Friday, July 25, 2014

Episod 5 : "等你" by Charmaine Sheh






Episod kali ni aku just nak share one of the lagu yang aku suka dengar. Actually lagu ni lama dah. Since 2008 lagi. Merupakan ending theme song drama Forensic Heroes 2. Drama from Hong Kong. Drama tu memang best. Ala-ala CSI version Hong Kong macam tu. Tapi story ada bermain dengan emosi jugak. Takde la 24 jam siasat kes jenayah jer. Sesiapa yang minat genre drama macam ni bolehlah search kat google and download. Tapi drama ni pun dah lama. So teknologi forensic time tu a bit macam old jugak la. 

Season 1 keluar tahun 2006, 2008- season 2, and 2011- season 3. NTV7 ada tayang. Season 2 merupakan sequel season 1. Tapi season 3 ni storyline lain. Takde kaitan dengan previous seasons. Charmaine Sheh aka penyanyi lagu ni turut berlakon jugak dalam season 2. Bawa watak Bell. Pegawai polis yang tegas dalam story ni. Pada masa yang sama dia jatuh cinta kat seorang pakar forensik yang bernama Ivan lakonan Kevin Cheng. Hensem orangnya. Setiap kali ada scene diorang, mesti lagu ni yang akan naik. Bagi aku lagu ni sweet la. Even aku tak paham sepatah haram pun maksud dia. Based on google, maksud 等你 ialah I'll Wait For You. Unfortunately aku tak jumpa full version. Cuma ada version yang pendek jer. Ke memang lagu ni sememangnya pendek ? Entah. Kat Youtube pun lagu ni diulang-ulang supaya jadi panjang. Apa-apa pun layan je la. 

Adios~~

Tuesday, July 22, 2014

Episod 4 : Sambung Belajar

Salam sejahtera. 

Sari berita utama. Ok tipu. Episod hari ni aku just nak cerita mengenai sambung belajar atau bahasa skemanya melanjutkan pelajaran. Previous episod aku ada mention yang aku ni student form 6. So now aku sedang tunggu panggilan IPTA untuk sambung degree. Insyallah kalau takda aral melintang bulan 9 ni aku akan lapor diri. But still not sure la whether boleh dapat ke tak. Bukan apa. Batch aku ni macam-macam dah kena. Dengan sistem barunya lagi. Kira macam dah jadi bahan uji kaji. 

Hopefully ada rezeki untuk sambung. Result STPM aku pun takde la bagus sangat. But okey la. Dapat jugak la pointer angka 3. Aku bukan apa. Cuma masih lagi dihantui dengan peristiwa time zaman SPM dulu. SPM aku pun takda la teruk sangat. Subjek teras aku semua lulus and ada A. So aku expect paling cikai pun akan dapat tawaran from Uitm. Kos yang aku apply pun kos biasa-biasa sahaja. Harapan yang sangat menggunung. Then on the day result UPU keluar, semuanya hancur. "HARAP MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA. SILA KLIK RAYUAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN" Macam tu la lebih kurang ayat yang aku terima. Shit ! Aku rasa disaster sangat time tu. 

Kawan-kawan aku mostly dapat matriks. Bengang jugak la. Lagi aku bertambah bengang bila ada kawan aku yang dapat tawaran UPU tapi result lagi teruk dari aku ! WTF ? Result dia lagi low tapi dapat. Aku pulak tak dapat. At the end nak tak nak aku end up sambung study kat form 6. Nak buat macam mana. That is the last chance. Agak sedih jugak bila tak dapat IPTA time lepasan SPM dulu. Parents aku asyik marah-marah. Ayah aku siap kata aku ni memalukan sebab tak boleh nak skor. Sedangkan ramai anak kawan-kawan dia yang dapat skor SPM. Dan bermulalah adegan comparison dengan anak-anak kawan dan jugak sepupu sepapat aku. Dia ni dapat sambung situ, Dia tu dapat sambung sana, Anak ni dapat straight A and so much more. Aku sampai naik fedap. Kau rasa diri kau ni useless aka functionles sangat. Ingat tak tertekan ke bila jadi macam ni. Aku bukannya mintak. But they just don't understand. Tapi aku sebagai anak ni hanya mampu diam jer la. Kalau melawan kang jadi anak derhaka pulak. 


