Aku rasa ni paling lama aku tak menulis
apa-apa di laman blog aku ni. Setahun aku tak buka langsung. Sebab? Mungkin
keinginan untuk menulis turut hilang dengan peningkatan usia. Poyo much. But
still, kinda lama tho. One reason mungkin sebab taka da pembaca dah kot. Well
obviously orang dah tak baca blog. Unless blog kau merupakan blog resepi atau
pun blog-blog yang menyajikan koleksi kisah ranjang bersama gambar sensasi.
Sempat aku usha-usha rakan blogger lain. Rata-rata pun semua dah sepi.
Masing-masing mula sibuk dengan kehidupan harian. Apa yang membuatkan aku kembali? Entah. Mungkin sebagai satu ruangan escape untuk aku keluar dari
dunia real aku. At least di sini aku bebas menulis mengenai hidup aku.
Jadi berbalik kepada life aku? How was
it? Basically.. after last time aku story, aku dapat kerja setelah aku punya
program SL1M tu ended. Aku try jugak apply dekat company tu tapi nanhado. Kabel
pun tak kuat or maybe no rezeki kot. Maka aku apply di tempat lain. SPA,
Jobstreet, LinkedIn, Wobb and ntah apa lagi. Semua sepi. Just imagine aku
menganggur start dari aku tamat SL1M on 25 September 2019, until masuk
November. Cut to short one day member aku, Ady whatsapp aku offer kerja dari
this one recruiter.
Ady : Recruiter ni offer kerja kat aku.
Tapi aku dah ada kerja. Kau send resume kat aku. Nanti dia roger kau.
Then that recruiter contact aku. Offer
that job and nanti akan kena pergi interview. Based on apa dia cakap kerja as
customer service agent. Aku pulak tengah desperate just give it a try ah. Plus
cinta hati aka Isaac suruh aku go try it since kerja lain belum dapat *aku
perlu buat satu episode khas untuk Isaac later on*. Maka aku pun pergilah ke
interview tersebut. Ada dua level. First with the agensi and second with the
company. Second tu only if kau lepas the first interview la. Eventually aku
lepas and go to the next interview. At first tu memang aku clueless jugak la
kerja aku ni under apa and so much more. Then barulah tahu aku akan kerja under
company telco to be exact jadi customer service agent yang jawab call daripada
pelanggan.
Few days later, recruiter tu call aku. Bagitahu kata aku lepas that interview and dapat that job. Happy la jugak dapat kerja but at the same time nervous sebab aku tak pernah bayang akan terjebak dalam dunia customer service ni weyh. Siapa je yang dari kecik bercita-cita nak jadikan kerja ni as karier? NOBODY! Kerja aku ni under agensi. Which mean not permanent la. Contract basis per year. Shift hours. Kerja 5 hari seminggu dan off day ada 2 hari but not during weekend. Rotational off day. Sometime weekend sometime aku off on weekdays. Basic RM1800 sebab takda pengalaman dalam bidang ni. Ada elaun transport dan juga KPI. Ada EPF and SOKSO. Apa boleh buat dah nasib badan.
Maka pada 2 Disember 2019 bermulalah
hari pertama aku. Dari Bangi aku berulang alik ke office yang terletak
berdekatan dengan Shah Alam. So bayangkanlah sendiri duduk atas motor selama 45
minit. For the first month tu aku di bawah unit training and office hour duluan.
Of course kena training dulu for a month sebelum kena handle customer. I have
to say it was never easy. Stress. Baru training a month aku dah stress. Lemah
siaa. Hari-hari aku sebak time atas motor tu. Kau rasa macam amenda anjink aku
belajar sampai degree end up kerja as customer service agent?? Member lain siap
mendunia dengan karier masing-masing. Even Adin pun nowadays dah mula menghiasi
kaca tv rumah orang. Aku rasa not fair gila. Serious. It just like kau rasa
life kau sangat suck. Ye aku rasa macam tu. Sumpah aku penat time tu. Tapi
alhamdulillah Isaac selalu bagi aku semangat. Dia kata aku boleh buat. Dia one
of the reason yang buat aku kuat after keluarga aku. Pernah sekali aku menangis
depan trainer aku, Kak Anne. Aku memang luah la apa aku rasa. Stress, rasa
belum cukup bagus, I’m not a good example to my siblings and so much more. Kak
Anne open up dengan aku. Ada la something yang dia cakap yang buat aku rasa aku
boleh hadap benda ni. Maka aku teruskan perjalanan hidup aku.
