Tuesday, August 23, 2016

Episod 80 : Dario IV – The Anniversary



Aku patut update episod ni lama dah tapi perasaan malas tu menguasai diri. so yeah lama juga aku peram baru siap.

In cased you missed it and kalau rajin nak baca semula, boleh rujuk semula Episod 66 : Dario, Episod 67 : Dario II– The Relationship and Dario III – The First Date untuk ikuti kisah aku dan Dario.

1 Ogos 2016. Pejam celik pejam celik dah genap setahun hubungan aku dan Dario. Nak ucap alhamdulillah macam tak kena tempat pulak. HAHAHA. Tapi aku bersyukur sebab dapat bersama dia selama setahun and still counting ni. Well certain people might think “hek eleh setahun je baru. Awal lagi tu.” Well pada aku setahun tu mempunyai nilai tersendiri. It’s a long distance relationship but we both try our best to keep our relationship. Long distance la jugak walaupun dalam Malaysia je. HAHAHA. Aku bukan apa, kalau dah ada partner ni mestilah harap dapat kekal lama. Tak nak la relationship a few months then break up. Kalau aku ni helok takper la jugak. Senang la mau cari pengganti. Ni rupa pun sekadar ada je. Tak boleh nok. I olls taknak le menjanda nanti. Tibah.  Dah la aku ni failed mengorat orang. Kira dapat seorang pun dah seribu rahmat.

Kalau nama pun dah berpartner ni semestinyalah kadangkala ribut melanda. Bak kata orang, sedangkan lidah lagikan tergigit ini kan pula suami isteri *tapi dalam kes ni suami suami ler*. Ingat lagi Episod 60 : Happily Ever After ? Maybe Not. Masa ni aku ada krisis dengan Dario. Dario siap nak minta putus lagi. And that time aku tengah super dupper busy nak mampos siapkan assignment yang kena submit esok harinya sebab dateline. Ok kejap, pasal assignment ni kerja kumpulan. Part aku dah settle. Tapi bila mana kau dapat teammate perangai macam apa ni hantar part diorang last minute maka sekali engkau pun terjerut sama. Ok done mengamuk hal lama. Yes malam kejadian tu Dario emosi apa entah kononnya dia keliru dengan perasaan dia bla bla bla. Dan dia teringat ex dia. Aku masa tu memang hampir koyak emosi aku tapi aku bertahan sebab assignment aku and aku kata kat dia pergi rest tak payah text aku sampai dia tenang. That’s why episode tu pendek je. HAHAHA. Kalau aku meroyan jugak memang habis assignment aku. Okeylah the truth was aku ada la buat luahan perasaan kat Gib and Aries Kid pasal ni. Sebab I can’t handle the pressure. HAHAHA over giler.

So after settle semua aku text dia balik. Aku ni bukan jenis yang pandai marah. I don’t have that kind of behaviour. Aku cakap kat Dario

“Kalau betul-betul teringat ex, kenapa awak approach saya at the first place ? bila saya dah bagi hati dan perasaan saya, saya dah cintakan awak then semudah tu awak nak break up ?”

Begitulah lebih kurang macam drama slot Akasia TV3 antara aku dan Dario. Cut to short Dario and aku tak jadi break up and we both decide untuk stay. Actually banyak lagi drama antara aku dan Dario ni. Tapi nanti korang akan jemu. So aku decide tak perlu panjangkan drama-drama sequel pergaduhan kitorang.

Dario ni seorang yang manja. Walaupun dia cuba kata yang dia tak manja tapi aku tahu dia manja. Dia nak kan belaian someone. Someone yang boleh care pasal dia. Boleh isi masa lapang dia and etc. Jadi aku as his partner cuba yang terbaik untuk dia. Aku ni pun manusia biasa je. Mana sempurna sangat pun. Mana yang kurang aku improve untuk dia*tapi mampulah bagi nafkah batin secukupnya. Ehh*. Cuma dia kata aku ni tak matang. Macam kebudak-budakan -_-. But well at least budak ni jugak le yang sayang dia pun. So lantaklah itu. Sebab aku tahu tahap kematangan aku.

Kebiasaannya memang aku yang akan pergi ke rumah dia. Bermalam kat rumah dia. Tak la selalu. 3 or 4 bulan sekali baru dapat jumpa. Dario ni kalau bab duit dia tak berkira dengan aku. Aku pulak memang tak pernah minta apa-apa dari dia. Pada aku cukuplah ada someone yang sayang aku. Sepanjang aku dengan dia banyak jugak barang-barang dia belikan kat aku. Jam tangan, baju, clutch, stoking and etc. Dia ni agak berduit sebab during kerja part time dulu gaji dia masyuk. Pernah sekali dia support tiket flight kat aku untuk pergi KL dari tempat belajar aku. Senang katanya. Tak payah lama-lama dalam bas. Aku kadang tu sampai naik segan. Yela aku ni bukan berduit macam dia sangat pun. PTPTipu aku tu pun berapa hengget jer la. Memang aku tak pernah minta apa-apa. Dia bagi baru aku ambil. Aku pernah cakap

“Nanti B dah kerja and ada duit, B beli hadiah best-best kat Sayang. Sekarang ni B tak mampu bagi semua tu.”

Hopefully aku boleh tunaikan janji itu harapnya. Amin. *guruh berdentum*

Korang dua takkan tak ehem ehem kot ? Wow ! Amboi Jemah betul kau ni. HAHAHA. Kalau aku cakap tak langsung memang penipu. Nama pun manusia ada nafsu. Songsang la tapinya. Lol. The thing is aku and Dario never try that heavy thingy *If You Know What I Mean*. And I'm kinda okey with that even ada naluri ingin tahu but I'm good. Lebih kurang macam kami ni celibate jugak la. Just doin the light thingy. Ehh Bye. 

Bila dah capai satu tahun ni of course la aku harapkan yang dapat terus counting ke tahun-tahun yang mendatang. Nak stay sama-sama lepas study, datang during our convocation day and so much more kot !

But well aku hanya mampu merancang. Entah ke esok lusa apa yang jadi aku sendiri tidak tahu. Cinta dunia PLU ni satu perjudian. Kalau nasib kau baik, kau bahagia. If not you gonna suffer la. Selagi aku dengan dia masih bersama aku akan terus cuba yang terbaik. Dan harapnya mampu hadapi segala onak duri dan lautan api. HAHAHA.

Sempena anniversary itu hari apa je dia bagi ? Well tak ada bagi apa pun. Just a simple wish. Aku juga begitu. Walaupun pada mulanya ada plan nak bought him something but then cancel sebab aku guna duit tu during our vacation. Ni nanti aku story. Oh ya but during anniversary tu Dario ada belikan aku tshirt. Nice juga. Aku tak suka nak bagi tshirt sangat sebab orang kata bad luck ? Betul ke ? entah.

Well dah panjang aku melalut. Perhaps I should continue it in next episode. 

Dear Sayang, I love you and I hope you’re happy with me. Thank you for everything. 

Relax guys, Dario tak tahu pun kewujudan blog aku ni.


Adios~


P/s : The vacation was good ! (Update : Boleh klik Episod 82 : Dario V - The Vacation untuk story vacation aku dan dia.)