mean the boys la. Girls pun ramai je yang cun. Coursemates aku pun ada jugak yang hot. Seniors pun ramai yang kacak. Aku dah macam haishhhhh geram pulak tengok diorang ni. Aurmmmm ! Ok control !
Kenapalah korang ni kacak sangat. Susah aku nak tahan nafsu ni ! Tapi best jugak dapat cuci mata ni. HAHAHAa. Bila kat bilik pulak hari-hari aku cuci mata tengok si Zafril ni. Dah sebilik. Of course la kau akan nampak dia dalam keadaan shirtless. Kadang-kadang kalau dia shirtless aku cover jugak pandangan ni. Jaga mata kononnya. Pretendingla main phone la, baca novel la. Hakikatnya aku tengah berperang dalam diri aku ni. The other side of me cakap tengok jer la. Bukan senang nak dapat. Sebelah lagi pulak kata feeling ni salah. Kau jangan tengok. But, I’m a human. Kadang-kadang tu kalah jugak dengan nafsu bengkok ni.

Kelas Bermula
Habis orientasi. So kelas mula. First time dengar kuliah dalam dewan yang besar. First time rushing ke sana sini untuk g kelas. Location kelas pulak jauh-jauh. Memang penat jugaklah nak berjalan. Tapi apa boleh buat. Kena pergi kelas jugak. First day of kelas pun lecturer dah mention pasal assignment bagai. Mau tak stress ? Dengan tutorial lagi ni. Dah le ada jadual yang clash. Aku pun cam bengang r. Effect jadual aku. Each tutorial kena ada group and kena buat presentation. Aku ni pulak dah la susah nak cakap kat depan. It just like aku punya self confident sangat low. And aku cepat gugup. Bila gugup memang disaster presentation aku. Mungkin awal-awal ni jer kot aku rasa stress ni. Harap semua ok bila aku dah berjaya adapt dengan life baru ni. Korang tolong doakan aku yer.

Jadi, ni la sedikit sebanyak yang aku dah hadap selama 12 hari di sini. Aku akan hadap semua ni selama 4 tahun. Penat sebenarnya. Rasa down pun ada. Dan aku rindu rumah aku. Oh ya ! saya balik rumah. Sebab tu saya update blog ni. Bertabahlah wahai Mr. Unknown ! Okey mata pun dah rabak. Time to go now. Jumpa di lain episod. Adios ~


p/s : Cabaran 20 facts about me yang F.I mention tu sangat menarik. Akan update ASAP nanti. Masih kurang 20 fakta lagi ni.  







Monday, September 1, 2014

Episod 13 : Hello Dunia Baru : Part 1

Aku actually baru balik dari Melaka. 3 hari 2 malam di sana. Ada kenduri kahwin. Satu family pergi. But agenda aku yang utama tu bukannya nak pergi kenduri tu sangat pun. More to nak jejalan sana. Nak pergi Melaka bukan selalu. Fun jugaklah. Bila dah masuk U nanti susah dah nak pergi holiday dengan family. Silap-silap kena tinggal macam gitu jer. 

Btw, kat Melaka ni haruslah jalankan aktiviti wajib aku. CUCI MATA le ! HAHAHAHA. Serious heaven gila buat benda ni kat Melaka. Aku pulak asyik terserempak dengan jejaka yang gorgeous ! Memang usha atas bawah kiri kanan le jawabnya. Kacak-kacak rupanya orang Melaka ni. Bagi aku kacak la. Sedap mata memandang. Kena la dengan taste aku. Tak tahu la orang lain macam mana kan. Citarasa manusia tak sama. Mungkin kacak di mata aku tapi biasa-biasa je di mata korang. Begitu jugak sebaliknya. Ok dah melalut sampai ke Melaka dah ni. Now let’s go to the main topic.



A few more hours before aku bakal bergelar mahasiswa di IPTA itu. Yes nervous ! and Excited at in the same time. Yela satu daripada impian aku dalam hidup ni nak masuk universiti. Since kecik lagi kot dah dibrainwash belajar rajin-rajin sampai masuk universiti. Korang pun tahu kan time kecik-kecik dulu parents asyik push je suruh study bagai untuk masuk U. Sekarang aku betul-betul akan melangkah kaki ke sana. Aku daftar pukul 2.30pm macam tu. Pendaftaran sesi petang. 

Barang-barang semua dah settle. Bapak besar giler luggage aku. Macam nak pergi overseas dah rupa. HAHAHA. Over the sea la sangat. So okeyh. Macam-macam benda tengah bermain di kotak fikiran aku sekarang ni. Siapa roomate aku ? Adakah dia kacak ? Tak kisah sangat pun. Just harap roomate aku ni tak aneh, annoying or sombong. Kalau kacak tu kira satu bonus la. HAHAHAHAHa dapat cuci mata. Apa aktiviti orientasi nanti ? Best ka masuk universiti ? Ada mesin basuh tak ? Kos aku ni susah tak ? Cerah masa depan ke kos ni ? Oh ya ! Thanks a lot to Inche Shark sebab sudi post pasal minggu orientasi di Universiti beliau. Even tak sama pun at least aku nampak sikit la gambaran rupa minggu orientasi ni ha. Especially those tips yang sangat berguna kat blog dia. Jangan riak, jangan over sangat, jangan terlalu menonjol, bercakap bila perlu, always senyum dan kacakkan diri dan lain-lain. Akan dipraktikkan nanti.

Awal-awal ni aku pergi tanpa laptop. Tak beli pun lagi. Maybe lepas balik nanti aku baru aku beli. So, after episod ni mungkin akan sepi jap blog aku. Nantikan kemunculan part 2. Harap-harap menariklah untuk aku share nanti. Part 2 nanti aku akan story pasal minggu orientasi, pasal roomate aku yang aku sendiri tak kenal lagi, cuci mata*ini wajib !*, and so much more. Moga ada idea la nanti hendaknya. Ni just plan saja. Aku study kat mana ? Ermm tak ready lagi nak share. Maybe bila aku dah ready nanti aku share la dengan korang. Kalau ada yang tahu tu mohon senyapkan mulut dan jari anda. Ok guys ! Wish me luck. Nak continue last check barang-barang yang bertimbun ni ha. Bye-bye. Hingga bertemu lagi dalam episod akan datang. 

Adios ~
  
p/s : Agak-agak selamat ke nak update blog macam ni guna wifi U ? Ke better not ? Mana la nak tahu if diorang dapat detect ke apa nanti. Memang punca masalah di kemudian hari !