The next challenge was nak cari rumah
sewa baru. Sepanjang bulan Disember memang aku ulang alik. Itu pun sebab shift
belum bermula. Office hour bolehlah aku nak berulang. Bila start shift akan
jadi lagi disaster. Isaac banyak tolong carikan untuk aku bilik yang
bersesuaian. Susah juga nak cari bilik. Ada yang aku pergi apartment kecil tapi
owner ubah suai sampai boleh jadi sembilan bilik. Bau mengalahkan rumah
setinggan warga asing. Kepam sia. Tapi akhirnya dapatlah juga sebuah bilik
medium yang berharga RM400 di Shah Alam. Berkelengkapan katil dan almari baju
jenis kain tu. Aku pun berpindah dari Bangi ke Shah Alam. Isaac yang tolong aku
pindah. Dia datang untuk angkut barang-barang aku.
Aku mula jawab call since January 2020.
One word... I just hate my job. Seriously. Tapi aku tak ada choice lain. Either
aku takda duit langsung sebab tak kerja or else just hadap sahaja kerja ni as
long aku dapat duit. Some customers can be mean and dia anggap kau macam hamba.
Sampai kadang tu kau rasa nak maki diorang balik. Tapi obviously tak boleh
sebab itu akan backfire aku semula. Maka aku kenalah bijak nak handle
customer-customer yang berperangai begitu. Rutin harian aku duduk di depan PC
dan log in to all system. Terima call customer and handle all their issues. 9
hours. 1 hour untuk waktu makan. Ada jugak la timing untuk break. Cuma terkejar
sikit la nak solat tu. Aku koyak jugak pada awalnya. Nangis beb kadang tu bila
balik rumah. Plus aku tak suka kerja shift hours ni. But then who am I to
demand this and that. Nanti dilabel sebagai graduan manja. I gave myself 3
months to face this. At least to adapt the environment kerja ni. Kak Anne pun ada
kata aku masih baru. By the time aku akan boleh handle semua ni kata dia. Isaac
pun bagi semangat yang sama.
Aku sebenarnya tak nak lama sangat
dalam bidang ni. Sebabnya? It just like jerangkap samar. Sekali dah termasuk
dalam ni memang susah nak keluar. Then aku target kengkonon maksimum aku nak
stay kerja ni dalam 6 bulan macam tu. Then chow to other option. Sounds a good
plan. Until…
CORONA ATTACK !
PKP bermula di Malaysia. Ramai kena buang
kerja pulak. Luckily office aku takda buat macam tu. Maka terselamat la aku.
Tapi sumpah pressure siot. Panggilan masuk bagai nak rak woi. Memang hazab ah. Tapi
nak tak nak kena face it ah. On the bright side aku masih ada kerja kan. Cut to
short aku dah almost 11 bulan hadap kerja ni. From nak hadap sementara end up
dah jadi 11 bulan. Kes Corona pun keep on rising. Nampak gaya macam aku akan
stuck lama dengan kerja ni. Even now pun tengah tunggu whether kontrak aku
direnew or tak renew. Mak pun pesan, kerjalah dulu. Sekarang susah nak cari
kerja. So yeah aku sendiri tak tahu what to expect next since this pandemic
still on going. Just nak keep on surviving this real life. Target nak beli
kereta lepas ni. Penat balik naik bas berjam-jam kadang tu bila aku nak balik
kampung. Tapi sepanjang aku kerja ni aku rasa agak improve jugak la skill
communicate aku. Speaking pun kinda improving. Ye ah selama ni aku bukan
speaking sangat but now hari-hari kena speaking kalau customer tu dah memang
speaking.
Jadi macam tu lah serba sedikit pasal
apa yang dah jadi pada aku sepanjang setahun ni. Now dah pulak PKPB area
sekitar sini. Musim Corona ni still long way to go aku rasa. Semoga kita semua
dalam lindungan Tuhan yang Esa. Sampai di sini dulu buat masa ni. Hingga kita
ketemu lagi dalam episod yang lain.
Adios ~
p/s : Just so you know, if you guys
calling the customer service helpline, I could be the one that answer it or maybe anyone else. But please be
nice okay.