So then aku sambung form 6. Sekolah aku tu pulak not bad la. Famous la jugak. Paling best sebab ramai lelaki handsome ! perghhh memang aku enjoy la cuci mata tiap hari. Junior pun ramai yang cute. Sebaya aku pun ramai hot-hot. Especially geng atlet. Tahan jer la gelora nafsu tengok diorang. Secara rasminya sekarang aku dah jadi budak lepasan STPM. Currently aku kerja part time. Dapat la duit poket sikit. Tapi feeling nak sambung degree tu macam takde pulak. Entah kenapa. Barangkali sebab aku terlalu lama berada dalam environment sekolah kot. Environment selamat. Environment selesa. Mungkin. Cuma aku agak exicted nak cuci mata tengok jantan-jantan yang ada dari seluruh Malaysia ni. HAHAHAHAHA. Keji sial. Bila dah ada naluri ni. Of course kau akan pikir tu jugak. Straight guys for sure bercita-cita nak tengok gadis-gadis seluruh Malaysia. Yang tak berapa nak straight ni usha jantan jer la kan. Ha giteww. Kena pulak kalau dapat roomate yang hot! perghhh mampukah aku menahan gelora nafsu ini ? Silap-silap aku terkam dia terus. HAHAHAHAA. Tapi harap-harap tak la. Kalau boleh biarlah aku dapat tahan nafsu yang tak berapa lurus ni. Tapi tak jamin la. Opssss. Semua tu akan terjawab tak lama lagi. Hope for the best!

Adios ~

p/s : Thanks so much to Inche Shark sebab letak blog aku yang tak seberapa grand ni kat side bar blog engkau. Aku hargai sangat-sangat. Wah terharunya :') . 









Monday, July 21, 2014

Episod 3 : Crush

HELLO Everyone. Erm actually there is nobody in here. But still it make me feel that I'm talking to someone. Okey today I wanna share about crush. Yup I did have crush on someone. Kat lelaki memang selalu sangat la aku but kalau kat perempuan ni jarang-jarang but still happen jugak. Before that, kau tahu ke crush to apa ?

Urban Dictionary defines a crush as “a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.” Crushes make you feel crazy emotions--like feeling super shy and uncontrollably giddy at the same time. You can’t choose who you have a crush on, but you can choose how you react once you figure out that you have a crush on someone.

Ha tu la makna crush. Senang kata kau jatuh hati kat someone la. But still ada jugak yang kata crush and jatuh hati is totally different. Perbezaannya : 

Crush: 

attracted to them physically. 
want to spend time with them and have fun 
want to kiss them and do things with them 
want to talk and be near them 
have affection for other guys 
can be ok without having to see them for a while 
can't see marrying that person any time at soon or at all 




Love: 
thinking about that person all the time 
wanting to be with that person forever 
can see yourself marrying that person and being happy 
always feel warm inside while you're with them and safe 
can fully trust them 
don't see much interest in other guys anymore 
can't see yourself having sex with anyone but your lover and still be satisfied 
attracted to that person both physically and emotionally 
can't imagine living without that person 

Sumber from google search. Actually aku pun dah pening. But yang aku tahu ciri-ciri kat atas ni memang sedang aku alami. Kira macam dah bergabung pulak. Aku rasa sepanjang aku jadi PLU ni dua kali jer aku crush kat girls. Mungkin aku ni tak fully PLU lagi kot. Yeah maybe. First time aku jatuh hati kat perempuan masa aku form 1. Tahun 2007. Time tu aku sekolah berasrama penuh. Kat mana ? sekolah mana ? Kau giler nak suruh aku reveal kat sini ? Tak perlu untuk diberitahu. Ok so time tu aku form 1. Tapi naluri songsang tu dah mula ada. Aku dah dapat detect dah. Sebab aku suka usha abang-abang senior kat dorm aku. Bapak hensem giler weyhh. Especially bila diorang shirtless or sometime pakai boxer jer dalam dorm. Memang agak heaven jugak la time tu. Selalu sangatlah cuci mata. So then one day ada budak perempuan ni baru masuk. Intake lambat sikit. Let just call her as A. A ni rendah jer orangnya. Kulit cerah aka putih. Memang cute. Time dia masuk tu memang ramai jugak boys batch aku yang meroyan. Semua pakat nak melting tengok dia. But different dengan aku. Aku macam takde perasaan apa langsung. FEELING-LESS. Plus ada abang dia kat sekolah aku. Okey takpe lah. Life move on macam biasa. Until one day pandangan aku terhadap dia 100% berubah. Macam terkena panahan cinta. Serious shit. Aku tetiba ada feeling dekat dia. Ya ampun memang sangat seksa. Bila jumpa dia memang berdebar. Selama setahun aku kat situ tak pernah sekali pun aku cakap dengan dia face to face. Aku speechless bila dengan dia. Pernah jugak aku sms dia. Tapi aku guna nama orang lain. Jahat jugak aku ni. Sebabnya aku dulu tak hensem macam boys lain. So for sure dia tak nak layan. Pernah sekali aku bagi tahu nama aku. Dia maki jugak la. Actually salah aku jugak. Sebab aku ada bagitahu kawan aku ni yang aku suka kat A. Then in a week almost satu batch tahu pasal ni. Senior-senior pun ada yang tahu T_T . Kejam betul kawan aku ni. Memang aku malu. Malu sangat. Tak tahu nak campak mana muka ni. At the end aku pindah dari sekolah tu. Lepas tu memang tak contact dah. Tapi kat facebook ada la aku friend dengan A. Dia pun dah ada pakwe sekarang.

