Monday, January 9, 2017

Episod 87 : Dua Kosong Satu Tujuh

2017

Dua ribu tujuh belas.
Selamat tahun baru..
Happy New Year !

Farewell 2016. It’s been a great journey. So a new year comes again. Well basically tahun baru ni so far nothing much sangat. No drama yet coz baru 9 hari kot. Usia bertambah satu tahun lagi. Bakal menjangkau ke usia 23 tahun. Seriously I’m gonna be 23 years old this year ? Hard to believe that but sedarlah reality itu tak akan berubah. Usia akan bertambah. Tapi adakah amal ibadat juga begitu ? Allahuuuu !


Well lets throwback sikit liku-liku 2016. Okey so dalam 2016 aku dah mula start bergiat aktif dalam join marathon event ni. Kalau boleh aku nak join sebanyak yang boleh. Okeylah not so bad. Ada la jugak bertambah koleksi medal tu haa. Aku target tahun ni nak try my first 21km marathon. Sounds crazy right ! Let see aku boleh buat atau tak nanti.

Around Julai 2016, blog aku secara rasminya berusia 2 tahun. 2 tahun la aku meroyan macam-macam hal dalam ni. Kepada readers yang suka baca kisah-kisah aku dalam terima kasih banyak. Moga beroleh pengajaranlah yer. Walaupun kisah sendu dan royan yang tak berkesudahan.

1 Ogos 2016 maka genaplah usia satu tahun hubungan aku dan Dario. First anniversary like that. HAHAHAHA. I love you sayang muahh ciked ! Eventhough aku dan Dario kadangkala dilanda krisis but aku cuba yang terbaik untuk dia. Harapnya tahun ini dapat capai tahun kedua bersama dia. Insyaallah *kilat sabung menyabung di langit*. Dalam bulan Ogos jugak aku dan Dario went for a holiday trip bersama-sama. Wahhh ! Sounds cool but still okey la. Not bad. Well holiday dengan buah hati mestilah gembira. Sepanjang setahun dengan dia ada juga up and down. Sedangkan lidah lagikan tergigit ye dak.

Tahun ni jugak aku ada mulakan bisnes kecil-kecilan sikit. Tu pun kalau aku balik rumah la. Sambutan not bad. Bukan MLM la giler ! Jual something sweet. Haa camtuh. Kau buat kerja apa ? Melacur ? Choiii ! Okey aku just jadi home baker kat rumah. Bake apa ? Ada laa. Rahsia. Hopefully I can do better in 2017. Kumpul duit sikit untuk kehidupan.

Di penghujung tahun 2016, aku dah berjaya capai satu impian jugaklah bagi aku. Since 2010 aku dah mengidam nak guna. After all these year mengumpul duit ditambah hasil keuntungan bisnes kecil-kecilan tu maka aku berjaya membeli ini
 
Coz 7 is damn mahal nak mampos :')



Kaum kerabat buah kena gigit ni memang la idaman aku sejak sekian lama. Rose gold. Bottom tak ? HAHAHAHA. Tapi bila dah lama guna Samsung and then change to iPhone aku rasa cam awkward jap. Tak biasa. Such a noob.

So 2016 was kinda okey kot. So so je la aku rasa. Less drama than 2014 -2015. Cuma apa yang aku sedar, sangatlah busy. Terasa la bahang third year tu. Around awal tahun 2016 tu sem keempat. Busy buat projek assignments apa semua. Then masa sem 5 which was start around September memang busy jugaklah. Assignments group juga. Ada group okey ada yang neayyy. Blog ni pun macam krikk krikk. Banyak sebenarnya entry yang tak sempat siap. Bercinta betul nak habiskan. Exam final sem 5 ni aku ada 4 paper sahaja. Syukur nikmat tohan. Currently aku still ada 1 paper final to go. Last paper on 10 January then I’m free for one month sebelum kena hadap bala-bala sem keenam pula nanti. Moga aku boleh hadap dengan jayanya. Ameen.

Jadi untuk 2017 yang dah masuk hari ke-sembilan ni aku tak ada la azam baru sangat pun. Sebab azam 2016 pun ada juga yang kelaut. Even my solat also still lagi lubang-lubang sana sini. Haishh teruk kau ni Unknown. Adik-adik jangan ikut perangai abang yer. Aku renew azam tu. Untuk cuba jaga solat. Next, aku berazam untuk teruskan berlari dalam marathon event dan berharap untuk terus menikmati nikmat berlari tu dan tak gemuk kembali. Walaupun kadang aku rasa penat jugak. Next azam kurangkan melancap. Ehhh. Okey gurau je. Next one aku harap bisnes kecil-kecilan itu bertambah maju. September 2017 nanti aku bakal jadi student final year ! It’s senior year babeyhhh ! Harap dapat hadapi semuanya. Phewww. Oh ya ! 2017 bakal ada kehadiran orang baru dalam keluarga aku. Siapakah ? Adakah aku buat keputusan nak kahwin secara tetiba ? Jeng jeng jenggggggggg ! Itu akan terjawab nanti.

To all of you in here, bloggers, readers, dan sesapa je la, aku ucapkan selamat tahun baru ! Moga tahun ini menjadi lebih baik buat semua orang. Hingga ketemu di lain episode.

Adios~


p/s : Last paper syndrome aku dah menyerang sejak last week lagi. Damn it ! (T-T)