31 Mac 2018 10:06PM
“Hi”
Semuanya bermula ketika satu malam aku
menggunakan People Nearby dalam aplikasi Wechat atau bahasa dalam kamus dunia
PLU dikenali sebagai Look Around. Bukan nak menggatal pun. Sekadar nak tengok
manusia sekeliling Kawasan. Dengan rupa aku yang sekadar di pinggiran ni for
sure la susah nak dapat sebarang respons kan. Well as expected ada jugak staf
tempat intern aku yang turut sakan look around. Oh disclaimer, di saat kejadian
ini berlaku hubungan aku dan juga Dario sedang dalam fasa krisis.
Tak semena-mena malam itu aku menerima
satu friend request daripada akaun yang bernama Joey *bukan nama sebenar*. At first aku terkejut
jugak sebab mamat ni hensem nak mampos. Ok mungkin aku yang over. But dia memang
hensem. Tanpa berlengah aku pun terus approve request tersebut. Maka bermulalah
kisah antara aku dan juga Joey. Awalnya aku tak sure dia ni gay boy atau pun
lelaki lurus. Tapi since dah guna people nearby tu besar kemungkinan dia memang
something la.
Chat demi chat. Bermula dengan
introduction diri. Background apa semua. Menurut Joey dia berumur 25 years old.
Dah kerja as Architect Assistant di sebuah company milik uncle dia. Previously
Joey ni lulusan university overseas beb. Kau mampu ? Bapak genius si Joey ni.
Tapi Joey claim kata dia tak tahu pun apa dia study kat sana. But still he
nailed it and get a job in a company. Actually he sounds too perfect. Handsome,
kerja bagus dan macam anak orang kaya. Sumpah aku taste giler kat si Joey ni. He
such a sweet talker ! Tapi aku ada terfikir yang aku ni mungkin tengah chat
dengan scammer. Nowadays kan banyak kes. Chat dengan muka orang lain. Bila
jumpa muka lain. Ada jugak kadang tu kami flirting around. Aku pulak masa tu
tengah sakit hati dengan Dario. Memang padan la.
Pernah sekali Joey voice call aku
melalui Wechat. Kitorang borak-borak kejap. Suara dia manly. Abang-abang
sangat. Kami borak-borak pasal life masing-masing. Cut to short one day aku
bagitahu dia yang aku ada boyfriend. Suddenly dia macam step back. However we
both still chatting eventhough it was quite awkward bagi aku. Aku ingat Joey
dah tak nak contact aku lagi dah. How ever the next day Joey texted aku.
2 April 2018 – 1:34PM
Joey : Hi
Aku : Hi Joey
Joey : Lunch ke tew ?
Aku : Tak lunch. Aku mereput kat
office. Tak rasa nak makan. Kau dah lunch ? Makan apa ?
Joey : Baru nak gi. Ingat nak pick up
kau ajak makan. Hahahahaha.
The moment aku read his offer tu hanya
tuhan yang tahu betapa excitednya aku masa tu. HAHHAHAHA. Unfortunately, God
decided that Joey and Dominic won’t have a chance to lunch together. Korang
bayangkanlah, Joey texted aku jam 1:30pm lebih. Lunch hour aku masa tu jam
1-2pm. Basically less than an hour untuk dia datang pickup aku and then eat
lunch then nak hantar aku balik. Kau nak mampos ? memang rush la kisahnya. So
our lunch date was cancel la akibat kekangan masa. Kau pun satu Joey ! Apsal
ajak lambat sangat ? cubalah ajak awal sikit. Ni tak. Melepas peluang aku nak
jumpa kau face to face.
Hubungan texting aku dan Joey masih
berlarutan. Selalu jugak kami texting. Usually random stuffs. Sometimes aku
mintak dia send selfie. Sebab ? Kau tahu tak dia tu hensem ? Eye candy teruk !
Melting je tengok janggut dia. Usually dia akan tarik balik pic tu but aku akan
save ASAP ah. There was one day Joey akhirnya reply text aku setelah senyap
about two weeks jugak.
29 April 2018 3:14PM
Joey : Dom
Aku : Eh hai Joey !