Lepas peristiwa tu hati aku macam dah tertutup untuk perempuan. Plus aku ni pulak PLU. So memang takde pandang perempuan langsung la. But jeng jeng jengggggggg. So after form 5 aku tak dapat mana-mana tawaran IPTA. The aku continue study kat form 6. Di situ bermulalah segalanya. Pintu hati aku yang ditutup selama ni diketuk semula. Kali ni nama dia NRZ. I don't know why. But dia lain dari yang lain. Even aku pun tak sangka kenapa aku boleh ada feeling cinta ni kat dia. At the same time aku still jugak usha lelaki. So aku tak consider diri aku ni normal. Tapi time tu ada jugak terpikir yang aku ni biseksual ke ? Tapi aku just rasa love attraction je kat NRZ tu. Nafsu apa ke benda semua tu takda. Aku enjoy jer la feeling ni. Sebab at least aku dapat rasa normal for a while. Setiap hari aku mesti tengok dia. Each time tengok dia akan ada feeling berbunga. Rasa macam masa bergerak perlahan. and all those things. Ala biasa la kalau kau tengok muka orang yang kau suka mesti ada feeling macam tu. Tapi kali ni aku tak la loser sangat sampai tak tegur dia. Yeah aku kawan dengan dia. Tegur dia. Text dia bagai. Ada jugak la conversation. Dia pun ok je dengan aku. Cuma aku la kadang-kadang nervous jugak bila dengan dia. Ada jugak terpikir nak confess. Yes aku rasa nak sangat confess. Tapi aky takut. Takut untuk menghadapi kemungkinan. Macam-macam boleh jadi. Dia reject aku, dia friendzone aku, dia benci aku, dia taknak cakap dengan aku and macam-macam andaian yang aku dah pikir. So, until now aku tak confess lagi kat dia. Bila pertengahan form 6 tu, tetiba dia dapat tawaran SPA. Dan dia pergi. Yup, she leave me. Aku macam mana ? Aku mengalami sindrom patah hati jugak la. Kau bayangkan orang yang kau sayang tiba-tiba takde. Kau dah tak boleh nak tengok dia. Kau dah tak boleh nak ada sweet moment yang berbunga lagi tu semua. Semuanya tamat !! Tu yang aku rasa. Sakit. Tapi aku takde hak la nak halang. Sapa la aku ni nak halang dia. Jadi, aku pun pretending yang aku setuju dia pergi SPA. Eventhough dalam hati ni dah terluka sangat. Babi jiwang gila ayat aku ni. Life go on macam biasa even agak hard la bagi aku. Until now aku masih contact dia as friend je la. Tanya khabar and lain-lain. Aku takut sebenarnya. Dia kat sana akan jumpa lagi ramai lelaki. Tak mustahil dia akan in relationship satu hari nanti. Bila fikir macam tu memang aku rasa takut sangat. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. Nak confess ? Keberanian tu masih belum ada. Dan aku takut kalau-kalau aku tak boleh bahagiakan dia. Aku PLU. Aku taknak hancurkan hati dia. In case dia terima aku la. Sometime aku kasi hint jugak dalam text aku. Tak tahu la dia perasan ke tak. 


