Thursday, January 15, 2026

Episod 117 : Shattered

15/1/2025 

2026. To be honest aku sendiri tak tahu macam mana aku nak describe new year aku. Shattered. Berkecai. Hancur. Mungkin itulah yang aku tengah deal sekarang. Sesungguhnya sakit patah hati tu sangat menyakitkan. Yup. Aku dan Alex dah no longer a couple. It's been 2 months.. since the day Alex decide nak putuskan hubungan kitorang. 

Ever since malam 28 Oktober 2025 tu. Life aku berubah sepenuhnya. Aku jadi lost. Aku takda hala tuju. Aku demotivated. To the extend aku rasa perhaps aku perlukan terapi tapi aku tak pergi pun. Di saat aku tulis ni pun aku masih dalam fasa yang sama. Fasa yang aku masih sayangkan Alex. Setiap hari aku tak pernah lupakan dia. Or maybe tak tahu cara nak lupakan tu lagi betul kot ayat aku. Ye aku tak tahu nak lupakan dia. Aku tak move on. Susah jadi aku ni. Terlalu menyayangi sampai mudarat diri. 

Sumpah aku miserable gila. Life aku currently setakat pergi kerja, balik kerja, bed rotten. Repeat. Entah kenapa malam ni aku bukak blog aku yang takda reader nowadays and aku tulis kat sini. Mungkin aku perlukan satu tempat untuk aku letting go apa yang aku rasa. 

Hari ni aku menangis lagi dalam kereta. Well bukan hari ni je kot. This past 2 months memang paling banyak aku menangis. Aku masih rasa kehilangan dia. Kalau ikut hati aku, aku memang aku takkan berpisah. Aku akan fight. Tapi aku tahu, Alex dah takda rasa yang sama terhadap aku. Sia-sia untuk aku perjuangkan sesuatu yang hanya aku je yang nak tapi bukan dia. 

Enam tahun perjalanan hidup aku ada dia. Sekarang aku nak kena deal hidup aku tanpa dia which I'm not sure how.. Aku sort of ada satu rasa rage yang unspeakable. Yang membuatkan aku rasa nak marah. 

I thought he was my end game but end up I'm the one being played...