Joey : Ai. Haha. Tengah buat apa ?
Aku : Tengah lepak kat McD dengan
member aku.
Joey : Oh. Dah tengok Infinity War
belum ?
That moment dia tanya soalan tu aku
macam blur jap nak jawab apa. Sebabnya sehari sebelum dia text aku tu, aku dah
pergi tengok dengan Gib Sulaiman kat KLCC.
Expectation : dia mesti nak ajak
aku tengok wayang dengan dia. Omg ! Nervous sial ! Okey tipu sunat je la. Bila
lagi kau nak date dengan Joey dowh !
Maka..
Aku : Belum. Kau dah tengok ke ? Mesti
ramai giler orang tengok.
Joey : Dah tengok. Tapi boleh tengok
sekali lagi. Haha.
Nampaknya reality itu pahit untuk
ditelan. Aku expect dia ajak aku tengok tapi sudahnya dia dah tengok ! HAAAAAA
TEPUKKKKKKKKKKKKKK ! Tapi dia ada bagi hint nak tengok kali kedua but he never
asked me. So takkan aku nak ajak pulak kan ? Kebetulan aku pulak tengah
pokai. Haihh tabahlah Dom. Disebabkan masa aku di ibu kota semakin suntuk. Dia
texted aku on 29 April. Aku habis intern 4 Mei. So aku dah nak left ibu kota.
Memang tak ada chance la nak jumpa si Joey ni. Aku dah mula pasrah sikit-sikit.
Perhaps he is just too perfect for me.
Kau takda mintak nombor phone dia ? Yes
I did try to ask about his contact number well at least ada number kira secure
dah la.
Aku : Joey, ermm nak nombor kau boleh ?
Kang kau hilang lagi. Terus lost contact.
Joey : Hahaha. Nak ke ? Siannya.
Aku : Andai sudi diberi.
Joey : Nak mengorat ke ? hahaha
Aku : Nak mengorat tapi skill tak
power.
Kemudian conversation antara aku dan
Joey tergantung selepas itu. Tiada nombor pun diberi. Kau tengok betapa
failednya aku ni. Maka Mei pun mula menjengah. Tamatlah internship aku di sana.
Aku masih lagi berhubung dengan Joey sekitar bulan Mei. After 3 Mei sekali lagi
Joey hilang. No reply. Uninstall mungkin. Or dia memang dah tak nak contact
aku. Sekitar 24 Mei Joey kembali muncul. Kami texting semula. Just random text.
Keep on update apa semua. While aku memang dah touch down kampung halaman.
Makanya aku dan Joey tak berpeluang untuk bertemu face to face. So basically
Joey ni dengan aku ni texting on off. Then masa raya ada la aku wish raya kat
dia apa semua. Oh ya dia ada bagitahu yang dia ada awek. Aku pun macam Oh okey.
He might be a bisexual guy kot.
Around mid August I tried to text him back. But
no reply. I wonder what happen to him. Minggu berganti minggu. Almost every
week la aku seru nama Joey kat Wechat but same result. No reply. Last week pun
ada ada buat. Masih sama. Tiada reply. Adakah Joey memang hilang selamanya ? I
don’t know. Maybe dia uninstall Wechat, maybe dia nak ignore aku, maybe he
found someone else. Too many probabilities kan. Aku sendiri pun tak pasti tu
memang muka dia atau bukan. But I hope that is him la. Apa-apa pun aku ada rasa sikit rindu
dengan Joey. Apa khabar la agaknya. Mungkin one fine day we both might meet.
But only god knows when it will happen. Or else it wont happen.
Jadi begitulah ceritera mengenai jejaka
yang bernama Joey yang muncul sebentar dalam hidup aku. Apa-apa pun aku doakan semuanya baik-baik untuk dia. Hopefully
dia tak akan lupa aku.
Maka tamatlah entry kali ini. Lama
betul baru nak update. Blog sememangnya semakin malap zaman kegemilangannya. Banyak yang aku nak story. But laterlah. That's why aku simpan buat pekasam dulu entry lain.
Till we meet again in other episode.
Adios ~
p/s : My convo day gonna be in next month ! Wuhhooooo !!