Okey. Itu la sedikit sebanyak pasal crush-crush aku. But until now aku still crush kat NZR tu. Selalu je stalk dia. HAHAHAHAHA. Sapa yang taknak berpacaran kan. Aku nak sangat. Tengok kawan-kawan aku pun cukuplah. Happy jer dengan awek diorang. And aku ni masih lagi single. Tak pernah ada relationship ke apa. Cuma aku harap sangat yang NZR tu jodoh aku. Moga-moga begitulah. 

Adios~

p/s : I'm kinda suck in writing. Plus reader pun takdak ni. Tapi takpe la. Janji aku dapat luahkan kat sini. ~










Wednesday, July 16, 2014

Episod 2 : What If

Dalam hidup ni kita sentiasa mempunyai persoalan. Macam tu jugak aku. Persoalan yang selalu aku pikir ialah





What if I was born normal ?


What if everyone know about my sexual orientation ?

Seriously dua soalan ni sentiasa dalam fikiran aku. 

What if I was born normal ? 
Means aku dilahirkan normal. Mengikut lumrah alam. Bernafsu pada kaum hawa. Dan bukan PLU. I always wondering about that. Mesti akan jadi sangat berbeza dari sekarang. Aku teringin nak rasa semua tu. Pengalaman berpacaran dengan gadis-gadis. Cinta monyet di alam persekolahan and so much more. But part cinta monyet time sekolah tu memang tak kan jadilah. Umur dah 20 nak masuk sekolah apa jadahnya lagi. So life must go on. Dulu time sekolah aku memang usha lelaki jer kot. Girls ni aku usha jugak tapi in different ways. Aku usha diorang tanpa ada nafsu. More to friend attraction la. Tapi kalau dengan lelaki memang jadi lain. Tu pun depends on taste aku la. Of course la aku ada taste tersendiri kan. Nantilah aku share macam mana taste aku tu. HAHHAHAHAHA. 

Kengkawan aku dulu ramai jer bercinta. Awek pun lawa. Tipikal dialog time sekolah dulu. "Awek kelas tu lawa siot. Mantap giler kot !" Then mostly boys akan jadi excited dengar ayat tu. But aku? Aku tak de rasa ke-excited-an tu langsung. Aku banyak diamkan diri je. At some point aku terpaksa la jugak pretend yang aku ni straight. Haishhhhh. Aku pun teringin nak betulkan balik 'halatuju' aku ni. Umur dah nak masuk 20. A few more years kena pikir bab kahwin bagai. Aku sangat takut if tak dapat jalankan tanggungjawab as a husband. 

What if everyone know about my sexual orientation ?

Perghhhh yang ni memang aku paling takut terjadi ! Can u imagine that yang rahsia ni terbongkar! Orang sekeliling kau tahu yang kau ni tak straight! Sangap kat jantan. Serious scary shit babi benda ni. Aku memang sebaik mungkin cuba untuk cover la. So far tak pernah kantoi and takde sorang pun kengkawan aku yang tahu pasal hal ni. And aku pun memang tak pernah terfikir nak share ke apa dengan diorang even dengan BFF aku sendiri. Sebab apa aku tak reveal ? Kau giler? People will judge you man! They won't understand. Serious talk lepas diorang tahu pasal engkau memang kau takkan dilayan sama macam biasa. Kena pulau. People akan pandang kau jijik. Everyone start to teasing u. Memang tak boleh bayang la life macam tu. "eh aku tak judge orang la. Aku terima seadanya baik buruk kau." Taik je semua tu. Once they know officially that statement vanish from their brain. Tapi ada jugak plu yang bernasib baik. Ada kawan yang memahami situasi dia. Untunglah. At least kau tak carry burden tu sorang-sorang. Macam aku ni. Aku sorang jer weyh yang tahu pasal ni. Sometime rasa nak jerit jer. Penat nak hadap sorang-sorang. Panjang pulak aku merapu. Pernah sekali kawan sekerja aku tanya soalan paling maut "Weyh Unknown(nama sebenar aku dirahsiakan) engkau ni gay erk ? " DUSSHHHHHHHH ! Aku rasa tamparan yang sangat hebat bila dia tanya soalan maut tu. Dah le perempuan pulak yang tanya. Memang mulanya aku nak reveal segalanya. Aku penat berahsia. Nak je cakap " Ye memang aku gay pun." Tapi nasib baik aku waras lagi. So lakonan bermula. Aku buat muka pelik and jawab "Engkau pe hal pulak tanya soalan macam ni? Bajet-bajet arr. Aku tak macam tu la." Aku pun pelik apsal dia tanya macam tu. Dia kata aku ni kadang-kadang tak macam lelaki lain. Pulak dah. Dia kata aku ni suka bergosip, aku tahu pasal fesyen-fesyen yang latest, minat artis tu, suka baca novel, masak bagai and others thing. Ok fine. Mungkin betulah jugak tu. Tak ramai lelaki straight yang buat benda macam tu. So she got some points. Lepas ni aku kena lebih careful la dalam cover mengcover ni. Aku just harap one day aku dapat berubah. Tu jer. 

Panjang pulak aku membebel dalam episod 2 ni. Reader bukannya ada pun. Macam syok sendiri. Lantaklah. Janji aku puas menaip. Next entry rasa macam nak share pasal aku crush kat one girl ni. HAHAHAHA ingat plu tak leh ada crush kat girls ka ?
Hingga berjumpa lagi dalam episod 3 akan datang. 

Adios~


p/s : Actually blog My Name Is Shark tetiba jer hilang. Dia privatekan ke apa entah. Frust aku. Best kot blog tu. Penulis dia awesome. And those cerpen were fantastic. Hopefully lepas ni open balik la. 



Tuesday, July 15, 2014

Episod 1 : Hello Dunia Blog~

Hello. Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Ramadan. 

Sekian lama aku tak update blog ni. Actually aku bukan malas but I'm totally failed in writing. Even though aku skor BM penulisan but nak menulis di alam maya ni agak susah bagi aku. Aku sangat salute dengan blogger-blogger lain yang sangat awesome. Blog mereka memang terbaik. Really wish that I'm gonna be one of them in future. Actually bila aku baca balik post lama-lama tu aku rasa macam perghhh childish gila ayat aku. Tak matured langsung. Ayat budak sekolah. Seriously memang hancus. Since blog aku pun tak ada reader, so aku putuskan untuk delete semua entry yang lama-lama tu. Let's start from the beginning. Apa yang tertulis dalam ni semua mengenai kisah hidup aku. Coz I need a place to let go everything. Satu tempat untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hidup ni. 

Nama aku Mr. Unknown. Of course la nama samaran. Nama betul aku tak perlu kot nak inform kat sini. Biarlah aku sahaja yang tahu. Kalau dah nama pun Mr. for sure la aku ni lelaki. Umur baru 20 tahun. Muda lagi. Masih belajar. Kat mana ? IPTA maybe. Dipendekkan cerita yang aku ni seorang lelaki yang bernafsu sejenis. Aku gay and I'm not proud of it. Even nak type ni pun aku rasa malu. :'( Tak ada satu insan pun dalam dunia ni yang tahu the other side of me. I can't imagine my world if they know about it. Some people can just accept this. But me? It's totally a different story. Setiap hari aku cuba untuk jadi straight. But naluri tu susah nak diubah. Aku sendiri tak tahu mana silapnya. Apa salah aku? Cuma yang aku sedar since kecik aku memang tak rapat dengan ayah aku. Ikatan antara bapak dengan anak tu memang kurang. Aku pikir tu kot faktornya. Entahlah. 

Aku sedar dah lama. Time sekolah rendah dulu pun aku lebih tertarik tengok lelaki berbanding perempuan. And I don't know why. Bila dah masuk high school barulah aku tahu apa masalahnya. But still, aku tak pernah reveal pun. Satu kesilapan kalau aku reveal. People will start to judge you. Nabi tak mengaku umat and so much more. Diorang tak paham apa yang aku rasa. Bila nampak lelaki yang taste aku memang aku jadi tak tentu hala. Melting bagai nak rak. Mula la otak ni start untuk melucah. That is the truth. I just hope that one fine day akan ada seorang gadis yang betul-betul buka pintu hati aku ni*sebenarnya dah ada. Nantilah aku kongsikan*. Sampai sini sahajalah aku punya bebelan. Lega sikit hati ni bila dapat share. Doakan aku rajin tulis lagi ok. 

p/s : Aku tak janji bila akan ada next entry. Maybe cepat and maybe jugak lambat. Alahh bukannya ada orang baca pun blog ni ye dak?err kalau ada sila komen yer.